Untitled design - 2020-11-27T105449.012

Sungguhlah bagai dikata, kalau dah jatuh cinta dengan sesuatu warna, maka hampir semua nak diwarnakan dengan warna kesukaan ini. Begitu juga dengan Idzyan Ismail menjadikan tema warna pink sebagai warna pilihan. Boleh dilihat hampir semua peralatan dapur yang menata di ruang dapur diwarnakan pink.
“ Yan memang suka warna pink jadi saya cubalah buat projek diy untuk memberi kesamaan tema untuk deco bagi ruang dapur,” akui Yan.

Antara yang menjadi bahan projek diy Yan ialah mengecat airfryer dari rona hitam ke pink. “ Yan tengok rujukan di Pinterest, tapi dia cat peti ais. Maka dapat idea untuk cuba cat air fryer. Hanya guna satu tin cat iaitu 50ml dengan harga RM23 dan berus span RM5. Kalau dijemur matahari sekejap saja kering cat ini. Sejam setiap lapisan. Rumah saya lindung matahari. Jadi saya biarkan seharian. Jadi dalam 4 hari punya projek,”cerita Yan

Izyan Kongsi Step By Step Cat Airfryer Yang Mudah. Kos Hanya RM28 Termasuk Berus Span

Jom tengok step-by step projek mengecat air fryer oleh Yan

Izyan Kongsi Step By Step Cat Airfryer Yang Mudah. Kos Hanya RM28 Termasuk Berus Span
1.Gambar sebelum cat. Saya lap dulu dengan kain untuk buang segala habuk.

Izyan Kongsi Step By Step Cat Airfryer Yang Mudah. Kos Hanya RM28 Termasuk Berus Span

2. Saya beli cat chalk paint code pink rococo dekat shopee. Kemudian cat guna berus span beli di mr diy.
Izyan Kongsi Step By Step Cat Airfryer Yang Mudah. Kos Hanya RM28 Termasuk Berus Span

3. Mula-mula saya cat macam biasa turun naik, turun naik. Tapi cat ni tak sesuai. Sebab akan nampak jalur cat itu. Jadi ini cat lapisan pertama.

IKLAN

Izyan Kongsi Step By Step Cat Airfryer Yang Mudah. Kos Hanya RM28 Termasuk Berus Span

4.Cat lapisan pertama.

Izyan Kongsi Step By Step Cat Airfryer Yang Mudah. Kos Hanya RM28 Termasuk Berus Span

5. Lapis pertama. Hasil tak cantik sebab nampak jalur-jalur garis.

Izyan Kongsi Step By Step Cat Airfryer Yang Mudah. Kos Hanya RM28 Termasuk Berus Span

IKLAN

6. Selepas lapis pertama, saya biarkan seharian untuk kering. Kemudian saya cat untuk lapis kedua. Ni hasil selepas lapis kedua. Still tak cantik, nampak jalur-jalur.
Izyan Kongsi Step By Step Cat Airfryer Yang Mudah. Kos Hanya RM28 Termasuk Berus Span

7. Kemudian ini hasil lapis ketiga. Lepas saya dapat idea untuk cat dap-dap. Barulah dapat cover jalur-jalur tu. Dan dapat tutup semua warna hitam. Semua nya saya biar seharian untuk keringkan cat. Sebab nak bagi betul-betul serap dan kering.
Izyan Kongsi Step By Step Cat Airfryer Yang Mudah. Kos Hanya RM28 Termasuk Berus Span

8. Lapis keempat saya buat untuk habiskan saki baki cat saja.

Izyan Kongsi Step By Step Cat Airfryer Yang Mudah. Kos Hanya RM28 Termasuk Berus Span

9. Siap. Selepas dah guna dekat dua bulan. Bolehlah cat tu kena air. Sebab cat tu bagi jadi finishing matte bukan glossy. Tapi saya tak pernah berus basuh air fryer tu. Kalau basuh saya basuh bahagian depan saja. Jadi tak kena sangat bahagian cat di depan ni.

IKLAN

“Saya buat research dulu sebelum beli cat, orang Inggeris banyak cat peralatan dapur mereka guna chalk paint ni. Jadi saya cuba cari di shopee ada. Terus beli. Saya pilih untuk cat sebab, cat lebih senang berbanding dari spray. Kalau spray kita tak boleh kawal warna itu. Kalau cat kita just kena hati-hati untuk tidak comot saja. Lebih mudah guna berus span mr diy untuk cat benda kecil-kecil ni. Dari warna hitam ke warna pink. Kebetulan warna pink ni sama dengan midea punya pink. Jadi saya dah tak sakit mata tengok air fryer tu warna hitam.Sekarang dia dah nampak sepadan bila digandingkan dengan peralatan dapur pink yang lain,” cerita Yan.

Izyan Kongsi Step By Step Cat Airfryer Yang Mudah. Kos Hanya RM28 Termasuk Berus Span

Kredit :ByIdzyan Ismail  & idzyanismail

INGIN MEMBELI BLENDER BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.

Nak Pokok Cili Subur & Gemuk? Usahawan Tanaman Fertigasi Ini Kongsi Tip Power

Tip Hilangkan Kesan Minyak Pada Bekas Plastik, Hanya Guna Garam & Sabun

Cara Mudah Tanam Pokok Daun Sup, Barulah Pokok Cepat Besar

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI