Untuk menghasilkan bubur yang enak, biji sagu haruslah dicuci &  direndam terlebih dahulu supaya ia lebih senang kembang apabila dimasukkan ke dalam bubur.

IKLAN

 

IKLAN
IKLAN
BAHAN-BAHAN:
  • 2 tongkol jagung segar | direbus dan diambil isinya
  • 100gm jagung tin berkrim
  • 100gm gula pasir
  • 100gm gula merah
  • 1 biji kelapa | diambil santannya
  • 200ml air
  • 10gm biji sagu | direndam
  • 2 helai daun pandan | disimpul
  • Secubit garam
CARA MEMASAK:
  1.  Satukan jagung segar bersama air, jagung berkrim, gula pasir, sagu dan gula merah sehingga sebati.
  2.  Kacau sehingga jagung masak.
  3.  Kemudian masukkan santan dan juga daun pandan. Kacau sentiasa.
  4.  Akhir sekali masukkan secubit garam. Biarkan masak hingga mendidih dan kuahnya menjadi pekat.
  5.  Sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI