Setiap dari kita mempunyai impian untuk merealisasikan dapur yang serba sempurna. Bagi orang dapur seboleh mungkin nak ruang peribadinya iaitu dapur bukan hanya kemas dan teratur tetapi indah di pandang.
Selain itu praktikal juga menjadi elemen penting dalam menyusun atur ruang dapur. Perkongsian oleh Khairunnisa Mahat mungkin boleh memberi inspirasi buat anda semua.
Kerap berkunjung ke ruang pameran memberi ilham buatnya untuk membawa gaya moden minimalis ke kediaman baru.
Sebelum ini memang kerap ke IKEA..dan hampir 80 peratus memang guna barangan ikea dekat rumah ni. Saya suka dengan desain dan bertepatan dengan ruang dapur kami. Warna putih nampak luas dan lapang sedikit. Setakat ni mudah nak maintain sebab yang saya pilih tu jenis glossy, mudah mengelapnya andai kotor.
Proses ubah suai bermula dengan pemasangan lantai vinyl yang mengambil masa sehari manakala untuk pemasangan kabinet selama tiga hari. Menurut pemilik, mereka tidak menggunakan khidmat interior designer untuk susun atur di dapur hanya menggunakan khidmat installer untuk memasang kabinet.
Sebenarnya ini rumah ketiga kami, sebelum ni rumah guna kabinet aluminium. Jadi kali ni teringin nak guna produk IKEA. Sewaktu rumah yang lama dahulu tak berkesempatan guna IKEA sebab masa tu belum buka di Johor.
Pilih produk ikea sebab masa tu dah pindah masuk dahulu baru buat kabinetnya. Jadi bila guna ikea ni proses buatnya tak berhabuk.
Lagipun ikea ni boleh custom ikut kita dan kalau nak pindah pun boleh bawa semula kabinet ni sebab boleh ditanggalkan.
Moga perkongsian ini menjadi inspirasi buat yang berhajat nak membina dapur impian.