Memang sedap dapat nikmati kek mini hokkaido. Seumpama menelan kapas gebunya tak terkata. Kalau membelinya boleh tahan juga harganya. Jadi apa kata buatnya sendiri dengan resipi berikut.
Yang penting pasti menjadi kek hokkaido korang.
Buat Kek Mini Hokkaido Gebu
Bahan-bahan:
- 4 biji kuning telur
- Secubit garam
- 3 sudu besar gula kastor
- Sedikit esen vanilla(satukan dan pukul bagi sebati)
- Setengah cawan susu cair (saya pakai susu segar)
- 1/4 cawan minyak masak(masukkan dalam bekas telur,susu dan minyak)pukul sekejap
- -letak tepi sementara untuk langkah ke dua
Langkah 2
- 4 biji putih telur
- 4 sudu besar gula kastor
- Satu sudu kecil cream of tartar
Cara membuat:
1.Meringue,adun putih telur sampai berbuih kasar.
2.Masukkan cream of tartar/ adun lagi.
3.Kemudian masukkan gula kastor sikit-sikit( adun lagi sampai jadi likat)
Langkah 3
- 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudu kecil baking powder (Ayak semua barang. Kemudian masukkan ke dalam bekas kuning telur.Pukul hingga sebati.
*sebenarnya guna tepung gandum khas tapi saya guna tepung gandum superfine saja.
Langkah 4
1.Ambil putih telur tadi masukkan ke dalam bekas kuning telur yang dah siap tadi sikit.
2.Gaul sebati.Ulang sampai habis putih telur. Siap.
3.Masukkan dalam paper cup.
4.Bakar 25 minit dengan suhu 150 darjah c..
Kuah kastard:
Bahan-bahan:
- 200ml susu cair
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu tepung kastard
- 4 sudu gula kastor
- 1 sudu besar butter
- 1 biji telur
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan dan masak guna api perlahan.
2.Kacau hingga pekat.
3.Sejukkan sementara nak paipkan.
Kredit Resipi : rosliza che ya
ADA YANG NAK MEMBELI MIXER, BOLEH BELI DI SINI.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kek Mentega Simple Guna 4 Bahan Sahaja, Sedap Lemak Manis Rasanya
https://www.rasa.my/kek-keju-gebu-puas-makan/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Resipi Masakan India Ini Serius Sedap. Ini Cara Membuatnya
Sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan keturunan, makanan-makanan yang ada di negara kita juga pelbagai rasa. Masyarakat India misalnya cukup terkenal dengan masakannya yang berasaskan pelbagai jenis rempah ratus dan herba. Bahkan, kari India sangat sedap dan berbeza dengan kari Melayu. Kali ini, RASA kongsikan resipi masakan India untuk anda cuba kelainannya. Yang pasti, rasanya dijamin lazat.
PARPU TELUR
BAHAN-BAHAN:
100gm kacang thoor dal | rendam dalam air panas selama 10 minit
4 biji telur
1 biji kentang |dipotong
1 sudu makan serbuk kunyit
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar | hiris
1 tangkai daun kari
½ sudu teh biji sawi
½ sudu teh jintan putih
1 tangkai cili kering
100gm santan pekat
1 biji tomato |dipotong dadu
3sudu makan minyak masak
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kacang thoor dal direbus bersama serbuk kunyit, bawang putih dan secubit garam sehingga empuk.
2. Masukkan pula kentang yang dipotong dan masak sehingga kentang masak.
3. Masukkan santan dan kacau selama 5 minit. Kemudian masukkan telur satu persatu. Biar telur masak.
4. Selepas telur masak, masukkan santan dan kacau perlahan. Selepas kuah mendidih, tutup api. Ketepikan.
5. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan biji sawi dan jintan putih. Selepas satu minit, masukkan bawang besar yang dihiris, cili kering dan daun kari. Kacau rata sehingga bawang merah bertukar warna.
6. Masukkan tomato dan kacau selama 5 minit. Tutup api.
7. Tuang ke dalam campuran dal dan telur, kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa.
8. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4 orang
Jenis hidangan : India
Keistimewaan : Rasa lemak kacang dal dan telur
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus dan tumis
Anggaran kos: RM8
Info chef: Boleh gunakan udang lain seperti udang lipan dan sebagainya.
PESAMAH KAMBING
BAHAN- BAHAN:
500gm daging kambing | potong saiz kecil
1sudu makan tairu/yogurt
1sudu teh halia kisar
1sudu teh bawang putih kisar
½ sudu teh lada hitam kisar
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 labu bawang besar | dihiris
3 sudu makan serbuk kari daging
5 cawan air rebusan daging kambing
1 cawan santan pekat
100gm kerisik
5sudu makan minyak masak
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1) Perap daging kambing bersama tairu/yogurt, halia kisar, bawang putih kisar dan lada hitam kisar selama 2 jam. Ketepikan.
2) Rebus daging kambing yang telah diperap sehingga daging kambing empuk. Asingkan daging dan air rebusannya. Ketepikan.
3) Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang besar yang telah dihiris. Tumis sehingga bawang bertukar warna.
4) Masukkan serbuk kari daging dan dua cawan air rebusan. Kacau rata. Masak sehingga pecah minyak.
5) Masukkan daging kambing dan kacau rata.
6) Masukkan santan, kerisik dan tiga cawan air rebusan. Kacau rata. Perlahankan api biar mereneh selama 5 minit.
7) Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Perasakan garam secukup rasa. Tutup api.
8) Sedia dihidangkan bersama nasi beriani atau nasi putih.
Saiz hidangan: 4 orang
Jenis hidangan : India
Keistimewaan : Rasa lemak kari dan daging kambing yang empuk
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus, tumis dan didih
Anggaran kos: RM25
Info chef: Daging kambing boleh dipotong kasar tetapi memerlukan masa memasak yang lebih lama.
SOTONG MASALA
Bahan- Bahan:
500gm sotong putih |bersihkan dan direbus sehingga ¾ masak
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 labu bawang besar |dihiris
2 biji cili merah |dipotong memanjang
2 sudu teh halia kisar
1sudu teh bawang putih kisar – BELI ONLINE DI SINI
1 tangkai daun kari
1 labu bawang merah (dikisar)
2 1/2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu teh serbuk jintan putih
1sudu teh serbuk jintan manis
1sudu teh serbuk cili -BELI ONLINE DI SINI
50gm santan pekat
1 cawan air rebusan sotong
3 sudu makan minyak masak
½ sudu teh gula
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang besar dan cili merah. Tumis sehingga bawang bertukar warna.
2.Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan daun kari. Apabila bau harum, masukkan bawang kisar. Kacau sekata.
3. Bila mendidih, masukkan serbuk kari daging, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan serbuk cili.
4. Tuang air rebusan sotong dan kacau rata. Masak sehingga kuah menjadi pekat sedikit.
5. Masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih.
6. Masukkan sotong dan kacau rata selama empat minit.
7. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 5 orang
Jenis hidangan : India
Keistimewaan : Kari yang pekat dan lemak beraroma
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus, tumis dan didih
Anggaran kos: RM28
Info chef: Sotong boleh juga dipotong kecil, mengikut kesukaan masing-masing.
AYAM MADU MAMAK
BAHAN- BAHAN PERAPAN AYAM:
1kg ayam |dipotong dan dibersihkan
1sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh garam
1 cawan minyak masak (untuk goreng ayam)
BAHAN LAIN:
3 sudu makan minyak masak
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 labu bawang besar |dihiris
1 tangkai daun kari
1sudu teh bawang merah kisar
2 sudu teh halia kisar
1sudu teh bawang putih kisar
1 labu bawang besar |dikisar
½ sudu makan serbuk kulit kayu manis
½ sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk cili
200gm buah kurma |dibuang biji
½ cawan air
3 sudu makan madu
BAHAN UNTUK MENGGORENG GAJUS DAN KISMIS:
50gm kacang gajus
10gm buah kismis
1 sudu teh minyak sapi
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam bersama serbuk kunyit dan garam selama 30 minit.
2. Kemudian goreng ayam sehingga 1/2 masak. Ketepikan.
3. Setelah itu, panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang merah dan daun kari. Tumis sehingga bawang bertukar warna.
4. Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan bawang kisar. Kacau rata selama dua minit.
5. Masukkan serbuk jintan putih, serbuk kulit kayu manis dan serbuk cili. Kacau rata.
6. Kisar buah kurma bersama ½ cawan air. Tuang bahan kisar tersebut ke dalam kuali dan gaul rata. Masak seketika. Sekiranya kuah pekat, tambah air secukupnya.
7. Masukkan ayam dan perasakan dengan garam secukupnya. Biarkan mendidih dan ayam masak sepenuhnya. Ketepikan.
8. Di dalam kuali lain, masukkan minyak sapi dan goreng gajus bersama buah kismis menggunakan api perlahan. Tutup api.
9. Tuang ke dalam kuah ayam dan kacau. Masukkan madu dan tutup api.
10. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.
Saiz hidangan: 4 orang
Jenis hidangan : India
Keistimewaan : Manis kurma dan madu serta bau minyak sapi yang wangi
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus, tumis dan didih
Anggaran kos: RM25
Info chef: Tidak perlu tambah gula kerana hidangan sudah ada madu dan kurma yang memberikan rasa manis pada masakan.
Resipi: Terima kasih Mrs. Tamil Selvi Samugam Sundram
Anda sedang mencari BARANGAN SEGAR, klik DISINI.
Buat Sendiri Nasi Beriani Sempoi Di Rumah, Tak Perlu Beli Dah
https://www.rasa.my/sangat-sedap-30-menu-harian-masakan-kampung-kena-cuba/
Mudahnya Buat Kue Teow Hanya Guna Dua Jenis Tepung
Pasti ramai menyukai kue teow goreng atau yang berkuah. Kalau begitu eloklah buat sendiri, lebih terjamin kebersihannya. Dikongsikan resipi membuatnya. Tip semasa memotong kue teow ni, kalau pisau anda pendek bolehlah lipat dua lempeng kue teow tu.Senang sikit nak potong.Adunan yang dibuat ni agak tebal sikit. Mungkin boleh ditambah air sedikit untuk lebih nipis.
Kue Teow Homemade
Bahan-bahan(Batter)
1 cawan tepung beras*beli online di sini
1/2 cawan tepung ubi*beli online di sini
1 1/2 cawan air*
Sedikit minyak sayuran -beli online di sini
Loyang untuk mengukus
Dapatkan EKOBEE 3 IN 1 INTELLIGENT MULTI-COOKER WITH STEAM TRAY dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara memasak:
1.Sediakan kukusan. Saya guna kuali.
2.Satukan kesemua ramuan (*) kacau rata jangan sampai bergentel.
3.Sementara itu griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.
4.Tuang sesenduk adunan batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi adunan batter dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi. (guna senduk lauk)
5.Kemudian kukus sehingga masak lebih kurang 7-10 minit.
6.Biarkan sejuk kejap kemudian griskan permukaan kue teow dengan minyak sayuran tadi. Keluarkan dari loyang, susun bertindan. (Ulangi proses ini hingga selesai).
7.Sapukan permukaan pisau dengan minyak kemudian bolehlah dipotong mengikut saiz yang anda suka. Siap.
Kredit: Fiza Mh
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Teknik Betul Nak Goreng Celup Tepung Rapuh, Rangup Dan Berkerak… Tengok Resipi Ni!
Makanan bergoreng selalu menjadi pilihan untuk hidangan ringan pagi atau petang. Banyak gerai yang menjual pelbagai makanan bergoreng, memberikan kita banyak pilihan. Tetapi sering kali makanan yang dibeli tak kena dengan selera, indah rupa dari rasa. Jom cuba tip yang Kak Cik kongsikan, resipi sebenar bagaimana nak hasilkan masakan tepung goreng yang rangup, rapuh dan berkerak!
Kak cik nak bercerita pasal celup tepung malam ni. Nak bagi tips ye.
Part paling penting ialah bahan2 kene betul tau.. 1st thing,tepung kene yang terbaik untuk goreng celup tepung bagi yang gemar makan cicah habuk halus banyak krup krap..ni taste bukan goreng ala2 KL yg takde habuk(serdak) tu ye.
Tepung beras? Tahu tak tepung beras ada banyak jenis & fungsinya, banyak jenama, mana satu nak pilih? Ke pakai hentam je?
Ehhh..jangan, nanti tak menjadi jangan salahkan si pemberi resepi pulak, walhal bahan yang tak kena.
Ilmu yang dapat sejak menuntut secara lisan dengan bonda, tepung terbaik untuk pisang, keledek, seafood celup tepung ialah tepung beras cap 3 teratai untuk rapuh,rangup,berabuk banyak.. Tetapi kalau silap tepung, ada yang jadi tebal, tak berabuk halus & lemau bila sejuk…- Achik Ita Jsd Kelantan
BAHAN-BAHAN:
- 500g tepung beras(kurang pun xpe)
- 1 biji telur
- 1 sudu teh garam
- 2-3 sudu makan gula
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Secubit kapur makan
CARA MEMASAK:
- Bancuh semua dengan air biasa je agak2warna peach gitu. Part ni ada yang kata guna ais, tapi selepas percaturan nanti tak pasal-pasal adunan makin cair..INGAT! Ais mencair bukan beku dalam tu..tak payah guna ais pun memang rangup sangat2 dan berhabuk banyak tau..
- Jadi bila semua bahan2 dah betul bancuh , lihat pulak cara2 membuat adunan.
- Adunan jangan pekat sangat, jangan cair sangat.
- Minyak wajib banyak, jangan kedekut (deep fried)
- Wajib api besar (slow2 kene tinggal)
- Jangan selam atau rendam lama bahan untuk celup tepung. Nanti adunan mudah pekat.
- Jgn simpan lama dalam peti adunan tu. Nak ulang guna, wajib bancuh lain sikit kemudian campur dulu dengan yang sebelum tu.
*picture ni semua hasil tgan k.cik sdri ye
Kongsi resipi: Achik Ita Jsd Kelantan