Nasi Komok Thailand Atau Khao Mok Gai . Lazatnya Beriani Siam Ni .

Share

Nasi Komok ada rempah khasnya yang mudah didapati dekat dengan Siam iaitu Kelantan. Maksud nasi komok ini adalah nasi beriani siam. Aromanya cukup wangi, rasanya apatah lagi sedap sungguh ni.

NASI KOMOK THAILAND

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam | dipotong, cuci bersih dan toskan

BAHAN PERAPAN AYAM:

  • 4 batang serai
  • Ketumbar
  • Kunyit hidup & serbuk
  • 1 labu bawag putih
  • Halia
  • 1 sudu tepung gandum
  • Sedikit pewarna merah
  • Sedikit garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Kisar dan gaulkan pada ayam.
  2. Biar perap dalam satu jam dan baru goreng ayam.

BAHAN NASI KOMOK:

  • 1kg beras basmati (bersihkan & toskan)
  • Serbuk nasi komok (boleh beli di pasaraya & tambahkan sedikit serbuk kunyit
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bahan dalam peiuk sampai naik bau.
  2. Masukkan ayam 2-3 ketul untuk keluarkan air ayam dan masukkan air ikut sukatan beras.
  3. Jangan lupa letak gula, garam atau secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan beras dan tutup periuk tunggu nasi tanak.

BAHAN REMPAH NASI KOMOK (JIKA TIDAK ADA REMPAH YANG SEDIA ADA):

  • 2 sudu serbuk kurma ayam atau daging
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu serbuk jintan manis
  • 1 sudu serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu serbuk kayu manis

CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. Satukan semua rempah.

BAHAN-BAHAN SOS/PENCICAH:

  • 3-4 ulas bawang putih
  • 4 biji Cili merah
  • 5-6 biji cili padi
  • Akar daun ketumbar
  • Sedikit garam
  • Gula
  • 2 sudu cuka
  • Air

CARA MEMASAK:

  1. Kisar halus semua bahan-bahan
  2. Panaskan atas dapur biar sampai pekat dan tabur daun ketumbar

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Tengku Zaharah

Published by
Faridah Talib