Untuk mengetahui kerang yang direbus sudah masak adalah dengan melihat kulit kerang yang terbuka dengan sendirinya.
BAHAN-BAHAN:
- 200gm isi kerang
- 20gm kelapa parut
- 10gm bawang besar
- 10gmm bawang merah
- 5gm cili padi
- 1/4 biji limau nipis | diambil airnya
- 2 sudu makan air cili
- 3 sudu makan kelapa kering | disangai
- 1 biji limau nipis | diambil airnya
- 5gm garam
- 5gm gula pasir
CARA MEMASAK:
- Rebus kerang dengan garam sehingga masak. Kopek isinya.
- Tumbuk bawang merah dan bawang besar hingga separuh lumat.
- Campurkan kesemua bahan dan perasakan dengan garam, gula dan air limau nipis.
- Gaulkan rata bersama kerang dan kesemua bahan lain dan hidangkan.