Haa kalau nampak bungkusan putih dalam kuah sup jangan dibuang pulak. Ni bukan barang santau atau ‘black magic’, hehehe.

Sup bunjut tulah jadi ‘killer’ rasa sup yang sedap melampau tu. Benda boleh jimat, kita jimat ajelah. Ada juga orang buat sup tak guna sup bunjut. Cuma letak rempah empat sekawan gitu aje.

Bagi pemilik resipi Nana Ismail, ‘feeling’ sup kurang menyengat kalau takde sup bunjut ni. Ok lah ini dia ramuannya, buat sendiri lagi segar lagi jimat.
Inilah ramuan yang dibuat sendiri, barulah betul-betul homemade kuah sup tu.

Ads

SUP BUNJUT

Yang Berbalut Kain Putih Tu Sup Bunjut Tau. Bukan ‘Guna-guna’, Hehehe…
.

BAHAN-BAHAN ( UNTUK 1 BUNJUT):

Ads

Yang Berbalut Kain Putih Tu Sup Bunjut Tau. Bukan ‘Guna-guna’, Hehehe…
.

  • 1 sudu teh ketumbar biji
  • 2 ruas bunga lawang
  • Secubit jintan manis
  • 2-3 kuntum bunga cengkih
  • Tak sampai ½ inci kulit kayu manis
  • 5-6 biji lada hitam
  • 2 inci persegi kain putih (kain kasa jarang)

Yang Berbalut Kain Putih Tu Sup Bunjut Tau. Bukan ‘Guna-guna’, Hehehe…
.

Ads

CARA-CARA MEMBUAT:
1. Kayu manis dan bunga lawang dipatahkan serta diketuk lebih kecik.
2. Bahan yang lain tumbuk kasar je sebab nak naikkan aroma menyengat tu.
3. Bentangkan kain putih yang siap dipotong
4. Tuang semua ramuan dan diikat kemas dengan benang putih.
5. SIAP!

Kredit-Nana Ismail
FB : Dapur resepi pikat selera

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI