Wow Sedapnya Chocolate Chiffon Cake.

Share

Anda yang teringin buat sendiri, rasanya ia tidaklah remeh sangat jika resipi dan cara membuatnya diikut dengan betul. Maklumlah bila buat sendiri tu puas hati, apatah lagi kalau ahli keluarga suka. Apa tunggu lagi jom cuba.

CHOCOLATE CHIFFON CAKE
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
7 biji kuning telur
100ml susu cair putih/coklat


50gm coklat gelap| dicairkan DCC Colatta, dilelehkan
60gm coklat serbuk
60gm minyak masak
1/2 sudu teh coklat pes coklat
220gm tepung Bianca Sponge Cake (Kalau tepung biasa pakai 120gm)
BAHAN B:
7 Biji putih telur
1/4 sudu the garam
1 sudu makan jus limau nipis

1/2 sudu teh cream of tar tar
100gm gula pasir

CARA MEMBUAT:

  1. Larutkan serbuk coklat di dalam susu cair panas. Tambahkan coklaat gelap dan minyak masak. Aduk rata. Ketepikan.
  2. Ayak tepung ,tuang sedikit-sedikit ke campuran coklat sambil putar perlahan dengan whisk.
  3. Tambahkan kuning telur. Adun rata. Ketepikan.
  4. Kacau putih telur, garam+air jeruk nipis sampai separuh kembang.
  5. Masukkan gula pasir sedikit-sedikit sambil dikacau sampai bertanduk (jika diterbalikkan tidak jatuh).
  6. Masukkan bertahap ke adunan tepung dan coklat mengunakan spatula dengan cara kaut balik supaya adunan tidak turun selepas dibakar.
  7. Tuang dalam loyang pembakar.
  8. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160C dengan menggunakan api atas bawah sehingga kek naik dan bahagian atasnya kelihatan berkulit (lebih kurang 15 minit )
  9. Keluarkan kek dan potong ikut bentuk diinginkan. Kemudian masukkan semula kek ke dalam ketuhar.
  10. Bakar dengan suhu 150C pula selama lebih kurang 40 minit. Atau hingga kek masak.

By @linagui.kitchen

Published by
webadmin