Wanakamal Atau Kakakwondamunah, Hebat Beraksi Sambil Berkongsi Resipi Di Rancangan Rasa Instafamous.

Share

Rancangan Rasa Instafamous membawa Aniruana Bte Mohamed Ishak, atau lebih dikenali wanakamal berkongsi resipi di kaca televisyen, rancangan masakan yang kini bersiaran di Astro Prima dan Maya HD.

Bagi yang belum mengenali siapa beliau, Wanakamal_79 merupakan salah seorang instafamous yang sering berkongsi resipi masakan beserta teknik dan cara masakan yang ringkas dan mudah diikuti menerusi laman sosial miliknya.

 

“Pada asalnya saya buka akaun ini untuk suka-suka. Tapi apabila mendapat respon yang baik dari follower, maka dari situ saya mula berminat untuk berkongsi resepi masakan. Buat masa ini suami dan anak-anak memberi sokongan terhadap minat saya”katanya.

 

Tidak menyangka hobi memasak dan mengambil gambar dan video masakannya mendapat perhatian media sosial malah peminatnya bertambah dari hari ke hari.

“Minat memasak bermula sejak kecil kerana saya sering membantu ibu dan sering mengikut bapa pergi memasak ketika ada kenduri kendara. Saya belajar memasak dari kedua ibubapa. Masakan pertama yang saya belajar tak berapa ingat kerana sering membantu ibu membuat kuih untuk jualan”.

Berumur 39 tahun, Wanakamal merupakan suri rumah sepanjang masa dan ibu kepada dua orang cahaya mata iaitu Almatin Danial, 16 tahun dan Almarsya Damya, 12 tahun. Minat masakannya banyak kearah masakan kampung. Masakan wajib yang mesti ada adalah sambal tumis dan itu adalah makanan kegemaran keluarganya, malah idea masakan setiap harinya adalah dari suami tersayang Shamsul Kamal Bin Mohd Mokhtar dan anak-anaknya.

Bagi anda yang ingin mencuba dan mengenali Wanakamal dengan lebih dekat lagi, bolehlah ‘follow’ Instagram beliau. Khas buat para pembaca, beliau juga kongsikan 3 resipi mudah yang boleh anda sajikan buat keluarga. Selamat mencuba!

 

 

MAJALAH RASA KINI DI KACA TELEVISYEN ANDA

Menerajui majalah berasaskan masakan selama 17 tahun cukup mendewasakan Majalah Rasa. Menjadi Majalah Masakan No.1 di Malaysia semestinya banyak cabaran yang dilalui. Bermula bagai anak kecil yang baru perlu berlari mengejar pesaingnya, Rasa berjaya meletakK an namanya sebaris dengan majalah yang sedia ada. Ia kemudian terus menjadi unik dengan perkongsian resipi yang konsisten setiap bulan. Lebih cemerlang apabila Rasa tambil dengan Edisi Bumper untuk 3 bulan musim perayaan.

Lima tahun lalu, rasa mengorak langkah berjinak-jinak dalam dunia digital sehinggalah tahun lalu secara agresif beraksi laman sesangan dan di pentas social media selari dengan perkembangan dunia digital. Rasa sekali lagi menempatkan dirinya menjadi Portal Masakan No. 1 di Malaysia sehingga hari ini.

Dan Bermula 30 Julai 2018, rasa melangkah setapak lagi dengan Rancangan Memasak. Memulakan langkahnya Tv nya dengan membawa Instafamous yang mempunyai pengikut ratusan ribu di Instagram. Tanpa menampilkan pengacara cantik manis, Rasa Instafamous meniti dari bibir ke bibir peminat program masakan di televisyen. Aunty Aini yang bersahaja dan tanpa kekok berbual sambil membantu tetamunya memasak. Sebagai seorang yang sudah biasa memasak dia semestinya tidak kekok untuk menyebut apa sahaja nama bahan-bahan. Rasa Instafamous akan bersiaran selama 13 episod.

Untuk anda yang masih belum menyaksikan rancangan memasak RASA INSTAFAMOUS ini jangan lupa menyaksikan di saluran Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin, jam 12.00 tengah hari dan siaran ulangannya pada jam 9.00 malam.

Published by
Mastura Abu Kassim