Siapa yang berniaga kek mesti tahu kepentingan whipping cream atau krim putar ini. Harganya pun boleh tahan mahal jugak. Bagi orang yang buat bisnes bakeri dan kek memang terkesan jugak kan.

Ni ada cara membuat whipping cream cara homemade, gerenti sedap, segar dan halalan toyibban.Bagi Soleh Fattah dia lebih gemar membuat sendiri kerana krim putar ini adalah bahan yang selalu kena standby ada bila membuat kek.

Katanya, “Dapat juga teruskan niat berniaga sambil bersedekah dan jimatkan kos.”

Jom ikut langkah-langkah dari Soleh Fattah ini :

HOMEMADE WHIPPING CREAM :


Whipping Cream Homemade Gerenti Segar. Guna Empat Bahan & Ais Aje.
.

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 1 sudu besar ovalette
  • 5 sudue besar susu pekat
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar gula | boleh kurangkan jika tak suka manis)
  • 1 bekas ais batu | pastikan dalam ketulan kecil, senang nak kisar

CARA MEMASAK :
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam 1 bekas, pastikan bekas besar sebab nanti whipping cream akan mengembang.

Whipping Cream Homemade Gerenti Segar. Guna Empat Bahan & Ais Aje.
.

2. Gaul rata semua bahan-bahan bagi sebati dulu. Kemudian baru mix, pakai mixer selama seminit. 1 minit pertama, guna kelajuan paling rendah sebab nanti ais batu terkeluar dari bekas bersepah pulak nanti.

Whipping Cream Homemade Gerenti Segar. Guna Empat Bahan & Ais Aje.
.

IKLAN

3. Minit ke-2,boleh tingkatkan kelajuan, sederhana dalam 3 minit, mixsampai tak nampak ais batu tu. Masa ini akan nampak adunan ni dah berupa krim yang mengembang dan halus.
4. Bila ais batu dah takde (boleh dengar bunyi ais masa tengah mix tu) boleh tingkatkan kelajuan mixer ke maksimum. Mix dlm 2 minit sahaja, jangan terlebih pukul.

Whipping Cream Homemade Gerenti Segar. Guna Empat Bahan & Ais Aje.
.

5. Hasilnya krim putar yang mengembang dan halus.Dah siap whipping cream, mudah sangat kan.
Masa penyediaan: 5-6 minit sahaja

Kredit foto & resipi : Soleh Fattah

IKLAN

INGIN MENCARI MIXER DAN MESIN MEMPROSES TERBAIK, JOM LAYARI DI SINI .

ANDA MUNGKIN MEMINATI VIDEO INI :

DAN JUGA RESIPI DALAM LINK DI BAWAH :

Dua Kek Keju Sedap, Tambat Selera Famili Di Hari Raya

https://www.rasa.my/kek-keju-gebu-puas-makan/

https://www.rasa.my/kek-keju-oreo-tak-perlu-bakar-sangat-mudah-sedap/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI