Wanita Ini Kongsi Pengalaman Lepak Santai di Balai Kota, Makan Sambil Teroka Sejarah Kota Tinggi, Johor

Share

Siapa sangka, sebuah balai polis lama kini menjadi satu daya tarikan pelancongan. Itulah dia Balai Kota di Kota Tinggi, Johor.

Pada tahun 1920, kerajaan British ketika itu telah membina sebuah balai polis. Kini balai polis tersebut telah dinaik taraf menjadi Tourism Information Centre (TIC) atau pusat Informasi Pelancongan terletak di JKR 102 , Jalan Omar, Kota Tinggi.

Terkini, bangunan bekas balai polis ini telah dimajukan dan dijenamakan semula sebagai Balai Kota 1528 oleh kerajaan sebagai tarikan baharu pelancongan daerah ini. Pelbagai aktiviti boleh diadakan di sini termasuklah pada waktu malam dengan lampu hiasan yang cantik.

Sejarah.
Ada skrin tayangan video perihal sejarah Kota Tinggi, Johor.
Sejarah asal usul Kota Tinggi.
Kaunter informasi.
Antara aktiviti yang ada di sini.

Wanita yang dikenali sebagai Emy Othman bersama sahabat-sahabatnya telah mengunjungi lokasi tersebut dan menikmati suasana menyeronokkan di Balai Cafe. Menariknya, mereka menikmati mi segera di sana dengan cara pembuatan yang boleh dikatakan tersendiri.

Di hadapan Balai Cafe.

“Terdapat papan tanda yang memberikan arahan kepada pembeli. Ada empat langkah semuanya dan pembeli perlu membaca dan meneliti supaya tidak tersalah. Arahan diberikan termasuklah menulis nama pada mangkuk kertas yang disediakan. Ada pen marker disediakan di situ,” ujar Emy Othman.

Jom kita lihat gambar yang dikongsikan oleh wanita ini.

Laluan ke Balai Cafe.
Menu mi segera yang ditambah dengan pelbagai pilihan hidangan sampingan.
Pelbagai pilihan mi segera di atas rak.
Langkah 1 dan Langkah 2.
Langkah 3 dan Langkah 4.
Masukkan mi segera dan kertas bertulis makanan tambahan yang anda mahu dalam mangkuk kertas. Tulis nama anda pada mangkuk kertas.
Pen marker ada disediakan untuk menulis nama.
Kaunter.
Mi segera tidak berkuah.
Mi segera berkuah.
Emy (kanan) dan sahabatnya dengan mi segera masing-masing.
Kata mereka, “Kami pasti datang lagi!”

INFO

Balai Cafe
Waktu Operasi:7.30 pagi – 11.00 malam
No. 3230 Jalan Omar Taman Sri Lalang, Kota Tinggi, Johor
https://www.facebook.com/balaikota1528

KREDIT: Emy Othman

Published by
Maryam Elyas