Anda yang teringin buat sendiri, rasanya ia tidaklah remeh sangat jika resipi dan cara membuatnya diikut dengan betul. Maklumlah bila buat sendiri tu puas hati, apatah lagi kalau ahli keluarga suka. Apa tunggu lagi jom cuba.
CHOCOLATE CHIFFON CAKE BAHAN-BAHAN: BAHAN A: 7 biji kuning telur 100ml susu cair putih/coklat 50gm coklat gelap| dicairkan DCC Colatta, dilelehkan 60gm coklat serbuk 60gm minyak masak 1/2 sudu teh coklat pes coklat 220gm tepung Bianca Sponge Cake (Kalau tepung biasa pakai 120gm) BAHAN B: 7 Biji putih telur 1/4 sudu the garam 1 sudu makan jus limau nipis 1/2 sudu teh cream of tar tar 100gm gula pasir
Ads
CARA MEMBUAT:
Ads
Ads
Larutkan serbuk coklat di dalam susu cair panas. Tambahkan coklaat gelap dan minyak masak. Aduk rata. Ketepikan.
Ayak tepung ,tuang sedikit-sedikit ke campuran coklat sambil putar perlahan dengan whisk.
Tambahkan kuning telur. Adun rata. Ketepikan.
Kacau putih telur, garam+air jeruk nipis sampai separuh kembang.
Masukkan gula pasir sedikit-sedikit sambil dikacau sampai bertanduk (jika diterbalikkan tidak jatuh).
Masukkan bertahap ke adunan tepung dan coklat mengunakan spatula dengan cara kaut balik supaya adunan tidak turun selepas dibakar.
Tuang dalam loyang pembakar.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160C dengan menggunakan api atas bawah sehingga kek naik dan bahagian atasnya kelihatan berkulit (lebih kurang 15 minit )
Keluarkan kek dan potong ikut bentuk diinginkan. Kemudian masukkan semula kek ke dalam ketuhar.
Bakar dengan suhu 150C pula selama lebih kurang 40 minit. Atau hingga kek masak.
Dengan hanya menggunakan 3 bahan, anda boleh hasilkan kek milo yang super sedap. Sangat mudah dan jimat. Tak guna tepung pun kek tetap lembut dan gebu.Lihat cara-cara membuatnya yang dikongsi oleh Puan Noriza Awang Hamat. Gerenti jadi!
Inovasi menjadikan Putu Bambo atau Putu Piring dipelbagaikan cara penyediaan. Antaranya guna daun pisang menggantikan selinder buluh. Anda hanya perlu bentukkan daun pisang seperti selinder kemudian masukkan je adunan tepung beras ke dalamnya dan kukus seperti biasa. Bentuk lebih kurang dan rasa tetap sedap.
PUTU DAUN PISANG BAHAN-BAHAN: 26 sudu makan tepung beras 6 sudu makan tepung pulut 140 air | blender dengan 5 helai daun pandan. 1/2 sudu teh garam Gula Melaka secukupnya | dihiris BAHAN TABURAN: Kelapa parut (putih sahaja) gaul dengan sedikit garam dan kukus sekejap.
CARA MEMBUAT:
Dalam bekascampur tepung beras, tepung pulut, garam, air pandan sedikit demi sedikit sambil diadun rata.
Terus adu hingga adunan menjadi butiran halus.
Daun pisang dirollkan dan letak dalam gelas.
Masukkan 1 sudu makan tepung dalam daun pisang, lapiskan dengan gula Melaka dan akhir sekali masukkan 1 sudu makan lagi adunan tepung beras tadi.
Panaskan pengukus dan kukus selama lebih kurang 20 minit.
Angkat dan buka daun pisang dalam bekas berisi kelapa parut.
Susun dalam pinggan dan taburkan di atasnya dengan lebihkan kelapa parut.
Sebelum puasa ni, pasti ada yang merancang nak mengadakan kenduri kendara. Tak kiralah majlis pertunangan, perkahwinan, doa selamat dan sebagainya. Bila adanya majlis-majlis sebegini, tuan rumah pastinya sibuk duk fikir lauk-pauk apa yang nak dimasak nanti. Jom lihat seleksi lauk pauk yang boleh anda cuba masak sendiri di rumah secara rewang. Paling penting, sedap & memuaskan hati tetamu yang datang.
1. KARI DAGING KENTANG
BAHAN-BAHAN:
3kg daging batang pinang dan sedikit tulang | daging dipotong kiub dibersih dan ditoskan
5 biji kentang | dikupas dan belah empat
1 kg santan pekat
1 liter air
1 sudu makan gula melaka
2 paket kecil rempah kari daging | dibancuh dengan sedikit air
2 sudu makan kerisik
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
3 tangkai daun kari
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
7 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS:
2 biji bawang besar
10 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 inci halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan tumis sehingga harum dan masukkan bahan kisar halus beserta rempah kari dan tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
Masukkan daging dan gaul rata dan masak sehingga daging kecut sedikit.
Masukkan air, kacau, besarkan api dan masak sehingga mendidih, Masukkan kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan.
Masukkan kentang dan masak sehingga kentang agak empuk.
Tuang pati santan, masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat. Matikan api.
Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Campurkan tulang bersama daging bagi mendapatkan rasa kari yang enak dan manis.
2. GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
3 biji nanas sederhana besar | kupas, belah empat, buang empulur dan hiris sederhana tebal
1kg ikan masin talang | cuci dan rendam 30 minit dan toskan
5 batang serai | diketuk
5 helai daun kunyit | disiat
2 keping asam gelugur
1 liter santan cair
2 kg santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji cili merah
20 biji cili api | lebihkan jika mahu pedas
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak hingga nanas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
Masukkan asam gelugur dan tuang pati santan. Kacau perlahan.
Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu, baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api.
Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Selain talang, boleh juga menggunakan ikan masin lain mengikut kesesuaian hidangan.
3. IKAN DORY MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
2kg ikan dory | potong dadu sederhana besar
1 biji lada benggala merah | dibersihkan dan dipotong dadu
1 biji lada benggala hijau | dibersihkan dan dipotong dadu
1 biji lada benggala kuning | dibersihkan dan dipotong dadu
2 biji telur
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan serbuk lada hitam | lebihkan jika mahu pedas
2 biji bawang besar | hiris kasar
7 ulas bawang putih | diketuk
5 sudu makan sos Hoisin
1 botol besar sos cili Thai
5 sudu makan sos plum
2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Masukkan kepingan ikan ke dalam bekas. Masukkan serbuk lada hitam, sedikit garam dan gaul rata.
Masukkan telur dan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit kedalam bekas ikan dan gaul rata sehingga ikan tersebut bersalut tepung dengan sempurna.
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan sehingga masak dan berwarna kekuningan dan toskan minyak dan ketepikan.
Untuk membuat kuah, tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan masukkan air, sos Hoisin, sos cili Thai dan sos plum. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat. Rasakan keseimbangan rasa kuah iaitu terasa rasa masam dan manisnya. Tambah lebih sos sekiranya perlu.
Masukkan lada benggala dan masak sekejap dan matikan api.
Tuang kuah kedalam bekas kepingan ikan untuk menghidang. Hiaskan dengan hirisan daun sup dan cili merah.
Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Tidak perlu untuk mencampurkan kuah terlalu awal untuk mengelakkan kepingan ikan menjadi kembang.
4. ACAR ANGGUR
BAHAN-BAHAN:
1kg anggur hitam
3 biji timun jepun
3 biji tomato masak
1 biji bawang holland
1 cawan cuka makan
10 biji cili api hijau | lebihkan cili jika mahu lebih pedas
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan semua bahan dan toskan.
Potong dadu bawang, tomato dan timun dan masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan cuka, garam dan gula ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Selain anggur hitam, boleh juga menggunakan anggur hijau atau merah. Lebih enak jika menggunakan anggur tanpa biji.
5. SAYUR CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
2 biji lada benggala merah | dibersihkan dan dipotong dadu
2 biji lada benggala kuning | dibersihkan dan dipotong dadu
2 biji lada benggala hijau | dibersihkan dan dipotong dadu
3 biji lobak sederhana besar | dikikis kulit dan dipotong nipis
1kg brokoli | dipotong sedang
1kg bunga kubis | dipotong sedang
500gm kacang pis
3 biji bawang besar | dihiris halus
7 ulas bawang putih | diketuk
500gm udang sederhana | dibuang kulit dan dibersihkan
5 sudu makan serbuk perisa
1/2 cawan tepung jagung | dibancuh dendan sedikit air
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Sayur-sayuran dicelur seketika. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga berbau harum.
Masukkan udang dan goreng seketika.
Selepas itu masukkan air bancuhan tepung jagung tadi. Kacau rata sehingga mendidih.
Masukkan sayur-sayuran, serbuk perasa dan garam secukupnya. Kacau sehingga sebati dan matikan api.
Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Selain udang, boleh juga menggunakan isi ayam, daging atau ikan bilis.
6. PAJERI TERUNG
BAHAN-BAHAN:
50 biji terung panjang | saiz sederhana kecil
1 kg santan pekat
1 paket sederhana besar rempah kari daging | bancuh dengan air menjadi pes
2 senduk kerisik
BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
3 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS:
7 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 biji bawang besar
2 inci halia
100gm udang kering | dibasuh dan direndam seketika
CARA MEMASAK:
Terung dibuang pangkalnya dan dibelah dua. Rendam di dalam air.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar halus bersama rempah tumis sehingga naik bau.
Kemudian masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes. Masak sehingga pecah minyak.
Masukkan terung dan kacau seketika. Tuang santan pekat dan kerisik.
Kacau rata dan tambah garam dan gula mengikut cita rasa anda. Masak hingga pekat dan terung lembut.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Terung perlu direndam air bagi mengelakkan ia menjadi lebam.