Ada tetamu nak berkunjung ke rumah. Bolehlah buat puding trifle. Kombinasi kek dan puding ni memang tak cukup sepotong.Makan ketika sejuk lagi nikmat rasanya.
PUDING TRIFLE
Kek gulung
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
Ads
1 tin mix fruit
1 kotak jelly cristal
3 sudu tepung kastard
4 sudu gula
Cara membuat:
1.Susun kek gulung dalam bekas kemudian tekan-tekan sikit sampai mampat.
2.Asingkan buah-buahan dalam tin dari airnya.
3.Dalam periuk masukkan 1 tin susu cair tadi dan 1 tin juga air.
4.Masukkan gula dan tepung kastard. Kacau sampai sebati dan tepung kastard tak berketul. Kemudian baru masakkan atas api yang kecil sambil kacau sentiasa sampai ada letup-letup kecil baru tutup api.
Ads
5.Tuang kastard tadi atas kek gulung dan ratakan. Agak-agak kastard dah nak keras baru susun buah-buahan atas kastard. Tekan sikit buah-buahan supaya nanti bila tuang jelly buah tak timbul. Settle semua tu ketepikan dan masak jelly.
6.Bila dah masak jelly,tuang ke atas kastard buah-buahan tadi. Dah siap simpanlah dalam peti sejuk supaya sejuk dulu baru best nak makan.
Sedapnya Air Soyahomemade ni. Bagi yang gemar minum Air Soya boleh cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Rita Zul ni. Hanya guna 2 bahan sahaja. Sangat mudah untuk disediakan.
Enak dinikmati panas-panas. Nikmat rasanya. Jika suka minum sejuk, boleh sahaja tambah ais atau dinginkan dalam peti sejuk. Memang jimat banyak terutamanya bagi yang keluarga besar. Malah nak buat niaga pun boleh. Jom cuba!
CARA BUAT AIR SOYA HOMEMADE SEDAP HANYA GUNA 2 BAHAN
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan kacang soya dan rendam semalaman. Esoknya cuci bersih dan toskan. Kulit kacang boleh dibuang.
2.Kisar kacang soya bersama air sampai halus. Kemudian tapis menggunakan tapis teh. Ulang 2-3 kali.
3.Buang buih-buih yang ada pada kisaran soya tadi menggunakan tapis seperti dalam gambar. Tujuannya bila air soya dimasak, airnya tiada buih dan nampak cantik.
4.Masak air soya yang sudah ditapis tadi bersama gula dan daun pandan. Rasakan manisnya ikut selera anda. Bila sudah mendidih, padamkan api.
5. Air Soya sedia untuk dinikmati. Air ini enak diminum panas-panas.
6. Nak minum sejuk boleh simpan dalam peti sejuk. Air tahan 4-5 hari. Lagi lama disimpan lagi sedap.
INFO:
1.Kulit kacang boleh dibuang & boleh dikisar. Ini kerana kulitnya tidak banyak, lembut dan tiada masalah jika dikisar bersama.
2. Sukatan: 1 kg soya & 2 kg gula. Akan dapat 10 jug air soya seperti dalam gambar.
Kuih Tako Sengkungni memang jadi kegemaran ramai. Teksturnya yang lembut, manis dan ada rasa rangup sengkuang menjadikan ia antara kuih yang mendapat permintaan ramai. Nak cuba buat sendiri Kuih Tako Sengkuang ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Maria Bentalib ni. Pasti menjadi dan puas hati.
Bagi yang suka makan aneka kuih muih tradisional, Kuih Badak Berendam inti kelapa ni pasti antara yang jadi kegemaran. Lemak-lemak manis. Memang sedap! Bagi yang belum pernah rasa, resipi perkongsian saudari Mariana Zainalni antara yang boleh dicuba.
CARA MEMBUAT KUIH BADAK BERENDAM INTI KELAPA
BAHAN INTI KELAPA: 1 cawan air panas 1/2 cawan gula merah cap Bintang – beli online disini 2 sudu besar gula pasir – beli online disini (satukan, kacau hingga larut dan tapis) 1/2 biji kelapa parut 1 1/2 sudu besar tepung gandum – beli online disini Secubit garam 1 helai daun pandan – disimpul 1/2 sudu teh kicap karamel – untuk cantikkan warna inti (jika tiada,abaikan)
CARA MEMASAK: 1.Panaskan air gula merah dan daun pandan dalam kuali. 2. Bila mendidih, masukkan kelapa parut, gula dan garam. Kacau hingga agak kering. 3. Masukkan tepung gandum. Bila sudah sebati, tutup api. Biarkan sejuk. 4. Bila inti sudah sejuk, boleh bulat-bulatkan untuk memudahan ia dimasukkan dalam doh.
BAHAN ADUNAN HIJAU: 2 cawan tepung pulut – beli online disini 2 sudu besar (membukit) tepung gandum Secubit garam 1 cawan air pandan (kisar 1 cawan air dengan 3 helai daun pandan dan perah amik patinya)
CARA MEMASAK: 1.Didihkan air dalam periuk. 2. Satukan tepung dan pati pandan. Ggaul hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan. 3. Bulat-bulatkan doh. Masukkan inti kelapa. Bulat-bulatkan. 4. Kemudian masukan dalam air yang mendidih. Apabila doh sudah timbul, angkat dan toskan.
5. Ketepikan seketika.
BAHAN KUAH PUTIH: 1 cawan santan pekat – empunya resipi guna 1 kotak kecil santan KARA 3 cawan air 1/2 sudu teh garam 2 cubit gula 3 sudu besar (membukit) tepung beras 2 sudu besar (membukit) tepung gandum
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan, kacau hingga larut dan tapiskan ke dalam periuk. 2. Dengan menggunakan api sederhana perlahan, masak dan kacau adunan guna whisk/senduk hingga mendidih dan agak pekat.
3. Bila sudah agak pekat, terus tutup api dan segera sendukkan ke dalam bekas untuk menghidang Kuih Badak Berendam nanti. (boleh guna bekas makanan) 4. Dalam setiap bekas, masukan 1 1/2 senduk adunan putih dan terus letak bebola hijau yang sudah siap ditoskan tadi.
5. Kuih Badak Berendam siap untuk dinikmati. Ia enak dimakan ketika panas dan juga sejuk.