Masakan Chinese Style yang ringkas tapi penuh dengan bahan-bahan menarik. Hidangan mi berkuah mempunyai rasa ringan dan jika hendak rasa pedas boleh sediakan cili potong kicap.
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket yee mee
- 3 sudu makan minyak masak
- 3 ulas bawang putih ] dicincang
- 200gm ayam ] dihiris
- 100gm udang basah ] dibuangkan kulit
- 1 keping kek ikan ] dipotong nipis
- 1 cawan air rebusan ayam
- 1 sudu makan lada sulah
- 1 sudu makan sos tiram
- 100gm lobak merah ] dipotong kecil dan panjang
- 100gm brokoli ] dipotong
- 100gm bunga kubis ] dipotong
- 2 sudu makan tepung jagung ] dibancuh dengan air
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga agak wangi dan masukkan ayam, udang dan kek ikan.
- Masukkan air rebusan ayam, air, lada sulah, sos tiram, dan lobak merah.
- Masukkan tepung jagung yang telah dicampurkan air dan kacau rata supaya tidak bergentel.
- Campurkan brokoli dan bunga kubis. Perasakan dengan garam secukupnya. Tutup api dan kacau.
- Tuang kuah ke atas yee mee dan hidangkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Jenis Menu Bajet Tapi Special & Sedap Dibuat Tika Hujung Minggu.
Hidangan berasaskan ayam, daging, ikan dan makanan laut lain untuk sajian makan tengahari bersama keluarga. Rasa kongsikan 5 jenis menu yang kamu boleh sediakan di hujung minggu atau hari bekerja.
DAGING MASAK MERAH ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging | direbus bersama pewarna merah
- 1 biji bawang besar | hiris bulat
- 3 ulas bawang putih |kisar
- 5 ulas bawang merah |kisar
- 2.5cm halia | kisar
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan sos tomato
- 1/2 biji lada benggala hijau
- Sedikit air
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Tumis bahan kisar sehingga naik bau wangi.
- Masukkan daging dan sedikit air. Kacau sebati dan biar mereneh.
- Masukkan sos tomato, sos cili dan sos ikan. Akhir sekali masukkan cili benggala. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Jika anda suka kurang masin, tidak perlu masukkan garam kerana sudah ada sos-sos yang memberikan rasa pada masakan.
AYAM HALIA LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 300gm ayam |bersihkan dan potong
- 1 biji bawang besar | potong wedges
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 5 ulas bawang merah |kisar
- 5cm halia | hiris nipis
- 1 sudu makan lada hitam tumbuk kasar
- 2 sudu makan sos tiram
- 50gm daun bawang
- 50gm lobak merah
- Sedikit air
- Gula secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Tumis bahan kisar dan halia sehingga naik bau Masukkan ayam dan sedikit air. Kacau sebati.
- Masukkan sos tiram dan lada hitam tumbuk.
- Akhir sekali masukkan lobak merah, bawang besar dan daun bawang yang telah dihiris. Gaul sekata.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih panas.
SAMBAL IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
- 3 keping isi ikan tongkol | bubuh garam kunyit dan goreng
- 1 biji bawang besar | hiris bulat
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 8 ulas bawang merah | kisar
- 6 biji cili merah |kisar
- 1 batang serai |titik
- 4 biji cili padi |kisar
- 2 biji tomato |belah empat
- 1 keping asam keping
- Gula dan garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga terbit bau.
- Masukkan cili, tumis sampai garing
- Masukkan pula ikan yang sudah digoreng tadi dan sedikit air.
- Masukkan asam keping, diikuti dengan gula dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan bawang besar hiris dan tomato. Gaul sebati.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Jika tidak suka terlalu pedas, tidak perlu masukkan cili padi.
AYAM PANGGANG KETUHAR
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam saiz sederhana
- 1 batang seleri |potong empat
- 1 sudu teh herba thyme
- 1 sudu teh rosemary
- 1 biji bawang besar |belah dua
- Beberapa tangkai daun parsli
- 1 helai daun bay
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos Lea & Perrins
- 4 ulas bawang putih |tumbuk halus
- 1-2 sudu teh serbuk brown sauce (untuk membuat sos)
- Sedikit tepung jagung/ gandum (untuk membuat sos)
CARA MEMASAK:
- Perapkan ayam bersama rosemary, thyme, sos tiram, sos Lea & Perrins, lada hitam, bawang putih dan garam.
- Sumbatkan hirisan seleri, parsli, separuh daripada bawang besar di dalam perut ayam. Perap di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
- Kemudian, keluarkan ayam dan bakar selama 1 jam atau lebih mengikut cita rasa pada suhu 200 C. Sapukan mentega dua atau tiga kali di permukaan ayam sehingga masak dan kulitnya garing.
- Apabila ayam masak, rehatkan buat seketika. Ketepikan.
- Untuk membuat sos; lebihan jus ayam yang dipanggang tadi diambil dan campurkan bersama baki bawang besar yang dihiris, seleri, parsli yang telah dipanggang dan daun bay.
- Masak kesemua bahan di dalam kuali dan campurkan brown saucedan sedikit tepung untuk memekatkannya. Boleh juga ditambahkan sedikit air mengikut cita rasa anda.
- Angkat dan tapis, ambil jusnya sahaja.
- Hidangkan bersama kentang rebus dan sayur-sayuran mengikut cit rasa masing-masing.
Info chef: Selepas sos ditapis, masukkan sedikit mentega ke dalam sos agar lebih sedap dan sos nampak berkilat cantik.
AGLIO E OLIO
BAHAN- BAHAN:
- 70gm spageti |rebus dan toskan
- 2 ulas bawang putih
- 2 ekor sotong |buang kulit dan dipotong bulat
- 4-5 ekor udang | buang kulit
- 10 ekor kupang segar atau 100gm isi kupang
- 2 tangkai daun parsli |cincang kasar
- 1 sudu teh herba cajun
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 4 biji buah zaitun hitam jeruk
- 1 sudu teh ikan bilis
- Lada hitam dan garam secukupnya
- Sedikit air untuk melembapkan
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih bersama minyak zaitun sehingga naik bau dan masukkan tomato, serbuk ikan bilis, herba cajun, lada hitam, buah zaitun, garam dan sedikit air.
- Masukkan kupang, sotong dan udang. Biar masak seketika kemudian barulah masukkan pula spageti yang telah direbus dan daun parsli. Gaul rata sehingga masak.
- Hidangkan dengan serbuk keju parmesan dan lemon jika suka.
- Sedia dihidangkan.
Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh juga taburkan cili api yang dicincang halus.
Kredit resipi: Terima kasih Chef Niko
Cara Masak Sizzling Yee Mee Homemade Guna Kuali Biasa.
Biasanya kalau rasa nak makan Sizzling Yee Mee, kena ke kedai sebab dekat rumah tak ada hot plate. Tapi rupanya, walaupun tak ada benda tu, boleh je masak Sizzling Yee Mee homemade yang sedap. Menerusi resipi perkongsian saudari Tuan Adriana Arissa, beliau hanya guna kuali biasa je. Hasilnya memang sedap dan tak perlu dah makan di kedai lagi. Jom cuba!
RESIPI SIZZLING YEE MEE
BAHAN-BAHAN ( sukata 3 orang makan):
- 3 gulung yee mee
- 5 ulas bawang putih – dicincang halus
- 1/2 inci halia – dicincang halus
- Ayam – dipotong kecil
- Cendawan shitake kering @ basah
- 5 biji cili kering – dipotong-potong
- 4 sudu makan sos tiram
- 3 sudu makan kicap cair
- 3 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 sudu makan minyak bijan
- 1 ketul kiub ayam
- 2 @ 3 sudu makan tepung jagung (tambah sedikit air)
- Minyak untuk menumis
- 4 cawan air @ lebih
CARA MEMASAK:
1. Masukkan minyak bijan dan minyak masak. Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
2. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
3. Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam.
5. Biarkan mendidih dan ayam masak. Masukkan cendawan. Biarkan 2 – 3 minit.
6. Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
7. Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Ulang langkah 6 untuk hidangan yee mee yang lain.
INFO:
1. Kalau guna plate sizzling, kena faham bahawa plate tu dibuat daripada besi. Jadi kalau dibiarkan basah atau lembab akan menyebabkan plate berkarat. Kalau dah berkarat, jangan buang sebaliknya cuci bersih sehingga hilang semua karatnya.
2. Cara nak mengelakkan plate besi tu dari berkarat ialah, selepas digunakan terus dibasuh dan terus panaskan di atas api hingga plate benar-benar kering dan sejukkan. Barulah disimpan di tempat yang kering.
Kredit resipi & foto: Tuan Adriana Arissa
Tiga Gaya Masak Kuey Teow Popular, Adik-adik Pun Boleh Belajar Masak
Nak masak apa hari ini, asyik nasi aje bosan gak. Jom goreng kuew teow atau nak masak berkuah pun best gak.Kuey Teow ni memang sedap kalau masak taruh kicap kan.
Jom kita cuba tiga resipi ini… Adik-adik dan anak-anak pun boleh cuba belajar masak resipi kuew teow ini senang aje.
KUEY TEOW LADNA
Bahan-bahan :
- 4 paket kuey teow (leraikan)
- 2 sudu sos tiram
- 1/2 cawan kicap lemak manis
- 1 sudu sos ikan
- Sedikit air
Bahan Kuah:
- 6 ulas bawang putih (cincang halus)
- Sedikit minyak untuk menumis
- 1 cawan isi ayam hiris
- 1 cawan daging (dah direbus empuk dan hiris)
- 1 paket serbuk mee sup
- Air secukupnya (dalam 3 ke 4 cawan)
- 2 biji telur
- 2 sudu sos ikan
- 1 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
- Sayuran pilihan (cendawan hitam yang direndam sampai kembang dan digunting, kailan, kobis cina, carrot dan cendawan enoki)
- 3 ke 4 sudu tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air
CARA MEMASAK :
1. Mula-mula buat kuey teow dulu. Panaskan kuali, masukkan semua kuey teow.
2. Gaul kicap, sos tiram dan sos ikan dan tuangkan kedalam kueyteow. Kacau guna api kecil sampai semua sebati dan hampir masak.
3. Tutup api, angkat.
4. Sekarang buat kuah. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga keperangan dan naik bau.
5. Masukkan ayam dan daging. Kacau.
6. Masukkan air. Tambah serbuk mee sup, carrot dan batang kailan.
7. Perasakan dengan sos ikan. Kacau dan biar mendidih.
8. Masukkan cendawan hitam. Kacau.
9. Bila semua sudah mendidih, masukkan kailan dan kobis cina yang dipotong.
10. Tambahkan telur. Kacau perlahan.
11. Masukkan air tepung jagung dan kacau sampai pekat dan mendidih. Tutup api.
12.Tuang kuah atas kuey teow. Makan dengan cili potong dan sos ikan.
13. Siap.
Kredit: Kuali Mama
KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE
by sue
BAHAN-BAHAN :
(A)
- 1/2 kg kuey teow
- 3 biji telur – pukul hancur sahaja
(B)
- 5-7 ulas bawang putih – cincang halus
- Udang dan sotong jika suka
- minyak secukupnya untuk menumis
(C)
- 1/2 sdm sos tiram
- 1/2 sdt kicap cair
- 1sdt kicap pekat manis – Sue tambah
- 1/2 sdt kicap pekat – untuk warna sahaja
- 1/2 sdt pitis otak udang – Sue tambah
- 1 sdm sos cili – Sue tambah
*Satukan sebati* - Tauge secukupnya
- Daun kucai jika suka
CARA MEMASAK :
1) Tumis bahan (B), bawang dahulu sehingga kuning dan masukan udang. Biarkan sekejap sehinnga udang bertukar warna.
2) Kemudian masukan bahan (A) kuey teaw terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehinnga telur kering.
3) Kemudian masukan bahan (C) dan goreng lagi sehinnga sebati pada mee dan akhir sekali masukan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.
*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teaw tidak hancur*
kredit: Sue
FB : Pesan Bonda
KUEY TEOW TH’NG..
BAHAN-BAHAN :
Bahan sup ayam :
- Isi ayam dan rangka ayam
- Bwg putih 4biji(ketuk)
- Halia 3 inci(ptong nipis)
- Sengkuang 1biji kecil@gula batu(ptong nipis)
- Kiub pati ayam (2 kiub)
- 4 sekawan
- Fish ball n fish kek
- Garam
- 5 sudu minyak bawang butih goreng
CARA-CARA MEMASAK :
1. Rebus semua bahan di atas sampai masak dan angkat tos kan isi ayam, fish boll n fish kek.. Biar kuah dgn api perlahan selama 10 minit siap.
Bahan hiasan :
- Isi ayam koyak nipis
- Fish kek n fish boll potong nipis
- Daun sup dan daun bwang
- Taugeh mentah
- Bawang putih goreng
- Kuey teow kecik @ besar
Bawang putih goreng
2. 4 labu bwg putih potong dadu klu malas tumbok ja.. Goreng dgn minyak banyak sampai garing siap.
Bahan cabai kicap:
- Cili padi 1 gengam
- Bawang putih 4 biji
- Limau 2 biji
- Kicap manis
- Sedikit belacan
CARA MEMASAK :
3. Goreng semua bahan diatas separuh masak masak dan kisar , dah siap
Kredit : nurul huda mustaffa
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :