Bagi menyediakan hidangan sarapan, kita perlukan sesuatu yang menyihatkan tetapi tetap sedap. Jika sebelum ini kita kerap makan nasi lemak atau roti canai, kali ini apa kata kita makan pasta. Cara masaknya pula kita kurangkan minyak dan banyakkan sayuran.
Surirumah dari Shah Alam, Suria Rashid berkongsi empat resipi memasak pasta dengan cara yang sedap namun tetap sedap. Menurut Suria, sarapan yang sihat amat penting untuk memulakan hari dengan lebih bertenaga. Hidangan yang sihat tak semestinya tak sedap. Banyak cara untuk mengekalkan keenakan sesuatu makanan tanpa menjadikan ia sebagai satu makanan yang tinggi kalori.
“Sarapan sihat boleh tambah tenaga dan kawal pengambilan kalori. Semua orang perlu ambil sarapan untuk kekalkan kadar metabolisme badan. Pengambilan sarapan sihat penting untuk badan lebih sihat. Jangan sesekali skip sarapan,” katanya.
Ibu kepada tiga orang anak ini pernah bertambah berat badan sehingga 68 kilogram. Namun dengan mengamalkan pemakanan sihat dan menjaga pengambilan sarapan yang tinggi khasiat, dia berjaya mendapat berat idaman iaitu 55 kilogram pada masa sekarang.
TIP PASTA LEBIH SIHAT
“Salad dan pasta adalah salah satu hidangan sarapan yang saya selalu makan. Ada cara untuk menjadikan pasta dan salad tu meriah, rasanya sedap dan tak muak ketika dimakan. Saya kongsikan tiga tip untuk kita masak pasta dengan lebih sihat,” kata Suria yang kini sedang cuba untuk kekal 50 kilogram sahaja.
1. Guna pasta organik dan pasta yang tinggi serat.
2. Elakkan penggunaan keju atau sumber krim apabila memasak pasta. Boleh ganti dengan minyak zaitun.
3. Masak pasta dengan pelbagai sumber serat seperti sayur.
PASTA SALMON
.
BAHAN LEMON MENTEGA
3 ulas bawang putih (racik halus)
2 sudu besar jus perahan lemon
2 sudu besar mentega
Sedikit serbuk cili kasar
Ads
CARA MEMBUAT LEMON MENTEGA
1. Tumis bawang putih. Masukkan air perahan lemon, mentega dan serbuk cili kasar.
2. Matikan api dan ketepikan.
BAHAN SALMON PANGGANG
1 keping ikan salmon
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
CARA MEMASAK SALMON PANGGANG
1. Gaulkan ikan salmon bersama garam dan lada hitam. Letakkan di atas aluminium foil.
2. Panggang salmon di atas kuali sehingga masak.
3. Masukkan separuh campuran lemon dan mentega ke atas ikan salmon.
4. Biarkan sebati, ketepikan.
BAHAN PASTA
1/2 bawang holand (potong dadu)
250 gram pasta (direbus sampai lembut)
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam
Sedikit daun sup
Sedikit sayur pilihan
CARA PENYEDIAAN PASTA
1. Panaskan kuali. Tumis bawang holand dan baki separuh lagi lemon mentega.
2. Masukkan pasta dan 1/4 cawan air rebusan pasta tadi.
3. Masukkan garam dan lada hitam.
4. Masukkan daun sup dan sayur pilihan.
5. Sedia dihidang bersama salmon panggang tadi.
SPRING ROLL MAKARONI BERKEJU
.
Ads
BAHAN-BAHAN
150 gram makaroni
Minyak zaitun untuk menumis
3 ulas bawang putih (diracik)
1/2 labu bawang besar (potong dadu)
100 gram sayur campur
10 ekor udang saiz sederhana (dihancurkan)
10 ketul jejari ketam (dihiris halus)
100 gram sos bolognese
Garam secukup rasa
Herba Itali secukup rasa
Sedikit daun ketumbar (hiris halus)
1/2 cawan keju cheddar
1/2 cawan keju mozarella
Kulit popia secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Rebus pasta sehingga masak dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali.
3. Tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan sayur campur.
4. Masukkan udang dan jejari ketam.
5. Masukkan sos bolognese, garam, herba Itali dan daun ketumbar.
6. Tutup api. Masukkan keju dan pasta. Gaul sebati. Ketepikan.
7. Ambil sekeping kulit popia. Letakkan campuran pasta tadi. Balut kulit popia dengan kemas.
8. Panaskan minyak masak. Goreng popia sehingga garing.
9. Hidangkan dengan keju nachos.
* Hidangan ini kurang sesuai untuk diet tapi boleh dimakan ketika cheat day. Jadi tak delah korang bosan sangat.
SALAD PASTA
.
BAHAN-BAHAN
150 gram pasta spiral
100 gram jejari ketam
100 gram udang
Batang seleri
Kacang pis hijau
Lobak merah
Jagung
Lada benggala
Tomato ceri
1/2 biji lemon (perah jus)
1 cawan mayones
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
Ads
CARA MEMBUAT
1. Masak pasta sehingga lembut dan toskan. Ketepikan.
2. Rebus jejari ketam dan udang. Ketepikan.
3. Campurkan semua sayur dan makanan laut.
4. Masukkan perahan lemon dan mayones.
5. Gaul sebati dan tabur sedikit garam dan lada hitam sebagai penambah rasa.
6. Sedia untuk dinikmati.
PASTA BERKRIM DENGAN UDANG
.
BAHAN-BAHAN
200 gram pasta bowtie
10 ekor udang saiz sederhana
1 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih (diracik)
1/2 biji bawang besar
1/2 cawan krim keju
1/2 biji lemon (perah jusnya)
1 cawan kacang pis
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Rebus pasta dan toskan. Ketepikan.
2. Gaul udang bersama garam dan lada hitam.
3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar.
4. Masukkan udang. Masak selama 2 minit.
5. Masukkan krim keju, perahan lemon, 1/4 air rebusan pasta dan kacang pis.
6. Masukkan daun sup dan daun bawang.
CARA PENYEDIAAN
1. Sediakan pasta. Tuangkan kuah udang berkrim keju ke atasnya.
2. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mecuba!
Untuk dapatkan lebih resipi, boleh dapatkan majalah RASA edisi Oktober pada harga RM7.20 senaskhkah di mana-mana kedai buku berhampiran anda.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Roti sumber karbo yang popular untuk dijadikan sajian makanan sekeluarga. Banyak resipi yang boleh dihasilkan dengan menggunakan roti, berikut 13 resipi yang viral sesuai dijadikan hidangan pagi, tengahari dan malam. Selamat mencuba!
*sila bancuhkan tepung jagung dgn air dgn kelikatan yg agak likat jugak macam gam
CARA MEMASAK:
Mula2 kita prepare kulit nya dulu
Roti gardenia sekeping demi sekeping digelek, untuk kasi nipis, make sure bhgn tepi tu ditrim
lepas tu sapukan bancuhan tepung jagung dengan air tadi di sekeliling roti (tengok pic), untuk tujuan menge’gam’ kan dia
letak inti kat tengah2 roti tadi
Kemudian sila la cantumkan hujung ke hujung roti membentuk segitiga. alah cam nak buat sandwich tu.
Pastu amik garfu then tekan2 kan kat keliling bahagian yang dicantumkan tadi.
Tujuannye nak kasi tutup rapat, lagi satu elok sikit menengoknye dak.
So sila la buat utk kesemua roti anda satu demi satu.
eh tu goreng.sila jgn guna minyak yg terlalu banyak ok.
Siap. Inilah dia karipap roti anda yg dah siap untuk dingap
Kredit: Canteq.blogspot
2. CUCUR ROTI
BAHAN-BAHAN:
5 keping roti putih (potong dadu kecil2)
2 biji bawang merah (potong dadu kecil2)
1 biji cili merah (potong dadu kecil2)
2 biji telur ayam
2 sudu besar tepung gandum
2 tangkai daun sup dan bawang (hiris halus)
Sedikit ikan bilis (ditumbuk)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Gaul kesemua badan sehingga sebati. Masukkan air sikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak. Nanti cair tak sedap pula.
Panaskan minyak dan buat jemput2 bulat. Goreng dengan api sederhana
Terbalikkan cucur tersebut, dan biarkan seketika. Lepas tu boleh angkat.
Kredit: mamaqaireen.com
3. ROTI KAYA GORENG BUTTER
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
4-5 keping roti putih
kaya secukupnya
1sm susu cair @ segar
garam dan serbuk lada sulah secukupnya
sedikit butter
sedikit gula icing
CARA MEMASAK:
1. Telur, susu, garam, lada sulah- dipukul sebati.
2. Sapu kaya pada roti, lipat dua jadikan 3 segi.
3. Celupkan dalam bancuhan telur, biarkan sebentar.
4. Panaskan butter dalam kuali non stick, masuk roti tadi, goreng hingga garing. Balik balikkan supaya semua sisi masak.
5. Angkat, sejukkan sebentar dan taburkan gula icing jika suka.
4. ROTI GORENG SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
Roti keping (terpulang jenama apa tapi saya guna Gardenia)
Sosej
Telur
Secubit garam dan gula
Sedikit tepung gandum/tepung beras
Sedikit soda bikarbonat (agen perangup)
Sedikit tepung gandum (untuk dijadikan gam dicampurkan sedikit ke dlm telur)
CARA MEMASAK:
Potong sosej mengikut selera anda. Jika potong sosej kepada 2, roti pun bahagi kepada dua. Kalau potong 3, roti pun bahagi kepada 3 bahagian. Biasanya saya potong 3, tak lah besar sangat dapat pun banyak.
Tips: Sebelum roti dipotong, tekan atau penyekkan sedikit roti tu atau boleh juga gunakan penggelek untuk memadatkan roti tu. Tujuannya adalah untukmengelakkan roti terlalu kembang masa dicelup ke dalam telur dan jugamengelakkan roti menyerap minyak berlebihan ketika digoreng. Jangan risau kerana roti akan mengembang semula ketika digoreng.
Selepas dipenyekkan, potong roti dan gulungkan sosej yang dipotong tadi dengan roti. Kemudian dihujung roti tersebut, gamkan dengan tepung yang dibancuh dengan sedikit air. Jangan terlalu cair ya, nanti tak lekat pula. Selepas dilekatkan biarkan sekejap sementara kita siapkan telur.
Pecahkan telur. Masukkan tepung, soda bikarbonat, garam dan gula. Pukul sehingga sebati dan agak kembang atau kalau nak senang masuk blender je. Lepas tu celupkan roti tadi dan terus goreng dengan menggunakan minyak yang banyak dan panas.
Setelah agak keperangan, angkat dan toskan minyak atas tisu dapur.Siap untuk dihidang.
5. ROTI TELUR CHEESE
BAHAN-BAHAN:
Roti
Telur
Keju
CARA MEMASAK:
Letakkan 2 keping keju diatas roti, kemudian letakkan sekeping lagi roti di atas keju tersebut seperti sandwich.
Salutkan roti tersebut dengan telur yang telah dipukul. Panaskan minyak dan gorengkan.
Setelah keperangan, angkat roti.Roti telur cheese sedia untuk di hidang
6. MUFFIN ROTI BUTTERSCOTCH
BAHAN-BAHAN:
12 – 16 keping roti gardenia butterscotch
3 biji telur
2 cawan susu segar
1 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
1sudu teh esen vanilla
3 batang sosej
Cheese mozarella
CARA MEMASAK:
Gelek roti hingga nipis dan tekap menggunakan tumbler plastik/cawan plastik untuk membentuk bulat.
Didihkan air dan rebus sosej dalam 5 minit dan potong berbentuk mancis
Sapu acuan dengan marjerin/butter. Bentukkan roti macam kulit tart.
Masukkan sosej dan cheese
Masukkan telur, tepung, baking powder, susu segar dan esen vanilla ke dalam mangkuk.
Pukul menggunakan wisker hingga sebati.
Tuang bancuhan telur ke dalam roti.
Bakar pada suhu 180’C selama 15 – 20 minit
Kredit: resepicikguani.blogspot.my
7. ROTI EPAL PIE
BAHAN-BAHAN:
10 keping roti putih
Minyak untuk goreng
Inti:- untuk 8-10 pie
3 biji green apple
3 sudu brown sugar
1 sudu tepung jagung/tepung gandum
1 sudu butter
1/2 sudu teh cinnamon powder
Secubit garam
Gam:
1 sudu besar tepung gandum bancuh dengan 2 sudu air
CARA MEMASAK:
Kupas kulit apple
Belah 6.Buang tengahnya yang keras & potong dadu
Panaskan pan & masukkan apple,cinnamon powder,butter,garam & kacau hingga gula cair.
Bila apple dah nampak kecut & mendidih,taburkan tepung gandum.Jika guna tepung jagung lebih cantik.
Tutup api & biarkan sejuk.
Stimkan roti supaya tidak terlalu menyerap minyak bila digoreng.Kemudian gelek hingga nipis. **my mom just letak tapis atas rice cooker masa nasi tengah mendidih & stim roti sekejap sahaja.
Isi inti memanjang atas roti yang sudah digelek.
Sapu gam tepung gandum sebelum melipat.Tekan supaya melekat & potong kulit roti supaya kemas
Buat hingga selesai.
***Jika nak bawa bekal esok.simpan dalam peti ais & goreng esok pagi la.
Goreng dalam minyak panas hingga golden brown & tos atas kitchen towel.surve panas2.yummy..!!!
Kredit: namakucell.blogspot.my
8. ROTI TELUR CHEESE
Bahan-bahan sekeping roti telur cheese:
1 keping roti
1 biji telur
1 keping sosej.Dihiris nipis
sedikit mix herbs
sedikit white pepper
keju
aluminium foil dan dibentuk seperti kotak kecil sebesar saiz roti.Tinggikan sedikit tepinya supaya menjadi seperti mini loyang.
CARA MEMASAK:
Roti ke dalam aluminium foil.Letakkan sosej yang dihirs mengikut kegemaran anda.
Pecahkan sebiji telur ke atas roti tadi.Mini loyang aluminium tadi akan menampung telur supaya tidak jatub meleleh ke sisi.
Tabur sedikit mix herbs dan pepper.Tabur keju di atas telur tadi
Bakar dalam magic pan atau oven sehinggan telur masak.Hiaskan dengan sedikit cili sos.
9. ROTI JOHN
BAHAN-BAHAN:
6 keping roti gardenia
3 biji telur
2 keping daging burger
Segenggam kubis hiris nipis
Daun bawang
Daun sup
Bawang besar (setengah bji potog dadu)
Cili besar (ikut suka nak banyak mana)
Halia(sikit je)
Perasa.(gula/garam)
Untuk topping boleh letak Cheese, Sos Cili, Timun, Tomato, ikut kreativiti masing masing.
Daging burger di potong kasar.
Kacau bersama dengan telur biar sekata.
Campurkan semua bahan sayuran tadi.
Tuangkan semua sekali ke dalam pan tadi. Ratakan semua bahan.
Susun lapisan Cheese. .lagi banyak lagi sedap tau.
Tutup dengan roti di atas Cheese tadi.
Terbalikkan pan & taruk sos n mayo
Lipatkan roti tadi.
Kredit: FB Haz Anna Hasan
10. LASAGNA ROTI
BAHAN-BAHAN:
•1/2 bawang besar
•1/2 Tube daging cincang
• 1 genggam mixed vegie
• sos cili & tomato
• salt & pepper
• roti
• telur
• susu
• mozarella cheese
CARA MEMASAK:
1. Masak inti dulu. Tumis bawang, masukkan daging biar sampai empuk.
2. Masukkan sos cili dan tomato,salt dan pepper dan mixed vegie. masak smpai kering sikit. Rasa masin manis inti tu.
3. Siapkan bahan roti. Pukul telur dan susu.
4. Celupkan roti dalam telur dan susu tu. Then letak inti yg dh masak then tabur mozarella cheese. Ulang semula dari roti, buat 2 layer.
5. Bakar suhu 180c sampai garing sikit.
11. PIZA ROTI
BAHAN-BAHAN:
1 buku roti
Tomato puri
Cheddar cheese
sosej
cendawan butang
lada benggala
kepingan ayam | dipotong dadu
mozarela cheese
CARA MEMASAK:
Dapatkan 1 buku roti gardenia. Susun dalam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti kekal lembut selepas roti dibakar nanti. Selepas itu, sapu roti tersebut dengan tomato puri.
Letakkan kepingan cheddar cheese ke atas roti yang telah disapu tomato puri tadi.
Kemudian, letakkan kepingan sosej, cendawan butang, lada benggala, kepingan ayam dadu atau apa sahaja ikut selera masing-masing (tapi pastikan bahan mentah seperti sosej atau ayam di rebus separuh dahulu sebelum di taburkan ke atas roti tadi).
Akhir sekali, taburkan mozarela cheese
Kemudian, bakar pizza tersebut di dalam oven lebih kurang 15 minit..
Hias dan potong pizza yang telah siap dibakar tadi.
12. GARLIC BREAD
BAHAN-BAHAN:
1)1 sudu butter
2) dua keping roti
3) parsley – boleh beli yang kering dalam botol(banyak jual kat giant, tesco atau pasaraya)Parsley flakes dia tulis, bahagian rempah ratus ya.
4) yang ni ada dua optinal,korang boleh guna satu biji bawang putih
ataupun macam aku,aku dah siap beli serbuk garlic tu.
CARA MEMASAK:
Ambik satu sudu butter, campurkan dengan parsley dan korang punya garlic tadi.
Bagi yang guna bawang putih.just tumbuk-tumbuk sampai hancur pastu gaul kan sekali.senangkan.lima minit pun dah boleh siap dah.
2 dan 3 lepas dah siap tu,sapu la dekat roti tu.uapa2 roti pun boleh guna.tak kisah pun.Pakai roti gardenia je pun best dah.
Bakar dalam periuk ajaib je.bakar lima minit je.jadila jumlahnya 10 minit saja untuk kita buat garlic bread yang sangat simple tapi sedap ni.
Garlic bread sedap dicicah bersama mushroom soup. (Boleh rujuk resepi kat wall saya sebelum ni. pernah buat dah)
13. BEBOLA ROTI GORENG
BAHAN-BAHAN:
12 keping roti (plain white bread) – potong kecil
2 biji telur – saiz besar
3 biji cili merah – dihiris
sedikit daun sup/bawang – dipotong pendek
1 biji bawang besar – kalau dah pakai daun bawang guna 1/2 je
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
1/2 kiub perasa ikan bilis – ABM guna perasa ayam
3 sudu besar mayonis – ABM tambah
2 keping fishcake – dihiris kecil (ABM tambah)
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan roti didalam mangkuk besar dan masukkan telur kedalamnya.
Kemudian, masukkan kesemua bahan kecuali minyak untuk menggoreng kedalam mangkuk. Ramas2kan sehingga sebati.
Bulat2 kan roti sehingga siap. Jangan terlalu besar pula ye. Agak2 lah saiznya.
Goreng dalam minyak penuh sehingga keemasan. Toskan dan siap dihidang.
Hidangan Ayam Goreng Spicy pastinya menjadi kegemaran ramai. Lagi rangup, lagi sedap. Tapi jika kita ni ada anak-anak ramai, jenuh juga nak beli di restoran. Lebih-lebih lagi di zaman segala harga barang meningkat naik ni. Pastinya memerlukan belanja yang banyak untuk menikmati juadah di restoran sebegitu. Oleh itu, ibu-ibu boleh masak sendiri di rumah dengan hasil ayam yang lebih kurang sama seperti yang dijual. Buat jugak kentang gorenghomemade. Fuhhh…Jimat & pasti puas makan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Cik Puan Yana ni.
Serbuk cili secukupnya – ikut kepedasan yang dikehendaki – beli online disini
( Nota: Jumlah tepung bergantung pada jumlah ayam. Pastikan jumlah tepung goreng serbaguna lebih banyak dari tepung-tepung lain.)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian bancuh tepung goreng ayam serbaguna dengan air secukupnya. Pastikan kepekatan adunan sedang-sedang sahaja dan tidak terlalu cair.
2. Masukkan ayam ke dalam bekas berisi bancuhan tepung. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam.
3. Satukan bahan-bahan sadur dan gaul rata.
4. Ambil ayam dan golekkan dalam campuran tepung hingga rata.
5. Goreng dalam minyak panas hingga garing dan menjadi warna keemasan. Angkat dan toskan minyak.
Ada kalanya kita rasa nak makan dengan lauk pauk ringkas sahaja seperti sayur yang dimasak bening. Ia ringkas, mudah disediakan serta enak dinikmati bersama lauk pauk yang lain. Nak cuba? Rasa tampilkan 7 resipi sayur bening yang boleh anda sajikan buat keluarga tercinta.
1. SAYUR PUCUK MANIS MASAK BENING BERSAMA LABU
BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk manis
100gm labu | dipotong dadu
2 ulas bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
3 biji cili padi
1 liter air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air dan labu ke dalam periuk. Didihkan sehingga labu empuk.
Kemudian masukkan pucuk manis, hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang dihiris.
Perasakan dengan garam serta serbuk perasa. Biarkan mendidih seketika dan angkat.
Nikmati segera.
Info chef: Selain labu, boleh juga menggunakan keledek.
2. SAYUR BAYAM MERAH MASAK BENING BERSAMA UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
1 ikat bayam merah | dibersihkan
1 sudu makan udang kering
2 ulas bawang putih | dihiris
2 ulas bawang merah | dihiris
1 hiris halia
Garam secukup rasa
3 cawan air
CARA MEMASAK:
Didihkan air bersama hirisan bawang merah, bawang putih, udang kering dan halia.
Kemudian masukkan bayam merah yang telah dibersihkan.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.
Info Chef: Elakkan memasak sayur dengan terlalu lama kerana khasiatnya akan hilang serta kurang enak.
3. MASAK AIR SAYUR PETOLA BERSAMA UDANG KERING & SUHUN
BAHAN-BAHAN:
1 biji petola | kupas dan hiris
4 ulas bawang merah | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
2 sudu makan udang kering | direndam air
15gm suhun | direndam
1 biji cili merah | dihiris
500ml air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan sayur petola.Rebus sehingga petola agak lembut.
Kemudian masukkan udang kering dan suhun.
Perasakan dengan garam dan masak sebentar. Matikan api dan bolehlah diangkat.
Tabur hirisan cili dan sedia dinikmati.
Info chef: Selain udang kering, boleh juga menggunakan udang segar untuk rasa yang lebih enak.
4. SAYUR BENING CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
300gm kubis | dihiris
1/2 batang lobak merah | dihiris
50gm udang kertas
3 sudu teh lada hitam
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Didihkan air bersama kubis, lobak merah, bawang merah serta bawang putih. Biar sehingga lembut.
Kemudian masukkan udang dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Hidangan ini bagus bagi merawat selsema serta memanaskan badan
5. TUMIS AIR PEDAS PUCUK PAKU BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk paku | dibersihkan
2 biji bawang merah | dihiris
1 ulas bawang putih
Segengam udang basah
1 biji cili merah | dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih seketika.
Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih.
Seterusnya masukkan pucuk paku, cili merah dan udang. Masak sehingga lembut.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.
Info Chef: Elakkan dari mengambil daun serta batang pucuk paku yang telah tua.
6. CENDAWAN TIRAM MASAK BENING BERSAMA SERAI
BAHAN-BAHAN:
300gm cendawan tiram | disiat dan dibersihkan
2 batang serai | dititik
4 biji cili padi | dipecah sedikit
2 ulas bawang merah | dihiris
1 liter air
Garam dan serbuk pati ikan bilis secukupnya
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan masukkan serai, bawang merah serta cili padi.
Kemudian masukkan cendawan. Kacau rata hingga cendawan lembut.
Perasakan dengan garam serta pati ikan bilis dengan secukupnya.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Cendawan tidak perlu dimasak lama kerana ia akan lembik.
7. PUCUK BELINJAU MASAK AIR
BAHAN-BAHAN:
1 ikat daun belinjau
1 sudu makan ikan bilis
2 biji bawang merah | dimayang
1 ulas bawang putih | dimayang
Sedikit suhun
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan bersama bawang merah, bawang putih serta ikan bilis.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan mendidih sekali lagi.
Akhir sekali masukkan daun belinjau dan biarkan sehingga lembut.
Tutup apinya dan angkat.
TERIMA KASIH: MOHD FAIZ BIN RAMLI DARI GOMBAK, SELANGOR
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!