Menu ni kalau buat gerenti anak-anak suka.Ia mudah, cepat dan anak-anak pasti akan makan.Nutrisi pun boleh kata seimbang. Kalau nak sihat lagi, gunakan ayam tidak terproses.Bila makan rangup nugget bersatu dengan timun dan kulit wrap pun sedikit rangup, memang puas hati makan. Dalam tetap juicy.Wrap ni tak mudah terburai.
Syaratnya isi jangan basah sangat dan ikuti tip yang dikongsi.Ini tip macam mana nak elak wrap terburai.
Wrap Nuget Ayam
Bahan-bahan: 2 orang makan
2 keping kulit wrap
4 biji nugget Ayam
1 batang timun kecil
4 biji tomato ceri
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar mentega kacang
Cara membuat:
1.Nugget ni kita masak dalam airfryer sahaja. 5-10 minit suhu 180-200°C,
terbalikkan, dan ulang satu pusingan lagi. Agak-agak sampai nugget tu benar-benar masak.
2.Sementara nak tunggu nugget masak, kita potong sayur-sayuran.Sayur yang lazimnya saya letak adalah timun, tomato, romaine lettuce, kerana sayuran ni tak pahit.Anak-anak akan makan.
3.Nugget ayam yang dah masak perlu di potong dadu atau jejari macam ni. Kalau tak potong sukar nak balut wrap kita nanti.
Ads
4.Sapukan mentega kacang. Saya letak mentega kacang agar nanti sayur dan nugget tu tak mudah jatuh semasa hendak dimakan.Isi akan melekat pada wrap. Itu trik agar makan dan berkecah.
5.Susun cebisan nugget dan sayur-sayuran di atas mentega kacang.InsyaAllah masa balut pun nanti, isi wrap ni akan duduk diam, tak menggelongsor ke sana ke mari.
6.Letak mayonis dan sos cili. Kalau ada sos keju, boleh letak.Kalau nak letak gajah pun pun dipersilakan. Kalian yang nak makan,kan? Letaklah apa yang kalian suka.
7.OK balut. Calit sedikit hujung wrap tu dengan mentega kacang sebagai pelekat.
8.OK, belum siap. Ada lagi langkah yang kita belum buat. Kalau makan sekarang,
kulit wrap ni masih mudah terburai keluar isi perut dia. Jadi kita lakukan langkah kontigensi.
9.Masukkan semula dalam airfryer. Pastikan bahagian yang bertindih tu, menghadap ke bawah.Kalau hadap atas, masa kita airfry, dia akan ternganga. Airfry 200°C untuk 3-4 minit.
10.Terbalikkan. Ulang lagi 3-4 minit atau sampai ada kerangupan sedikit pada kulit wrap.
Bila dah rangup sikit, maka ia tak akan terbuka dah. Bentuk dia dah tetap.
11.Dah siap. Saya ada tambah sedikit lagi sayur dan sos itu atas bukaan wrap tadi supaya lebih penuh,meriah dan menyelerakan. Hidanglah dengan apa-apa sos kesukaan kalian. (Jangan sos tiram)
Sedapnya Kerepek Ngaku @ Arrowhead ni. Bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina, Ngaku @ Arrowhead ni memang banyak di jual di pasaraya. Ia merupakan salah satu snek kudapan wajib ada. Berbentuk bulat dan sedikit bertangkai, Ngaku biasanya dijadikan kerepek. Memang sedap. Nak cuba buat Kerepek Ngaku secara homemade? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Cik Rain II ni. Rasanya rangup, lemak-lemak manis memang sedap. Bagi penggemar kerepek, anda pasti suka akan rasanya. Cubalag. Memang mudah resipi ni. Selamat mencuba!
RESIPI KEREPEK NGAKU / ARROWHEAD YANG MUDAH, SEDAP & RANGUP
CARA MEMASAK: 1. Kupas kulit ngaku dan cuci bersih. Kemudian toskan ngaku hingga kering dan tiada air menitik.
2. Panaskan minyak dalam jumlah yang banyak. 3. Ambil ngaku tadi dan sagat ke dalam minyak. 4. Bila ngaku sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
6. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam balang kedap udara.
INFO: Sagat terus Ngaku dalam minyak. Jika disagat awal dan kemudian dibasuh, kepingan ngaku akan melekat sama sendiri dan tidak terlerai masa digoreng. Hasilnya, kerepek jadi tidak rangup.
Terasa nak makan sate ayam & sate daging tapi nak resipi versi mudah? Sesuai sangat cuba resipi perkongsian saudari Riena Eris ni. Sedap, cepat dan tidak menggunakan banyak bahan. Adun serbuk je dah boleh perap. Jom cuba. Anda dan keluarga pasti suka.
CARA MASAK SATE AYAM & SATE DAGING SEDAP GUNA AIR FRYER
CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan kisar. Kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain dan sebatikan.
2. Bahagikan bahan kepada dua untuk ayam dan daging.
3.Perapkan semua bahan tadi bersama isi ayam dan daging yang sudah dipotong kiub. Sebatikan perap semalaman dalam peti sejuk. Lagi lama diperap lagi sedap.
4. Cucuk isi ayam dan daging pada lidi dan bakar dalam air fryer pada suhu 180-200c selama 40 minit.
Air perapan sate tadi jangan dibuang. Boleh guna untuk masak kuah kacang.
BAHAN KUAH KACANG
Air perapan sate
10 tangkai cili kering – dikisar & tumis
1 batang serai – ketuk
Kacang tanah secukupnya – goreng & kisar
Air asam jawa secukupnya
Garam & gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tumis cili kering kisar bersama serai hingga masak dan masukkan air perapan sate, kacang tanah kisar dan air asam jawa.
2. Masak sampai pecah minyak perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
3. Angkat dan nikmati bersama sate.
TIP:
Satukan madu, air, minyak dan sedikit serai. Sapu pada sate masa bakar untuk dapatkan hasil sate yang berkilat.
Anak-anak kalau dihidang dengan kentang goreng memang suka sangat. Letak sepinggan pun boleh habis. Kalau beli yang ‘readymade’ tu kandungan garam dengan lemak agak tinggi tidak baik untuk kesihatan.
Nak buat kentang sendiri ni pun ada tipnya. Selalu bila buat sendiri kentang tu jadi lembik walau baru lepas angkat. Boleh ikut tip ini.Boleh dinikmati dengan sos pilihan anda.
Kentang goreng
Bahan-bahan:
Kentang
Serbuk roti
Tepung serbaguna bestari
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1.Masa beli kentang pilih kentang yang permukaannya baik dan licin menandakan kentang ni baru, tak lembik dan segar.
2.Kupas dan potong ikut saiz yang kita nak.
3.Rebus kentang seketika jangan terlalu lama. (Agak-agak menggelegak angkat) Kalau hirisan tebal, rebus jika tak boleh je skip step ni.
4.Angkat dan sejukkan di dalam air beserta ais dalam 5 minit.
5.Toskan air. pastikan kentang kering atau tidak terlalu banyak air.
6.Kemudian gaul dengan tepung Bistari dan serbuk roti sehingga melekat. Dan goreng secara ‘deep fried’.
7.Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.