Warnanya yang cantik berwarna-warni pasti disukai kanak-kanak. Selain dijadikan makanan snek untuk anak-anak dan keluarga ia juga boleh dijadikan sebagai bungkusan pemberian semasa acara harijadi, kenduri-kendara dan juga sebagai bisnes sambilan menambah duit tabung.

Agar-agar kering ini merupakan sejenis kuih tradisional lama. Ia merupakan agar-agar dalam pelbagai bentuk dan berwarna yang dijemur sehingga kering dan boleh tahan lama.

 

Resepi mudah dan sedap Agar-Agar Kering

Bahan:

IKLAN
  • 200gm agar-agar tali
  • 1kg gula batu
  • 3kg gula pasir
  • 5liter air ( sukat dgn botol mineral 1ltr )
  • Pewarna makanan

Cara-caranya:

  • Rendam agar-agar tali sekejap supaya lembut
  • Masukkan air ke dlm periuk dan masukkan agar-agar tali yg sudah dibasuh
  • Didihkan dan masukkan gula batu dan gula pasir
  • Masak dgn api sederhana sehingga larut gula dan agar-agar
  • Bahagi kpd bbrp bahagian . Dan warnakan dgn pewarna makanan
  • Tuang ke dlm loyang yg sesuai dan sejukkan sehingga beku
  • Potong dgn pemotong agar-agar dgn tebal yg sederhana
  • Susun di atas dulang dan jemur sehingga kering

Letak warna kesukaan

Susun di atas dulang dan jemur sehingga kering

Agar-agar siap dikeringkan

Kredit resepi: Alizah Hj Asri