Cemburu tak tengok orang lain berkulit cantik dan nampak jauh lebih muda dari usia. Hinggakan ramai yang sanggup berhabis duit nak beli makanan kesihatan atau suplimen yang dipercayai boleh membuatkan kulit nampak anjal, muda dan sihat.

Padahal terdapat banyak makanan semulajadi yang boleh membantu anda untuk mendapatkan impian kulit cantik dan sihat. Jom kita semak senarai makanan ini…

1. IKAN LAUT DALAM

Wow, Boleh Cantik Kulit, Makanlah 11 Makanan Ni…
Kredit foto : saga.co.uk

Ikan laut dalam yang mengandungi asid lemak omega 3 seperti ikan herrring, kod dan salmon adalah makanan terhebat untuk kulit sihat. Asid lemak omega 3 diperlukan untuk memelihara keanjalan dan kelembapan kulit. Malah kekurangan asid lemak ini boleh mengakibatkan kulit menjadi kering. Asid lemak ini boleh mengurangkan keradangan yang menyebabkan kemerahan dan jerawat.

Ia juga boleh menngurangi sensitiviti kulit terhadapnpancaran UV matahari. Ikan ni juga adalah sumber vitamin E yang boleh melindungi kulit dari radikal bebas dan keradangan.

Selain sumber tinggi proten yang berkualiti bagi mengekalkan keutuhan kulit. Ikan ini juga menyumbang khasiat zink sejnis mineral untuk merangsang pengeluaran sel kulit baharu dan kesihatan kulit keseluruhannya.

2. AVOCADO

Wow, Boleh Cantik Kulit, Makanlah 11 Makanan Ni…
Kredit foto : mashable.com

Avokado kaya dengan lemak sihat. Lemak ini membantu dalam memelihara kelembapan dan keanjalan kulit. Ia juga dkenalpasti boleh melindungi kulit dari sinaran UV matahari yang boleh mengakibatkan kedutan dan lain-lain tanda penuaan kulit. Avokado juga adalah sumber vitamin E yang baik.

Menariknya vitamin E lebih berkesan apabila digabung dengan vitamin C yang juga terdapat dalam avokado. Dengan adanya vitamin C membantu kulit menghasilkan kolagen iaitu struktur protein utama yang memelihara kulit sihat dan anjal.

3.WALNUT

Wow, Boleh Cantik Kulit, Makanlah 11 Makanan Ni…
Kredit foto :petsworld.in

Walnut juga adalah sumber asid lemak baik untuk tubuh. Malah ia mempunyai asid lemak omega 3 dan omega 6 tertinggi berbanding jenis kekacang yang lain. Kedua asid lemak ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Keduanya menjaga kesihatan kulit . Walnut juga mempunyai nutrisi lain seperti zink yang membantu kulit bergunsi sebagai pelindung dan penyembuh luka dan juga menentang bakteria dan keradangan kulit. Ia juga mengandungi vitaminc C, E, protin dan selenium yang kesemuanya adalah nutrisi untuk kulit.

IKLAN

4. BIJI BUNGA MATAHARI

Wow, Boleh Cantik Kulit, Makanlah 11 Makanan Ni…
Kredit foto : livestrong.com

Secara amnya, kekacang dan biji bijian adalah sumber terbaik dan berkhasiat kulit sihat. Biji bunga matahari mengandungi Vitamin E, selenium , zink dan protein. Ia adalah sumber nutrisi terbaik dan penting sebagai anti oksidan untuk kulit.

5UBI KELEDEK

Wow, Boleh Cantik Kulit, Makanlah 11 Makanan Ni…
Kredit foto : parade.com

Beta karoten berfungsi sebagai pro vitamin A, maknanya ia boleh bertukar menjadi vitamin A di dalam tubuh. Ia boleh didapati di dalam oren ,lobak merah, bayam dan juga ubi keledek. Ia memelihara kulit sihat dengan bertindak sebagai pelindung matahari semulajadi

Ini melindungi dari kesan terbakar dari sinar matahari, sel kulit mati, kulit kering dan garisan kedut. Jumlah beta karoten yang tinggi juga memberikan kesan hangat dan membuat kulit lebih berseri.

6. LADA BENGGALA MERAH ATAU KUNING

IKLAN
Wow, Boleh Cantik Kulit, Makanlah 11 Makanan Ni…
Kredit foto :pexels.com

Seperti juga ubi keledek, lada benggala juga adalah sumber beta karoten yang baik. Secawan lada benggala cincang mengandungi lebih 92 peratus vitamin A yang disyorkan oleh RDI (Reference Daily Intake ) untuk tubuh. Ia juga membekalkan vitamin C yang diakui boleh mengurangkan risiko kedutan dan kulit kering selaras peningkatan usia.

7. BROKOLI

Wow, Boleh Cantik Kulit, Makanlah 11 Makanan Ni…
Kredit foto : shareanswer.blogspot.com

Brokoli mengandungi banyak mineral dan vitamin penting untuk kulit sihat , ini termasuklah zink, vitamin A dan vitamin C. Ia menganduni lutein iaitu carotenoid yang bertindak seperti beta karoten. Lutein melindungi kulit anda dari kerosakan oksidatif yang membuatkan kulit menjadi kering dan kedut.

Ia juga mengandungi sulforaphane yang dipercayai bersifat anti kanser temasuk beberapa jenis kanser kulit. Ia adalah ejen pelindung yang kuat menentang  kerosakan kulit daripada matahari. Bertindak dua cara iaitu meneutralkan radikal bebas merbahaya dan menghidupkan sistem perlindungan badan. Sulforaphene juga mengurangkan jumlah sel yang mati kerana sinaran UV dan mengekal paras kolagen dalam kulit.

8. TOMATO

Wow, Boleh Cantik Kulit, Makanlah 11 Makanan Ni…
Kredit foto : goodhousekeeping.com

Tomato kaya dengan vitamin C ia mengandung caroteniods termasuk lycopene. Lycopene, lutein dan beta karoten diyakini dapat melindungi kulit dari kerosakan matahari. Ia juga mengelakkan kedutan.

IKLAN

9. KACANG SOYA

Wow, Boleh Cantik Kulit, Makanlah 11 Makanan Ni…
world-grain.com

Kacang soya mengandungi isoflavones yang memberi manfaat kepada tubuh termasuklah kulit. Satu kajian yang dilakukan kepada sekumpulan wanita pertengahan umur yang diberi makan soya isoflavones setiap hari selama 8-12 minggu, menunjukkan pengurangan kedutan halus dan meningkatkan keanjalan kulit.

Di kalangan wania menopos pula, soya dapat mengurangkan kekeringan kulit dan meningkatkan kolagen yang membantu kulit menjadi halus dan ‘kuat’. Isoflavones bukan sahaja melindungi sel di dalam kulit daripada roskan tetapi juga dari radiasi UV.

10. COKLAT GELAP

Wow, Boleh Cantik Kulit, Makanlah 11 Makanan Ni…
Kredit foto : madeasse.com

Kesan koko terhadap kulit memang cukup fenomena. Selepas memakan serbuk koko yang diakui tinggi dengan anti oksidan selama 6-12 minggu terhadap wanita di dapati kulitnya menjadi lembab, licin , kurang sensitif terhadap kepanasan matahari . Peredaran darah yang lebih lancar, menyebabkan lebih nutrisi diserap oleh kulit.

Pun begitu pastikan coklat gelap yang diambil mengandungi sekurangnya 70 peratus kandungan koko dan jumlah gula yang minima bagi meningkatkan keberkesanannya terhadap kulit.

11. TEH HIJAU

Wow, Boleh Cantik Kulit, Makanlah 11 Makanan Ni…
Kredit foto : healthywomen.org

Teh hijau sudah dipercayai sejak dulu boleh melindungi kulit dan kerosakan dan penuaan sebelum waktu. Kandungan catechins di dalam teh bertindak memperbaiki kesihatan kulit. Seperti juga makanan anti oksidah, teh hijau juga turut membantu melindungi kulit daripada kerosakan pancaran matahari.

Teh hijau memperbaiki kelembapan, ketebalan dan keanjalan kulit. Tetapi elakkan membancuhnya dengan susu kerana ia boleh mengurangkan impak anti oksidan yang terkandung di dalamnya.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI