Wow! RASA teruja dengan tujuh jenis kek premium yang sangat sedap ni. Tiada oven di rumah bukanlah bermakna kita tak berpeluang buat kek sendiri.

Memasak kek tanpa perlu dibakar adalah salah satu cara masakan kek yang mudah. Tanpa dibakar, kita masih berpeluang menikmati hidangan manisan yang enak. Jom kita cuba realisasikan seleksi kek ini di atas meja makan.

NO BAKE CHOLOCATE BISCUT CAKE

Wanita Ini Kongsi 7 Resipi Kek Tanpa Susah-Susah Nak Bakar, Confirm Sedap!

BAHAN-BAHAN
800 gram biskut digestive
100 gram kacang walnut

BAHAN SIRAP COKLAT
200 gram gula kastor
60 gram serbuk koko
240 ml air
150 gram mentega
1 sudu kecil esen vanila

BAHAN COKLAT GANACHE
120 gram krim putar UHT
120 gram coklat masakan

CARA MEMBUAT
1. Patahkan biskut menjadi kepingan kecil dan kasar. Masukkan ke dalam mangkuk besar
2. Kacang walnut digoreng tanpa minyak dan dipotong kasar. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk berisi biskut.
3. Sediakan sirap coklat. Satukan gula dan serbuk koko di dalam periuk. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacaukan sehingga sebati. Masukkan mentega dan biarkan mendidih sehingga 7 minit. Tutupkan api dan masukkan esen vanila. Biarkan sejuk 10 minit.
4. Tuang adunan sirap coklat tadi ke dalam mangkuk yang berisi biskut dan kacang walnut. Kacau sehingga semua bahan sebati.
5. Pindahkan bahan ke dalam loyang bulat berspring 9 inci (9 inch springform pan) yang dilapik dengan kertas minyak.
6. Ratakan adunan tadi menggunakan spatula.
7. Tutup loyang dengan plastik lutsinar (clingy wrap) dan dinginkan (chill) di dalam peti sejuk selama 30 minit.
8. Penyediaan coklat ganache. Sediakan coklat masakan di dalam mangkuk.
9. Masukkan krim putar UHT ke dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih. Tuang krim putar yang dipanaskan tadi ke dalam mangkuk berisi coklat masakan tadi.
10. Keluarkan kek dari peti sejuk dan tuangkan coklat ganache ke atas kek.
11. Dinginkan semula kek selamat 3 jam atau semalaman sebelum dihidangkan.
12. Hiaskan kek dengan potongan kacang walnut atau kekacang lain yang disukai.

CHEWY GOOEY PEANUT BUTTER BARS

Wanita Ini Kongsi 7 Resipi Kek Tanpa Susah-Susah Nak Bakar, Confirm Sedap!

BAHAN-BAHAN
2 sudu besar madu
½ cawan peanut butter crunchy
¼ cawan peanut butter creamy
1 cawan cornflake
½ cawan badam cencang | goreng tanpa minyak
½ cawan kurma
250 gram dark cchocolate compound
¼ cawan susu segar

CARA MEMASAK
1. Cairkan madu, peanut butter crunchy dan peanut butter creamy secara double boiler.
2. Setelah cair, padamkan api. Hancurkan cornflake dan masukkan ke dalam bekas mengandungi madu dan mentega kacang tadi.
3. Masukkan badam dan kurma, kacau rata.
4. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci dan sejukkan selama 10 minit.
5. Sementara itu, gunakan bekas lain untuk mencairkan dark coklat secara double boiler.
6. Setelah cair, campurkan susu segar dan campur rata. Tuang ke atas adunan di dalam loyang tadi. Dinginkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.

 

NO BAKE BLUEBERRY CHEESECAKE

Wanita Ini Kongsi 7 Resipi Kek Tanpa Susah-Susah Nak Bakar, Confirm Sedap!

BAHAN-BAHAN BLUEBERRY PUREE
200 gram blueberi segar
70 gram gula kastor
¾ sudu besar jus lemon

IKLAN

BAHAN-BAHAN LAPISAN BAWAH
11 keping biskut oreo | tanpa inti
35 gram mentega

BAHAN-BAHAN LAPISAN KEJU
250 gram krim keju
50 gram gula kastor dan inti Oreo
2 sudu kecil yogurt | perisa asli
2 sudu kecil gelatin | tambah 2 sudu besar air panas (Gelatin A)
150 ml krim putar UHT
⅓ cawan blueberi puri

BAHAN-BAHAN LAPISAN UNGU (BLUEBERI)
½ cawan blueberi puri
60 ml krim putar UHT
1 sudu kecil gelatin | tambah 2 sudu besar air panas (Gelatin B)

CARA MEMBUAT
1. Masukkan buah blueberry dan gula. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih. Perahkan jus lemon. Kisar buah blueberi yang dimasak tadi sehingga hancur dan ketepikan.
2. Asingkan inti gula dari biskut Oreo. Masukkan biskut Oreo ke dalam food processor atau chopper. Kisar sehingga hancur. Cairkan mentega dan tuang ke dalam biskut Oreo tadi. Sediakan loyang springform berukuran 6 inci dan tuang biskut tadi ke dalam dan ratakan. Sejuk di dalam peti sejuk selama 10 minit.
3. Sementara itu, sediakan adunan keju. Masukkan krim keju dan gula kastor ke dalam mesin pengandun. Pukul sehingga lembut dan berkrim. Masukkan inti gula dari biskut Oreo tadi.
4. Masukkan yogurt ke dalam adunan keju.
5. Masukkan Gelatin A. Kacau sehingga sebati. Masukkan ke dalam adunan keju.
6. Di dalam bekas lain, putarkan krim putar UHT sehingga menjadi soft peak. Masukkan ke dalam adunan keju.
7. Tuang separuh adunan keju ke dalam loyang dan lapiskan dengan puri blueberi. Tuang lagi separuh adunan keju dan akhiri dengan puri blueberi. Sejukkan di dalam peti ais selama 3 jam.
8. Sediakan lapisan ungu. Campurkan puri blueberi dan krim putar UHT. Kacau sebati. Masukkan Gelatin B dan kacau.
9. Keluarkan adunan cheesecake tadi dari peti sejuk. Tuangkan adunan lapisan ungu tadi. Ratakan dan sejukkan selama 4-5 jam.

 

NO BAKE PEANUT BUTTER CHEESECAKE

Wanita Ini Kongsi 7 Resipi Kek Tanpa Susah-Susah Nak Bakar, Confirm Sedap!

BAHAN-BAHAN LAPISAN BAWAH
270 gram biskut marie
100 gram mentega cair

BAHAN-BAHAN LAPISAN CHEESE
525 gram krim keju
187 gram gula aising
250 gram mentega kacang
1sudu kecil esen vanila
120 ml krim putar UHT

BAHAN-BAHAN COKLAT GANACHE
160 ml krim putar UHT
125 gram dark chocolate compound

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Masukkan biskut marie ke dalam food processor dan kisar sehingga hancur. Tambahkan mentega yang telah dicairkan dan gaul sebati. Tuang adunan biskut tadi ke dalam loyang spring form 9 inci. Simpan di dalam peti sejuk.
2. Di dalam mangkuk pengandun, pukul krim keju dan gula aising sehingga lembut dan berkrim. Masukkan mentega kacang, esen vanila dan pukul sebati. Akhirnya sekali masukkan krim putar UHT dan pukul sebati.
3. Tuang adunan cheesecake ke dalam loyang springform. Ratakan dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman.
4. Penyediaan coklat ganache. Panaskan krim putar UHT. Ketepikan dan masukkan dark chocolate. Kacau sehingga coklat melarut sepenuhnya. Biarkan sejuk seketika.
5. Tuang coklat tadi ke dalam loyang cheesecake dan ratakan. Sejukkan selama 1 jam sebelum dihidangkan.

 

NO BAKE LOTUS BISCOFF CHEESECAKE

Wanita Ini Kongsi 7 Resipi Kek Tanpa Susah-Susah Nak Bakar, Confirm Sedap!

BAHAN-BAHAN KERAK (CRUST)
235 gram Lotus Biscoff Cookies
85 gram mentega cair

BAHAN-BAHAN LAPISAN KEJU
350 gram krim keju
1 sudu kecil esen vanila
⅛ sudu kecil garam
260 gram krim Lotus Biscoff Speculoos
237 ml krim putar UHT
75 gram gula aising

BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS (TOPPING)
140 gram krim Lotus Biscoff Speculoos
3-4 keping Biskut Biscoff | hancurkan

CARA MEMBUAT
1. Kisar biskut Lotus Biscoff di dalam food processor sehingga hancur. Tambahkan mentega cair dan kacau sebati. Ratakan adunan biskut tadi ke dalam loyang springform 9 inci dan sejukkan.
2. Di dalam mesin pengadun, pukul krim keju, esen vanila, garam dan krim Lotus Biscoff Speculoos sehingga lembut dan berkrim. Di dalam bekas berasingan, pukul krim putar dan gula aising sehingga menjadi medium stiff-peak. Masukkan krim yang diputar tadi ke dalam adunan krim keju tadi dan gaul sebati. Tuang adunan ini ke dalam loyang dan bekukan selama 30 minit
3. Penyediaan topping. Cairkan krim Lotus Biscoff Speculoos di dalam microwave. Semasa masih cair, tuang ke atas cheesecake.
4. Sejukkan cheesecake selama 6 jam.
6. Hiaskan bahagian atas cheesecake dengan biskut Lotus Biscoff yang telah dihancurkan.

NON BAKE MANGGO STRAWBERI MOUSSE CAKE

Wanita Ini Kongsi 7 Resipi Kek Tanpa Susah-Susah Nak Bakar, Confirm Sedap!

IKLAN

BAHAN-BAHAN LAPISAN BAWAH
250 gram biskut digestive
80 gram mentega cair

BAHAN-BAHAN MOUSSE STRAWBERI
200 gram krim putar UHT
300 gram buah strawberi segar
50 gram gula kastor
1 sudu besar jus lemon
½ sudu besar serbuk gelatin
2 sudu besar air

BAHAN-BAHAN MOUSSE MANGGA
300 gram buah mangga segar
50 gram gula kastor
½ sudu besar serbuk gelatin
2 sudu besar air
200 gram krim putar UHT

BAHAN-BAHAN PURI STRAWBERI
120 gram buah strawberi segar
30 gram gula kastor
½ sudu besar serbuk gelatin
1 sudu besar air

CARA MEMBUAT
1. Sediakan puri strawberi terlebih dahulu. Potong buah strawberi dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan gula. Panaskan dengan menggunakan api yang kecil sehingga gula melarut. Angkat dan kisar puri strawberi sehingga hancur. Ketepikan.
2. Larutkan serbuk gelatin bersama air dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Masak sekejap bancuhan gelatin tadi sehingga melarut dan tuang ke dalam puri strawberi tadi. Biarkan campuran strawberi tadi sejuk di suhu bilik.
3. Sediakan lapisan bawah. Kisarkan biskut sehingga hancur dan masukkan mentega yang telah dicairkan. Gaul sebati. Tuangkan ke dalam loyang springform berukuran 8 inci dan ratakan. Sejukkan di dalam peti ais.
4. Sediakan mousse strawberi. Pukul krim putar UHT sehingga kembang. Setelah itu masukkan puri strawberi yang telah disejukkan tadi. Kacau sebati. Tuangkan ke dalam loyang springform. Ratakan dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
5. Sediakan puri mangga. Kisar buah mangga sehingga hancur. Masukkan gula dan kisar sehingga sebati.
6. Larutkan serbuk gelatin bersama air dan biarkan selama 5 minit. Masak sekejap bancuhan gelatin tadi sehingga melarut dan tuang ke dalam puri mangga tadi.
7. Penyediaan mousse mangga. Pukul krim putar UHT sehingga kembang. Setelah itu masukkan puri mangga yang telah disediakan tadi. Kacau sebati. Tuangkan ke atas lapisan mousse strawberi. Sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit.
8. Penyediaan jelly strawberi. Potong buah strawberi. Satukan buah strawberi dan gula di dalam periuk dan masak sehingga gula melarut. Tapiskan adunan tadi untuk diambil air nya. Di dalam bekas lain, satukan gelatin dan air. Biarkan selama 5 minit. Masukkan ke dalam adunan strawberi tadi. Kacau sebati dan tuangkan ke atas lapisan mousse mangga. Sejukkan selama 2 hingga 3 jam.

TIRAMISU

Wanita Ini Kongsi 7 Resipi Kek Tanpa Susah-Susah Nak Bakar, Confirm Sedap!

BAHAN-BAHAN KERAK (CRUST)
1 ½ cawan krim putar UHT
⅓ cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
250 gram mascorpone cheese
3 sudu besar serbuk Nescafe
1 cawan air panas
1 bungkus biskut Lady Finger
Sedikit serbuk koko untuk hiasan

CARA MEMBUAT
1. Pukul krim putar UHT. Masukkan gula kastor dan esen vanila dan pukul sehingga kembang. Masukkan mascorpone cheese dan pukul lagi sehingga sebati.
2. Satukan serbuk Nescafe dan air panas. Celupkan biskut Lady Finger ke dalam bancuhan air Nescafe tadi.
3. Susun biskut tadi di dalam loyang berukuran 8×8 inci.
4. Ratakan adunan mascorpone cheese tadi di atas susunan biskut tadi.
5. Ulang semula langkah 3 tadi dengan menyusun biskut Lady Finger. Kemudian ratakan dengan mascorpone cheese.
6. Sejukkan di dalam peti ais selama 3 hingga 4 jam.
7. Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit serbuk koko di atas lapisan Tiramisu tadi.

Selamat mencuba!

Kredit Resipi: Nur Liyana dari The Peony Cakery

Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender. Yeeha!

NAK RESIPI LAIN? Klik sini: https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI