Ads
Home Hobi & Minat Walaupun Petai Berbau Tapi Khasiat Dia Tinggi, Yang Nak Berhenti Merokok Elok...

Walaupun Petai Berbau Tapi Khasiat Dia Tinggi, Yang Nak Berhenti Merokok Elok Amalkan!

Ads

Sapa tak suka makan petai? Rugi tau tapi rasanya ramai yang sukakan. Petai adalah antara ulaman terbaik untuk kesihatan.Walaupun lepas makan ada bau yang kurang menyenangkan, tapi ada suatu aroma yang sangat sedap ketika petai dikunyah di dalam mulut.

Walaupun Petai Berbau Tapi Khasiat Dia Tinggi, Yang Nak Berhenti Merokok Elok Amalkan!

Walaupun Petai Berbau Tapi Khasiat Dia Tinggi, Yang Nak Berhenti Merokok Elok Amalkan!

Ads

Berdasarkan kajian, buah petai mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain iaitu sebanyak 8%, 11% karbohidrat, 71% air serta mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C. Petai juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat. Kombinasi zat ini mampu memberikan tenaga segera yang besar cukup untuk melakukan aktiviti berat selama 90 minit.

Cara nak pilih petai, pilihlah petai yang lebih segar kerana ia lebih berkhasiat jika nak dibandingkan dengan petai yang telah kecut. Kalau nak tahu, biji petai ni dipercayai membantu merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang serta mengeluarkan cacing bagi kanak-kanak yang ada masalah cacing dalam usus.

Khasiat Petai Untuk Kesihatan

  1. Mengurangkan depresi.
  2. Membantu mengatur kadar gula dalam darah di samping membaiki mood.
  3. Membantu menstimulasi pembentukan sel darah merah.
  4. Mencegah Anemia.
  5. Membantu meredakan tekanan darah tinggi.
  6. Membantu memudahkan proses pencernaan seterusnya mengurangkan risiko diserang sembelit.
  7. Membantu menstabilkan emosi dan suhu badan.
  8. Mengawal ketagihan merokok.

Bagi yang berhajat nak berhenti merokok, petai dapat membantu. Kandungan Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium di dalam petai membantu tubuh cepat sembuh dari kesan ketagihan nikotin. Maksudnya ia membantu membersihkan sisa nikotin dalam badan. Memang elok sangat kalau suami-suami yang dalam proses berhenti merokok. Hari-hari bagi suami ulam petai. Mana tahu usaha isteri berjaya.

 

Ads

Menurut kajian yang dilaporkan oleh The New England Journal of Medicine, amalan makan petai sebagai menu harian dapat menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus. Jadi kalau nak sihat sepanjang hayat dan awet muda sentiasa, amalkan petai sebagai ulaman utama. Tak perlu sambal sangat, makan begitu ajer pun sedap…Kalau dimasak dah berkurangan khasiat petai akibat daripada proses memasak. Sebaiknya makan mentah je.

Sumber: diaryummiadam

Ads

Resipi Petai Goreng Cili Padi Pedas Meletop

Walaupun Petai Berbau Tapi Khasiat Dia Tinggi, Yang Nak Berhenti Merokok Elok Amalkan!

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm petai | dibuang kulitnya
  • 3 biji cili padi | dihiris
  • 2 biji cili merah | dihiris
  • 1 biji bawang Bombay | dimayang
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 biji limau nipis
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1.    Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah dengan sedikit minyak sehingga garing.
2.    Masukkan petai dan goreng sehingga masak.
3.    Tambahkan garam dan gula dengan secukupnya. Gaul sebati.
4.    Akhir sekali, perahkan jus limau nipis sebelum dihidang.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI