Bila disebut mengenai ikan buntal, terbayang dimata ikan berduri yang mempunyai racun. Oleh sebab itu tidak ramai yang berani untuk mencubanya. Malah ada kejadian yang menyebabkan kematian dek kerana memakan ikan ini.

Sebenarnya, ikan buntal ni boleh dimakan jika anda tahu dan pakar dalam bab membuang racunnya. Malah isinya memang enak. Maka tidak hairanlah hidangan ikan buntal ini popular terutamanya di sesetengah tempat di Sabah, Sarawak dan beberapa kawasan yang lain.

Nak tahu cara-cara siang dan masak ikan ini? Jom lihat perkongsian dari Abel Lione Karia yang berasal dari Semporna, Sabah.

Assalamualaikum semua…Hari ni saya nak share cara-cara nak bersihkan ikan buntal dan cara nak masak ikan ni. Walaupun agak leceh nak sediakan tapi hasilnya memang memuaskan. Betul la kata orang makanan yang paling susah disediakan itulah paling sedap dimakan. Jom tengok cara saya sediakan ni.

BAHAN:

Wanita Ini Kongsi Cara-Cara Siang & Masak Ikan Buntal. Wow…Macam Ni Rupanya!

  • Ikan buntal
  • Bawang merah yang kecil ( dalam 10 ulas )
  • 10 batang serai
  • Halia ( sebesar ibu jari)
  • Bawang putih ( 10-15 ulas)
  • 1 sudu teh kunyit atau kunyit serbuk
  • Lada ( ikut citarasa nak pedas mana)
  • Perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • 1 cawan air

CARA-CARA:

1. Rebus dulu ikan buntal dengan serai dalam 4 batang.

Wanita Ini Kongsi Cara-Cara Siang & Masak Ikan Buntal. Wow…Macam Ni Rupanya!

IKLAN

2. Kemudian cabut duri dan buang hempedu beracun dalam perut tu.

Wanita Ini Kongsi Cara-Cara Siang & Masak Ikan Buntal. Wow…Macam Ni Rupanya!

3. Selepas duri dah dibuang, panaskan minyak dan tumbuk bahan-bahan. Tumis bahan tumbuk  sampai garing dan naik bau baru jatuhkan ( masukkan) hati ikan buntal. Masak hingga sebati.  

Wanita Ini Kongsi Cara-Cara Siang & Masak Ikan Buntal. Wow…Macam Ni Rupanya!

Wanita Ini Kongsi Cara-Cara Siang & Masak Ikan Buntal. Wow…Macam Ni Rupanya!
Hati buntal

4. Akhir sekali, masukkan isi ikan buntal. Gaul sampai sebati dan masak sempurna.

IKLAN
Wanita Ini Kongsi Cara-Cara Siang & Masak Ikan Buntal. Wow…Macam Ni Rupanya!
Isi ikan buntal selepas durinya dicabut.

5. Kemudian masukkan 1 cawan air supaya hidangan menjadi sedikit berkuah.

Wanita Ini Kongsi Cara-Cara Siang & Masak Ikan Buntal. Wow…Macam Ni Rupanya!

6. Setelah mendidih, padamkan api. Siap untuk dinikmati.

PERINGATAN:

IKLAN

Perkongsian ini adalah bertujuan memberitahu kepada pembaca tentang keunikan makanan eksotik ini. Ianya dihasilkan oleh individu yang telah biasa dan pakar dalam bab menyiang spesis ikan ini.

Jika anda tidak pernah atau tidak biasa melakukannya, dinasihatkan supaya TIDAK MENCUBA dan belajar terlebih dahulu cara-cara menyiang ikan ini dari individu yang pakar. Ini kerana kesilapan yang kecil dalam menyediakan sajian ikan ini boleh menyebabkan keracunan.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh rujuk posting asal Abel Lione Karia  DISINI.

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI