Rancangan Rasa Instafamous membawa Aniruana Bte Mohamed Ishak, atau lebih dikenali wanakamal berkongsi resipi di kaca televisyen, rancangan masakan yang kini bersiaran di Astro Prima dan Maya HD.
Bagi yang belum mengenali siapa beliau, Wanakamal_79 merupakan salah seorang instafamous yang sering berkongsi resipi masakan beserta teknik dan cara masakan yang ringkas dan mudah diikuti menerusi laman sosial miliknya.
“Pada asalnya saya buka akaun ini untuk suka-suka. Tapi apabila mendapat respon yang baik dari follower, maka dari situ saya mula berminat untuk berkongsi resepi masakan. Buat masa ini suami dan anak-anak memberi sokongan terhadap minat saya”katanya.
Tidak menyangka hobi memasak dan mengambil gambar dan video masakannya mendapat perhatian media sosial malah peminatnya bertambah dari hari ke hari.
“Minat memasak bermula sejak kecil kerana saya sering membantu ibu dan sering mengikut bapa pergi memasak ketika ada kenduri kendara. Saya belajar memasak dari kedua ibubapa. Masakan pertama yang saya belajar tak berapa ingat kerana sering membantu ibu membuat kuih untuk jualan”.
Berumur 39 tahun, Wanakamal merupakan suri rumah sepanjang masa dan ibu kepada dua orang cahaya mata iaitu Almatin Danial, 16 tahun dan Almarsya Damya, 12 tahun. Minat masakannya banyak kearah masakan kampung. Masakan wajib yang mesti ada adalah sambal tumis dan itu adalah makanan kegemaran keluarganya, malah idea masakan setiap harinya adalah dari suami tersayang Shamsul Kamal Bin Mohd Mokhtar dan anak-anaknya.
Bagi anda yang ingin mencuba dan mengenali Wanakamal dengan lebih dekat lagi, bolehlah ‘follow’ Instagram beliau. Khas buat para pembaca, beliau juga kongsikan 3 resipi mudah yang boleh anda sajikan buat keluarga. Selamat mencuba!
Ads
Ads
Ads
MAJALAH RASA KINI DI KACA TELEVISYEN ANDA
Menerajui majalah berasaskan masakan selama 17 tahun cukup mendewasakan Majalah Rasa. Menjadi Majalah Masakan No.1 di Malaysia semestinya banyak cabaran yang dilalui. Bermula bagai anak kecil yang baru perlu berlari mengejar pesaingnya, Rasa berjaya meletakK an namanya sebaris dengan majalah yang sedia ada. Ia kemudian terus menjadi unik dengan perkongsian resipi yang konsisten setiap bulan. Lebih cemerlang apabila Rasa tambil dengan Edisi Bumper untuk 3 bulan musim perayaan.
Lima tahun lalu, rasa mengorak langkah berjinak-jinak dalam dunia digital sehinggalah tahun lalu secara agresif beraksi laman sesangan dan di pentas social media selari dengan perkembangan dunia digital. Rasa sekali lagi menempatkan dirinya menjadi Portal Masakan No. 1 di Malaysia sehingga hari ini.
Dan Bermula 30 Julai 2018, rasa melangkah setapak lagi dengan Rancangan Memasak. Memulakan langkahnya Tv nya dengan membawa Instafamous yang mempunyai pengikut ratusan ribu di Instagram. Tanpa menampilkan pengacara cantik manis, Rasa Instafamous meniti dari bibir ke bibir peminat program masakan di televisyen. Aunty Aini yang bersahaja dan tanpa kekok berbual sambil membantu tetamunya memasak. Sebagai seorang yang sudah biasa memasak dia semestinya tidak kekok untuk menyebut apa sahaja nama bahan-bahan. Rasa Instafamous akan bersiaran selama 13 episod.
Untuk anda yang masih belum menyaksikan rancangan memasak RASA INSTAFAMOUS ini jangan lupa menyaksikan di saluran Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin, jam 12.00 tengah hari dan siaran ulangannya pada jam 9.00 malam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pulut tanak makan dengan ikan masin atau durian memang paduan yang cukup menyelerakan sama ada untuk makan pagi atau petang. Namun mungkin ramai tak tahu ada satu rahsia untuk menghasil pulut tanak yang lebih sedap walaupun kosong saja.
Caranya adalah dengan memasak pulut menggunakan air kelapa. Tip ini dikongsi oleh Khadijah Jaafar .
Rahsia tanak pulut sedap, guna air kelapa
Bahan-bahan
2 cawan beras pulut susu
2 cawan air kelapa muda
Cara masak
Sukat 2 cawan beras pulut.
2. Basuh beras pulut hingga bersih.
3. Masukkan air kelapa. Kemudian, masaklah pulut seperti biasa dalam rice cooker. Jika mahu rasa sedikit masin, masukkan garam.
4. Bila pulut dah masak. Biarkan seketika ‘keep warm’ & siap. Sedap dimakan dengan kelapa parut & ikan masin.
Anda penggemar ayam goreng? Dapat yang garing memang layan habis! Tapi kalau beli dari restoran makanan segera, harganya memang mahal. Makan pun tak puas. Nah, cuba resipi tepung ayam goreng rangup ni. Boleh buat sendiri di rumah. Lagi jimat dan boleh makan banyak-banyak.
Ayam Rangup Krukk Krakk!!
Bahan-Bahan (Untuk 1 Ekor Ayam)
3 cawan tepung gandum
3 sudu makan serbuk kunyit
3 sudu makan rempah kari
Cili padi kisar (jika nak pedas)
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
Satukan semua bahan di atas dan gaul sebati.
Bahagikan tepung kepada dua bahagian. Satu bahagian tepung dibancuh dengan air — jangan terlalu cair. Jika bancuhan tepung lebih pekat, ayam akan lebih rangup.
Celupkan ayam ke dalam bancuhan tepung basah. Jangan perap lama kerana nanti ayam boleh jadi keras.
Kemudian gaulkan ayam dalam tepung kering hingga rata.
Panaskan minyak dengan api sederhana. Goreng hingga ayam masak dan bertukar warna keemasan.
Angkat dan toskan. Sedia untuk dinikmati!
Tip Tambahan Untuk Ayam Goreng Rangup
Kalau nak hasil ayam lebih garing dan tahan lama rangup, pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng. Jangan goreng terlalu banyak sekaligus kerana suhu minyak boleh turun.
Lagi satu, guna tepung yang dibancuh pekat sedikit — inilah rahsia sebenar resipi tepung ayam goreng rangup yang garing di luar tapi lembut di dalam!
Kesimpulan: Rahsia Ayam Goreng Krukk Krakk Di Rumah
Dengan resipi tepung ayam goreng rangup ni, anda tak perlu lagi ke restoran makanan segera untuk nikmati ayam garing. Buat sendiri di rumah, lebih jimat, lebih puas, dan rasanya pun boleh ikut cita rasa sendiri — pedas, kari atau kunyit lebih, semua boleh ubah ikut selera!
Selamat mencuba dan nikmati ayam goreng homemade paling rangup anda hari ini!
Mesti try dua menu ayam Ala Cina menggunakan cili kering yang kaya dengan aroma cili kering goreng dan ranggup. Rasa pedas-pedas sedap gerenti boleh menyebabkan makan bertambah-tambah. Tak rugi cuba resipi ni, sebab ia sedap dan senang cara memasaknya.
AYAM CHONG QING CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
300gm ayam | potong dadu
20gm cili kering | potong kecil
10gm lada hitam | kisar kasar
5gm halia | hiris
5gm bawang merah | hiris
5gm bawang putih | hiris
1/2gm garam
30gm minyak lada hitam
3gm serbuk cili
2gm serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Goreng ayam yang telah dipotong kiub dalam minyak panas.
Kemudian tumis hirisan cili kering, halia, bawang merah, putih dan lada hitam hingga naik bau.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata.
Perasakan dengan garam, minyak lada hitam, serbuk cili dan serbuk perasa. Kacau sebati.
Hiaskan dengan daun bawang sebelum dihidangkan.
AYAM GORENG CILI KERING KACANG GAJUS
BAHAN-BAHAN:
300gm ayam | potong kiub
2gm cili kering | hiris 2cm
3gm halia | hiris
3gm bawang merah | hiris
1gm lada hitam | kisar akasar
1/2gm garam
30 gm minyak lada hitam
3gm serbuk cili
2gm serbukperasa
10 gm kacang gajus | goreng sangai
Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Goreng ayam yang telah dipotong kiub dalam minyak panas. Angkat dan ketepikan.
Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis cili kering, lada hitam, halia dan bawang merah.
Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Goreng dan kacau rata menggunakan api yang kuat.
Kemudian lengkapkan rasa dengan memasukkan garam, minyak lada hitam, serbuk cili, dan perasa secukupnya. Kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan kacang gajus. Kacau rata sebelum dihidangkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!