Ramai di kalangan kita yang mahu jadi chef segera. Hanya dengan melihat resipi-resipi dari media sosial terus ingin buat tanpa melihat bahan yang digunakan terlebih dahulu sama ada resipi biskut itu betul atau tipu. Jom belajar rahsia dan formula betul asas nak buat biskut atau kek dengan betul perkongsian Nieza Nor Hamnira atau dikenali Cikgu Kek Rugged ni.
Nak cipta resepi cookies sendiri?
Nak tahu resepi cookies tu betul ke tipu?
Ini Kak KH nak share formula di sebalik biskut :
1, 2, 3!!!
Apa yang 1, 2, 3 tu. Ini haaa.. bahagian-bahagian nak jadikan cookies tu, asas dia cam ni :
1 : GULA (Gula putih atau brown sugar)
2 : LELEMAK (100% atau campuran)
3 : TEPUNG (Bahan kering)
Jadi contohnya asas nak buat cookies cam ini :
1 cawan gula
2 cawan mentega
3 cawan tepung
Ataupun dalam gram :
100gm gula
200gm mentega
300gm tepung
Itu basicnya. Dari situlah kita campur aduk nak jadikan cookies kita tu apa dan macamana.
Jadi kalau lah nampak resepi cookies mana-mana, cuba tengok formula 1-2-3 dia, kalau tak lebih tak kurang secara melampau jauh, kira betul la resepi tu. Boleh pakai.
Tapi kalau kat bahagian asas tu ada kurang jangan cepat salah sangka lak, tengok unsur lain yang sama kategori tu, contoh mentega 130gm, shortening 70gm. Maknanya itu dari kategori lelemak 200gm, boleh trust la tu.
Dari 3 asas ni la kita boleh pecah2kan kepada tekstur, rasa, rupa apa yg kita nak in cookies. Contoh tambah kekacang, tukar tepungnya, tambah perisa / emulco, tambah choc chip atau tukar gula pasir kepada gula perang dan sebagainya.
Penggunaan telur di dalam cookies pun subjektif. Boleh je kalau tak guna telur langsung atau guna kuning sahaja atau sebiji terus. Ia bergantung kepada tekstur cookies macamana yang kita mahu. Ada telur, biskut lebih bonding (mesra bahan), takde telur sedikit keras tapi rangup. Begitulah.
Yang penting dah tahu asasnya! 1-2-3!
Selamat faham tentang asas buat cookies!
Nak guna apa yang ‘paling win’ untuk biskut kita. Pure butter ke bagus, marjerin ke bagus, lepa susu ke bagus, shortening tu apa pulak?
Sebelum tu jom kaji fungsi sesuatu lelemak dalam hasil baking di antara:
MENTEGA : MINYAK : MARJERIN : SHORTENING : LEPA SUSU
Sifat setiap satunya:
Mentega – rasa sedap dari lemak dan bau tapi rapuh sangat
Marjerin – kestabilan tapi rasa dan bau kurang sedap
Minyak
(nota : lepa susu pun nama depan dia ‘Mentega’ sebab ada peratus lemak susu juga)
Ingatkan sifat-sifat utama ke setiap satunya. Sekarang fahamkan biskut apa yang kita nak buat.
Contoh nak buat kuih tart, samperit atau cookies biasa. Tart perlukan tekstur yang macamana? Samperit nak tekstur yang macamana? Cookies biasa kita suka yang macamana? Dah tahu apa yang kita nak dalam sesuatu biskut tu, barulah kita boleh decide nak guna yang mana.
Nak combine boleh ke? Eh tentulah boleh. Mak kata, ..alah kita buat dia! Cam ni, tengok lah part apa yang kita nak ketengahkan biskut kita tu. Contoh nak buat tart yang sedap tapi stabil tak rapuh di tangan, macamana? Kena tahu ni, kebiasaannya tart yang guna 100% pure butter dia jadi rapuh yakmat, nak susun je dah susah, rasa sedap dan melekat-lekat kat gigi (ya ke idok?). Sebaiknya, campur sikit dengan unsur yang lain tu untuk kestabilan rupa paras juga rasa yang meletop. Peratusannya ikut suka, lebihkan yang mana kita nak ‘highlight’kan. Rasa sedap then peratus butter majoriti lah. Eh cam pilihanraya pulak.
Cookies lain, ikut lah mana yang kita nak ketengahkan. Bukan semua cookies perlu tekstur yang rapuh.
Jadi ikutlah nak guna yang mana. Kakak cuma nak kasi faham je ‘di sebalik tabir’ pembuatan biskut.
Selamat mencuba!
Kongsi resipi: Nieza Nor Hamnira