Bagi penggemar sajian sambal, resipi Sambal Geprekperkongsian saudari Juwita Afifah ini antara yang harus dicuba. Katanya resipi ini sedikit berbeza namun kena dengan selera beliau. Malah ia diperolehi dari blog orang Indonesia dan merupakan resipi asal Sambal Geprek dari Jogjakarta.
Menerusi perkongsian beliau juga menerangkan mengenai perbezaan antara Sambal Penyet, Sambal Geprek dan Sambal Gepuk. Jika Sambal Penyet, ia perlu dimasak dua kali atas api. Sambal Geprek pula tidak perlu dimasak, sama macam Sambal Gepuk. Hanya letak minyak panas. Cuma bezanya, Sambal Gepuk tidak perlu digaul dengan ayam manakala Sambal Geprek pula memang kena gaul rata dengan ayam.
Wow…nampak menyelerakan. Jom cuba!
RESIPI SAMBAL GEPREK PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN: 20-30 biji cili padi Cili besar – dicincang kasar 4 ulas bawang putih 10-12 biji kacang gajus 3 sudu makan minyak panas bekas goreng ayam Ayam tanpa tulang – digoreng celup tepung. (empunya resipi guna ayam celup tepung readymade)
CARA MEMASAK: 1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Jika ada lesung cobek boleh juga guna.
2. Lumatkan semua bahan menggunakan lesung.
Ads
3. Masukkan cili besar.
4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Ambil terus dari kuali semasa sedang panas adalah paling bagus supaya sambal masak sedikit.
5. Gaul rata semua bahan hingga lumat.
6. Masukkan ayam celup tepung yang dah digoreng. Geprekkan ayam tersebut bersama dengan sambal.
7. Dah siap. Boleh dimakan bersama nasi putih.
NOTA: Geprek = lenyek/tumbuk dengan perlahan sehingga nipis.
Sambal bilis antara lauk ringkas yang jadi kegemaran ramai. Meski nampak sama tapi cara memasak sambal ini ada macam-macam versi. Dikongsi oleh Zizi Mizi ini adalah cara memasak sambal bilis yang dipelajari daripada orang kampung di Negeri Sembilan.
Ujarnya yang selalu melihat orang tua memasak kenduri, cara memasak sambal bilis untuk dimakan dengan pulut ini cukup berbeza. Tak perlu bawang putih dan dimasukkan sekali santan pekat. Lain dari yang lain tapi sedap!
Berikut adalah tip yang dikongsi.
Cara orang kampung Negeri Sembilan masak sambal yang sedap
Dulu-dulu bila kenduri saya selalu ikut makcik-makcik orang kampung memasak kat dapur. Memang lain cara masak mereka dengan orang Selangor. Ini yang saya perhati dari buat bahan sampailah menumis lada untuk membuat sambal pulut.
– Tak perlu letak bawang putih dalam sambal
– Tumis cili kisar dulu kemudian barulah dimasukkan bawang. Letak bawang banyak lagi sedap.
– Ikan bilis tak perlu goreng, cuma basuh bersih dan masuk saja waktu menumis.
– Letak santan atau kepala santan (santan pekat) bila tumisan dah pecah minyak.
Sambal ini cicah pulut kuning memang sedap, dengan nasi pun boleh.
Kata orang jika mahu mengikat kasih sayang dalam keluarga ialah dari masakan yang dihidangkan. Kehebatan masakan isteri dan seorang ibu membuatkan suami dan anak-anak terkenang-kenang sampai bila-bila.
Buat Maria Ahmad, menjadi suri rumah tangga memberinya banyak ruang untuk memikirkan dan menyediakan apakah juadah yang terbaik untuk seisi keluarga. Minat memasak mendorong dirinya untuk mengolah resipi yang diminati keluarga.
Kreativitinya dalam menghasilkan masakan turut dikongsi di dalam instagram milik peribadi iaitu maria2810_kitchen. Dengan follower melebihi 52k, ternyata Maria mempunyai peminat yang sentiasa menanti-nanti apakah menu yang dimasak pada setiap hari.
Maria turut berkongsi resipi caranya yang menjadi kegemaran sekeluarga untuk pembaca RASA.
TauhuBegedil
Bahan-bahan:
1 bungkus tauhu kering
5 biji ubi kentang
1 cawan isi ayam/daging
3 biji bawang merah digoreng
Daun sup & daun bawang
Serbuk lada putih & hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Bahan celup:
3 biji telur
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1.Rebus kentang hingga masak. Kemudian lenyekkan
2.Isi ayam/daging dimasak sebentar hingga air kering
3.Campurkan isi ayam/daging ke dalam bahan-bahan yang lain
4.Gaul sebati
5.Gunting di bahagian atas tauhu kering
6.Keluarkan isinya dan digaul bersama bahan inti tadi
7.Sumbat semula inti ke dalam tauhu
8.Pukul telur bersama garam
9.Celupkan tauhu yang telah disumbat inti ke dalam telur
10.Goreng sehingga garing
Bahan Sos:
2-3 ulas bawang putih
1 cawan cili kisar
1 cawan sos cili
½ cawan sos tomato
½ cawan gula Melaka
1 cawan air asam jawa
½ cawan air
Cara memasak:
1.Tumbuk bawang putih hingga lumat
2.Tumis hingga kekuningan
3.Masukkan cili kisar dan masak hingga garing
4.Masukkan cili & tomato sos
5.Kacau hingga rata & masukkan air asam/air & gula merah
6.Masukkan garam secukup rasa
7.Masukkan sesudu tepung jagung yg telah dilarutkan bersama air(jika ingin pekat)- jika perlu sahaja
8.Taburkan sedikit bijan
LepatPisang
Bahan-bahan:
12 biji pisang berangan
½ cawan tepung gandum
½ cawan kelapa parut
2 sudu gula merah
sedikit garam
Cara memasak:
1.Pisang dilenyek hingga hancur
2.masukkan gula merah, garam dan kacau rata
3.masukkan tepung dan kelapa. Gaul sebati
4.layurkan daun pisang atas dapur gas supaya senang dilipat
Ulam merupakan suatu juadah penting dalam hidangan harian bukan sahaja di kalangan masyarakat Melayu di kampung, malah kini hidangan ulam juga digemari warga kota termasuk masyarakat bukan melayu.
Ulam mempunyai banyak khasiat kerana kebanyakkannya dimakan secara mentah atau tidak dimasak terlalu lama. Apa lagi, jom kita cuba resipi-resipi berasaskan ulam-ulaman ni! Selamat mencuba!
NASI ULAM UTARA
BAHAN A ( ULAM-ULAMAN)
Daun pegaga
Daun gajus
Daun mengkudu
Daun kaduk
Kacang panjang
Daun Cemumar
Daun kesum
Bunga kantan
( Info: Boleh juga guna daun-daun yang lain seperti daun seketut, cekur, putat dan lain-lain)
BAHAN B ( DITUMBUK)
7-8 batang serai
7-8 ulas bawang merah
5-6 tangkai cili hidup
5-6 tangkai cili kering
1 sudu teh lada hitam
1 ketul kecil belacan – lebih sedap jika dibakar sedikit
Kerisik secukupnya
3cm lengkuas
Garam secukup rasa
Ajinomoto
BAHAN LAIN:
1 ekor ikan tongkol – dibakar
1 ekor ikan talang masin – digoreng @ dibakar
CARA PENYEDIAAN:
Bahan A dibersihkan dan dimayang halus-halus. Jangan hiris besar nanti tercekik bila makan.
Bahan B pula dihiris dan ditumbuk hingga halus. Nak kisar pun boleh tapi pastikan guna air sedikit sahaja di dalam pengisar. Ia bagi mengelakkan rencah berair.
Ikan tongkol dibersihkan dan dibakar hingga masak. Isinya sedap diletak dalam nasi ulam.
Rupa ikan tongkol yang telah siap dibakar. Boleh juga tambah ikan talang masin yang dah digoreng atau dibakar untuk rasa nasi yang lebih enak. Ikan diperisikan, dibuang tulang dan ditumbuk halus.
Letak nasi dalam bekas bersesuaian dan campurkan dengan bahan A dan bahan B. Gaul rata.
Masukkan isi ikan dan gaul lagi hingga sebati dan cukup rasa.
Nasi Ulam yang telah siap digaul. Sedia untuk dinikmati.
Setengah cekak daun selom (cuci bersih & hiris halus)
Setengah cekak ulam raja (cuci bersih & hiris halus)
1 biji bawang besar (dimayang)
1 biji limau nipis (ambil jus)
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
1 cawan (atau lebih) kelapa parut putih
BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS
Sejemput ikan bilis (buang kotoran dan tulang, kemudian direndam)
1 biji cili merah
8 biji cili padi
1 inci belacan
CARA PENYEDIAAN
Setelah lumat bahan-bahan tumbuk di atas, campurkan dengan kelapa parut dan tumbuk lagi separa lumat.
Campurkan kesemua bahan yang dihiris ke dalam bekas. Campurkan dengan bahan-bahan tumbuk tadi. Perahkan jus limau nipis & perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Gaul mesra. Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan.
Info: Boleh gunakan pelbagai jenis ulam lain. Ikut selera dan apa yang ada di dapur. Contohnya kacang panjang, kacang botor, kubis, salad, jantung pisang, taugeh, timun dan lain-lain.
BAHAN REMPAH KERABU (B)
1/2 biji kelapa parut (sangai hingga perang dan tumbuk)
1 genggam udang kering- cuci bersih (sangai dan tumbuk)
1 mangkuk udang (dibuang kulit dan dicelur- cincang)
Info: Boleh juga guna isi kerang/isi ikan/isi ayam/daging.
BAHAN TUMBUK LUMAT (C)
1/2 ici belacan
4 biji cili padi merah-boleh tambah/kurang ikut tahap kepedasan memasing
BAHAN PERISA (D)
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
2 biji limau nipis-perah ambil airnya
CARA PENYEDIAAN
Masukkan semua bahan A, B, C dan D dalam mangkuk besar.
Gaul rata semua bahan dan rasakan masin, masam dan manisnya.
2 helai daun cekur (dibersihkan dan dihiris halus)
½ biji kelapa parut (ambil bahagian putihnya sahaja)
Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
Sayur pegaga dibersihkan dan ditos airnya. Hiris kecil (lebih kurang 1 cm) bersama dengan batang-batangnya sekali. Masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.
Tumbuk bawang putih, bawang besar, cili api, udang kering, isi cekur, garam dan gula hingga halus.
Masukkan kelapa parut dan tumbuk-tumbuk manja hingga semua nampak sebati.
Masukkan semua bahan tumbuk dan daun cekur ke dalam mangkuk berisi daun pegaga tadi. Gaul rata.
Info: Untuk kacang botol tu cuci bersih dan potong sesuka hati. Tapi eloklah potong kecil-kecil. Belacan tu pula, memang ada yang serbuk. Boleh dapat di pasaraya.
CARA PENYEDIAAN
Dah siap bahan hiris dan kisar, satukan semua bahan- bahan tadi dalam satu mangkuk besar.
Masukkan air perahan limau tadi dan perasakan dengan sedikit garam.
Gaul sebati dan kalau nak perasakan dengan sedikit gula pun boleh.