
Bagi peminat pedas, makan tanpa sambal sangat tak puas rasanya. Kali ini RASA ingin kongsikan resipi sambal gesek yang dibuat oleh Syarifah Hasanuddin atau mesra dipanggil Effa.
Bak kata orang nogori sambal gesek podeh melaha. Pekena pula dengan lauk sambal kobis masak lemak atau masak lemak pucuk paku. Memang sedap. Nah Effa belanja resipi simple tapi boleh bertambah nasi.
SAMBAL GESEK NOGORI
BAHAN-BAHAN
Cili api (BELI DI SINI)
Ikan bilis (BELI DI SINI)
Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
Limau kasturi atau nipis
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk cili api sampai lumat. Masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi.
2. Masukkan garam gaul rata.
3. Perah asam limau sampai agak berair sedikit.
Selamat mencuba!
Sumber: Syarifah Hasanuddin
ANDA PASTI SUKA RESIPI SAMBAL INI JUGA
SAMBAL SARDIN
SAMBAL KENTANG BERLADA
JOM TONTON VIDEO NI
https://www.youtube.com/watch?v=Duk2e5NA-ns&t=5s
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Sos Thai Padu Rasa

Nikmatnya bila dapat makan daging bakar yang lembut dan menepati cita rasa. Dicicah pula dengan air asam memang padu rasa. Nak mudahkan cara, daging yang liat akan jadi lembut kalau korang masak guna pressure cooker. Lepas tu letak sos tiram, kicap, sos blackpepper, tumbuk blackpepper sekali.Biar kejap, grill bagi nampak kerak-kerak hitam tu. Kalau guna batang pinang tu, perap terus je lepas tu grill.Sedap sangat makan dengan nasik panas-panas.
Resipi untuk sos thai:
1 sb beras, sangai dan blender kering bagi hancur
7 biji cili padi – blend
1/2 biji bawang merah – hiris
1 sb chili flakes
1/2 biji limau nipis, perah
Air asam jawa
Sos sotong/ikan
Gula kabung
Daun ketumbar (kaknaz tak suka daun ni, ganti daun sup. Hehe)
Credit : Sharinaz Redwan
4 Jenis Sambal Cili Padi Ikan Sedap Gila & Sempoi Je Masaknya.

Sebut je sambal cili padi tidak kiralah untuk apa masakan apa sekalipun, ia memang sedap dan terbaik. Apa lagi kalau dipadankan dengan ikan goreng. Cukup asam garamnya, memang terangkat sedap, biarpun pedas ia tetap menjadi pilihan sebagai hidangan pemikat selera. Tak Percaya kena cuba.
KERISI GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 5 ekor ikan kerisi | buang sisik dan bersihkan
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
- 20 biji cili padi | hiris
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji cili merah
- 2cm halia
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ikan kerisi yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan cili, kacau rata.
- Masukkan pula air asam jawa, kecilkan api dan terus kacau.
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Tutup api dan masukkan ikan dan gaul rata.
- Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
SAMBAL KERING IKAN SELAR
BAHAN-BAHAN:
- 8-10 ekor ikan selar | siang dan bersihkan
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
- 15 biji cili padi
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
- 1.Gaulkan ayam dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumikan bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan air asam jawa.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali tutup api, masukkan ikan dan gaul rata.
- Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 4-5 ketul ikan tongkol yang telah direbus
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang serai
CAR MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi.
- Gaul rata dan tutup api.
- Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan.
IKAN BILIS BESAR GORENG CILI BAWANG
BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis besar | basuh dan toskan
- 1 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih titik
- 2 biji cili merah
- 8 biji cili padi
- Sedikit gula
- Garam jika perlu
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit, tumis bawang putih, bawang merah serta cili merah dan cili padi.
- Tumis hingga wangi dan layu.
- Masukkan ikan masin. Kacau rata.
- Jika kurang masin tambahkan sedikit garam bersama gula secukupnya.
4 Jenis Sambal Yang Bangkit Selera Sahur

Isi Kandungan
Toggle
Kalau ada sambal, selalunya mesti selera nak makan. Lidah Melayu memang suka sambal. Makan nasi mesti nak kena ada sambal. Nah, RASA berikan 4 jenis sambal yang confirm korang akan suka. Boleh try buat sendiri kat rumah untuk bersahur nanti.
SAMBAL TUMIS TELUR
Sambal tumis telur yang sangat sedap.
BAHAN-BAHAN
• 5 biji telur ayam (direbus)
• Minyak masak
• 1/2 biji bawang besar (dihiris bulat)
• Air asam jawa
• 1 sudu besar kicap lemak manis
• 1 sudu besar sos cili
• Gula
• Garam
BAHAN KISAR
• 1 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• Belacan
• 4 sudu besar cili kisar
CARA MEMBUAT
1. Rebus telur ayam selama 8-10 minit sahaja. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan tumis BAHAN KISAR sehingga agak garing sedikit.
3. Masukkan air asam jawa, kicap lemak manis, sos cili, gula dan garam.
4. Masukkan telur dan bawang hiris tadi. Gaul rata. Tutup api.
5. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba.
Resipi oleh Yatty Collection Star dari Telegram KakiMakan
SAMBAL TERUNG
Sambal lejen.
BAHAN-BAHAN
1 batang terung (dikerat 3 inci)
Minyak masak
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 inci halia
5 sudu besar serbuk kari
4 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan goreng terung sehingga layu. Angkat dan ketepikan.
2. Kisar bawang merah kecil, bawang putih, ikan bilis dan halia dengan sedikit air sehingga halus.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan biarkan sehingga airnya agak kering. Kacau sentiasa supaya tidak hangus.
4. Setelah air agak kering, baru masukkan minyak masak. Tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan serbuk kari. Tumis lagi sehingga naik minyak.
6. Perasakan dengan gula dan garam.
7. Apabila sudah betul-betul masak, masukkan terung. Ratakan dan angkat.
8. Sedia dihidang.
Resipi Oleh Suratmi Saminoh
SAMBAL TEMPE IKAN BILIS
Memang syok makan sambal tempe ni.
BAHAN-BAHAN
• Minyak masak
• Tempe (dipotong nipis)
• Ikan bilis (digoreng garing)
• 3 ulas bawang putih (cencang halus)
• Cili kering (dikisar dapatkan 4 sudu besar)
• 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
• Garam secukupnya
• 3 sudu besar gula
• 1 sudu besar gula merah
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng tempe, ketepikan.
2. Goreng ikan bilis, ketepikan.
3. Kurangkan minyak masak tadi. Tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
4. Masukan bawang besar, garam, gula, gula merah. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap.
5. Tutup api. Biarkan sambal ni betul-betul sejuk.
6. Akhir sekali, gaulkan tempe dan ikan bilis dengan sambal sehingga rata. Siap.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Asiah Jafar dari Telegram KakiMakan
SAMBAL AYAM PENYET
Sambal Ayam Penyet.
BAHAN-BAHAN
30 biji cili padi merah (digoreng)
12 biji cili merah 12 (dipotong dan digoreng)
4 biji tomato (dipotong 4 dan digoreng)
5 labu bawang merah (digoreng)
5 ulas bawang putih (digoreng)
1 inci belacan 1 (dibakar)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk semua bahan dan masukkan semua bahan ke dalam kuali dan digoreng lagi sehingga naik minyak.
2. Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula. Kacau sampai masak.
INFO
Sambal ni boleh tahan 3 hingga 4 hari tanpa simpan dalam peti sejuk. Kalau simpan dalam bahagian chiller 3 hingga 4 minggu pun masih okay. Korang cuma perlu pastikan, tumis cilinya sehingga betul-betul masak.
Resipi oleh Pn Nj dari Telegram KakiMakan