BAHAN-BAHAN:

  • 100gm petai | dibuang kulitnya
  • 3 biji cili padi | dihiris
  • 2 biji cili merah | dihiris
  • 1 biji bawang Bombay | dimayang
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 biji limau nipis
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1.    Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah dengan sedikit minyak sehingga garing.
2.    Masukkan petai dan goreng sehingga masak.
3.    Tambahkan garam dan gula dengan secukupnya. Gaul sebati.
4.    Akhir sekali, perahkan jus limau nipis sebelum dihidang.