Bingka Roti Pandan yang sangat sedap dan mudah disediakan. Bagi anda yang gemarkan manisan ini, resipi perkongsian saudari Zura Zul ini tentunya anda perlu cuba. Puas hati bila dapat menikmatinya. Nak lebih kelainan? Nikmatinya bersama aiskrim. Lebih mantap! Anak-anak pun pasti suka. Selamat mencuba!
RESIPI BINGKA ROTI PANDAN YANG SANGAT SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
3/4 cawan gula – boleh tambah gula jika nak manis lagi – beli online disini
1 cawan santan pekat – beli online disini
2 1/4 cawan jus pandan (kisar 7 – 8 helai daun pandan dengan air & tapis)
2 sudu makan mentega /marjerin – beli online disini
12 – 14 keping roti – potong kecil
3 biji telur
Sedikit garam
Pewarna hijau – beli online disini
Dapatkan COOPER DIAMOND BAKEWARE SET dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan kecuali roti. Kisar.
2. Tuang bancuhan bahan kisaran tadi ke atas roti dan biarkan roti terendam selama 5-10 minit.
3. Ambil loyang bersesuaian. Sapu mentega atau marjerin di permukaannya dan panaskan dalam ketuhar selama 10 minit.
4. Tuang adunan bingka ke dalam loyang. Tekan-tekan sedikit bagi merata dalam loyang.
5. Bakar Bingka Roti Pandan pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga masak.
6. Bila sudah masak, sejukkan Bingka terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zura Zul
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official