Wow!!! Resipi Kek Buah Paling Mudah. Hanya Guna 3 Bahan Sahaja.

Share

Suka makan kek buah? Kalau beli, harganya boleh tahan mahal. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri kek ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Aley Arif ni. Hanya dengan menggunakan tiga bahan mudah dan senang beli, anda boleh hasilkan kek buah enak untuk santapan keluarga. Jom cuba! Anda pasti kagum dengan hasilnya.

 

KEK BUAH 3 BAHAN

BAHAN-BAHAN:

500gm dried mix fruit ( buah campuran kering)

1 cawan jus oren (minute maid)

1 cawan tepung naik sendiri

 

CARA MEMASAK:

1. Masukkan dried fruit dalam 1 bekas. Kemudian masukkan jus oren. Biarkan selama 2 jam.

2. Kemudian masukkan tepung naik sendiri. Gaul sebati.

3. Tuang adunan ke dalam loyang. (Info RASA: Sebaiknya, griskan loyang dengan sedikit mentega atau alaskan dengan baking paper.)

4. Bakar kek dengan suhu 130c selama 2 jam. (Info RASA: Kadang kala, waktu memasak berbeza bergantung pada suhu dan jenis ketuhar. Selalu perhatikan supaya kek anda masak sempurna.)

Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Aley Arif

Klik DISINI untuk posting asal resipi diatas.

Published by
Nur