Bahulu, antara kuih tradisi yang masih mendapat sambutan. Sama ada untuk makan ataupun dijadikan sebagai goodiespada majlis kahwin, bahulu memang sedap dimakan.
Tetapi untuk menghasilkan bahulu yang menjadi dengan cantik dan lembut, tidak semudah yang disangkakan.
Menerusi perkongsian daripada Sakinah Zulkefle ini, petuanya ialah menggunakan sukatan bahan yang betul. Malah bekas pun kena guna yang sama tau.
PETUA:
1. Pastikan guna tepung 1kg sahaja, bukan 850gm. Contoh tepung boleh refer di gambar. Saya guna cap kompang dan tank biru (1kg). Tank hijau 850gm TAK BOLEH guna ya, punca bahulu tak jadi. Boleh juga cuba tepung-tepung sekilo yang lain, bergantung pada harga di tempat masing-masing. 2. Gula pastikan TAK BASAH (kadang-kadang kan kita beli ada yang nampak lembab. Jadi punca bahulu bantat). Saya selesa guna gula prai/hijau. CSR boleh juga tapi pernah terbeli yang lembab, bahulu tak jadi.
Ads
BAHULU
BAHAN-BAHAN:
(pastikan semua mangkuk yang sama. Contoh kalau guna mangkuk taufufa, pastikan semua bahan gunakan sukatan mangkuk yang sama)
1 ½ mangkuk tepung gandum (saya TAK SANGAI, tapi kalau nak sangai pun boleh) – beli online di sini 1 mangkuk gula – beli online di sini 1 mangkuk telur saiz A @ B
1. Putar telur dan gula dalam seminit, agak-agak gula hancur. 2. Biarkan seketika dalam 2-3 minit kemudian putar semula sehingga gula dan telur kembang (anggaran 8-10 minit). 3. Panaskan acuan dalam tempoh yang sama ketika putar telur dan gula buat kali kedua (anggaran 8-10 minit juga/pastikan acuan dipanaskan dengan baik. Jika tidak nanti tepung melekat pada acuan).
4. Hentikan mixer untuk letak tepung. Kemudian putar semula tepung untuk sebatikan dengan gula dan telur sambil kacau dengan senduk. Tak perlu terlalu lama nanti adunan bantat. 5. Sapukan minyak pada acuan yang telah dipanaskan. Isi adunan tepung ke dalam acuan. 6. Bakar bahulu selama 8-10 minit atau ikut ketuhar masing-masing dengan menggunakan suhu 180°C dan api atas bawah.
7. Pastikan setiap kali nak letak adunan ke acuan, sapu minyak terlebih dahulu. Bukan sekali sapuan pada mula-mula sahaja. 8. Untuk basuhan acuan, pastikan acuan betul-betul sejuk baru diletakkan air atau terus basuh setelah acuan sejuk agar acuan tidak melekat untuk kegunaan masa hadapan.
Bagi penggemar makanan pedas, menu Daging Goreng Kentang Cili Padi ni antara yang wajib dicuba. Bahan paling ringkas tapi rasanya boleh buat orang tak berhenti makan. Memang berpeluh! Nak makan dengan nasi putih boleh atau dijadikan lauk untuk bubur pun sesuai. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
DAGING GORENG KENTANG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
300gm daging – hiris nipis
2 biji ubi kentang – hiris nipis
3 biji bawang merah
15 tangkai cili padi
6 biji tomato ceri – belah 2
1 tangkai daun bawang – hiris
Garam. gula dan serbuk kunyit secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaul hirisan daging bersama garam dan serbuk kunyit. Gaul rata.
Panaskan minyak dan goreng hingga haring. Angkat dan toskan.
Menggunakan minyak yang sama, goreng hirisan kentang hingga kekuningan. Angkat.
Kisar bawang merah bersama cili padi. Kemudian masukkan ke dalam kuali dan masak tanpa minyak hingga air bawang kering.
Setelah air kering, masukkan minyak secukupnya. Tumis hingga pecah minyak.
Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
Tambahkan juga daging dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
Masukkan hirisan tomato serta daun bawang. Gaul sekali lagi.
Terasa nak makan ‘something’ tapi tak ada idea nak masak apa? Ha…Ini ada resipi Cucur Kentang perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan. Sangat mudah untuk dibuat dan kanak-kanak pasti suka. Jika nak pedas, boleh tambahkan hirisan cili padi. Sesuai sangatlah untuk dicuba. Buat minum petang boleh , untuk sarapan pun sesuai. Malah kalau nak dijadikan kudapan sewaktu menonton televisyen pun ‘best’. Jom cuba dan lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI CUCUR KENTANG MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang – dipotong dadu & tak perlu rebus
Ikan bilis secukupnya – boleh juga ganti dengan isi ikan tenggiri potong dadu /isi udang atau isi ayam
Sedikit hirisan kacang panjang – jika suka
Daun sup dan daun bawang hiris
Sedikit lobak merah – hiris memanjang. Jika tak suka, boleh abaikan.
Cili merah – hiris
1 biji bawang Holland / bawang merah – potong dadu
Bahan perasa secukupnya
1/2 gelas air sejuk (dari peti ais)
4 sudu makan tepung beras
3 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan ke dalam bekas dan adun hingga sebati hingga mendapat tekstur seperti dalam gambar.
2. Resipi ini tidak menggunakan banyak air dan tepung. Tepungnya hanya cukup setakat untuk menyaluti kentang.
3. Sudukan adunan dan goreng hingga keperangan.
4. Angkat, toskan minyak dan bolehlah dinikmati bersama sos kegemaran.
Korang tahu tak apa manfaat limau kasturi untuk kesihatan? Antaranya adalah untuk bantu legakan batuk, cairkan kahak, singkirkan lemak dalam badan dan juga bantu legakan sakit kepala. Sama ada diminum jusnya begitu sahaja, korang boleh juga campurkan dengan madu untuk mengurangkan rasa masam limau tersebut.
Selain itu, boleh juga limau kasturi ini dicampur dalam masakan. Misalnya kerabu. Selain menambah sedap lauk yang dimasak, boleh juga dapat manfaat limau itu untuk kesihatan. Jom lihat resipi Kerabu Ikan Bilis Limau Kasturi yang diilhamkan oleh Wan Norma melalui facebooknya.
Kerabu Ikan Bilis Limau Kasturi
Bahan-bahan
500 gram ikan bilis (Goreng dan toskan)
3 batang serai (hiris halus)
2 labu bawang besar (hiris halus)
7 biji cili api (hiris halus)
1 biji tomato (hiris halus)
5 biji limau kasturi (belah dua dan perah airnya)
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat
1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas
2. Masukkan jus limau kasturi.
3. Masukkan garam dan gula.
4. Gaul sehingga rata.
5. Sedia dimakan.