
Yee mee rasanya kenyal sedikit berbanding mi kuning. Sedap tau makan yeemee ni. Cita rasa tomyam pula membangkitkan selera. Haruman bau bunga kantan turut menjadikan rasanya lebih sedap. RASA berikan resipinya untuk anda.
YEE MEE TOMYAM

BAHAN TUMBUK
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
100 gram sotong
100 gram jejari udang
3 sudu besar pes tomyam
Tomato ceri secukupnya
1/2 batang lobak merah (potong kecil)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
100 gram yee mee
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan sotong, jejari ketam dan pes tomyam.
3. Masukkan sayur dan masak selama 2 minit.
4. Masukkan air dan garam. Kacau seketika.
5. Masukkan yee mee dan goreng sehingga yee mee lembut.
6. Sedia dihidang.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Murtabak Maggi Paling Mudah, Campur-Campur Je Dah Siap

Terasa nak makan Murtabak Maggi? Nah… Ni ada resipi yang sangat mudah yang anda boleh cuba buat sendiri di rumah.
Murtabak Maggi ini anda boleh olah menggunakan apa sahaja bahan yang ada dalam peti sejuk. Nak guna daging, ayam, udang, isi ikan. Semuanya boleh. Jika tiada, nak letak sosej, crabstick, fishball atau fishcake pun tidak mengapa. Sedap juga rasanya.
Paling penting, kena ada telur yang cukup. Jika telur tidak padan dengan mi segera, bentuknya akan jadi tidak cantik dan mudah hancur. Tak jadilah bentuk murtabaknya.
Jom cuba resipi perkongsian saudari Siti A’isah Bt Sardi ni. Oh ya..kalau anak-anak tak makan pedas, gunalah mi segera berperisa ayam atau jika nak lebih menyengat, boleh letak hirisan cili padi. Pasti padu!
CARA MASAK MURTABAK MAGGI PALING SEMPOI TAPI SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- 4 bungkus mi segera perisa kari – beli online disini
- 1 biji bawang besar – potong dadu – beli online disini
- 1 biji ubi kentang – potong dadu – beli online disini
- 1 batang lobak merah – potong dadu
- Hirisan daun sup – boleh letak cili hiris
- Isi ayam – potong kecil (nak letak daging atau udang pun boleh)
- 4 biji telur
CARA MEMASAK:
1.Didihkan air, celur mi segera hingga lembut. Kemudian buang air dan toskan.
2.Dalam mangkuk bersesuaian, satukan semua bahan di atas (kecuali telur).
3.Masukkan perencah mi segera kemudian gaul sehingga sebati. Pastikan perench tidak berketul.
4.Masukkan telur dan gaul sebati.
5.Panaskan kuali leper atau pemanggang ajaib kemudian masak mi segera tadi guna api kecil hingga masak.
6.Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Siti A’isah Bt Sardi
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Nak Buat Sendiri Mi Kolok Boleh Saja, Dua Jenis Kicap Ini Kena Ada

Sekali rasa mi kolok, selalunya akan teringat-ingat kesedapan hidangan dari Sarawak ini. Cumanya di semenanjung memang tak banyak kedai yang menjual hidangan mi ini.
Jadi cara nak merasai lagi keenakan mi kolok ini adalah dengan membuatnya sendiri. Tapi sebelum buat, beli siap-siap mi kolok ini secara online. Mi ini memang tak dijual di kedai biasa.
Untuk cara membuatnya boleh ikut cara Fatyn Nur Syahira. Katanya resipi mi kolok ini diambil dari peniaga di Pasar Satok, InshaAllah, sedap puas hati.
Buat sendiri mi kolok

Bahan untuk mi
Mi kolok (sebungkus boleh makan 4 orang)
Kicap manis
Kicap pekat ABC
Minyak masak
Bawang merah
Bahan untuk sup dan hiasan
Sup bunjut
Daging
Tauge
Daun sup
Cili merah besar
Bahan untuk cili kicap:
Cili padi
Bawang putih

Cara membuat
1. Hiris bawang merah dan goreng hingga garing. Ketepikan.
2. Celur mee sampai lembut. Angkat dan toskan. Bila dah kering air letak dalam mangkuk besar. Tuangkan kicap kipas udang, kicap mudim dan bawang goreng tadi ke dalam mee kolok. Kauntiti kicap hanya untuk mi nampak hitam saja. Gaul sebati. Ketepikan dulu!
3. Rebus daging dengan sup bunjut sampai empuk. Perasakan garam dengan serbuk cukup rasa. Siap untuk sup.
4. Tos daging dan potong.

5. Kisar cili padi 10 biji dan bawang putih 5 biji. Panaskan periuk, letak minyak dalam 3 sudu kemudian tumis sampai masak. Tuang kicap dalam 7 sudu sampai agak gelap . Perasakan garam dengan gula secukup rasa. Boleh lebihkan gula baru kick. Siap untuk cili kicap!
6. Akhir sekali masukkan mi yang dah siap celur tadi dalam mangkuk. Letak hirisan daging, daun sup, tauge celur, cili besar dengan cili kicap . Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba.
Sumber: Fatyn Nur Syahira
Hmmmm…Sedapnya Bihun Sup Tulang Power!

Jika tidak menggunakan pressure cooker pastikan tulang direbus selama sekurang-kurangnya 2 jam untuk memastikan tulang betul-betul lembut dan lerai dengan sempurna.
BAHAN-BAHAN:
- 1kg tulang dan daging.
- 1 bungkus bihun
BAHAN REMPAH TUMIS:
- 2 batang kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 3 biji bunga lawang
- 3 tangkai cengkih
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 3 biji buah keras
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu makan lada hitam
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh jintan putih
- ½ batang lobak merah | potong dadu besar
- 2 biji kentang sederhana besar | potong dadu besar
- Tomato | potong 4
BAHAN SAMBAL CILI:
- 4 sudu besar serbuk cili | dibancuh dengan sedikit air
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 3 ulas bawang merah | dikisar
- ½ biji bawang besar | dikisar
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIASAN:
- 200gm lobak masin | dicelur
- 2 tangkai daun bawang
- 3 tangkai daun sup
- Bawang goreng
CARA MEMASAK SUP:
- Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk
- Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak
- Masukkan tulang, kacau dan biar sebentar.
- Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.
- Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.
- Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa
- Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.
CARA MEMASAK SAMBAL CILI:
- Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah di kisar, tumis sehingga naik bau.
- Masukkan bancuhan serbuk cili dan masak sehingga pecah minyak.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, lebihkan sedikit gula untuk rasa yang lebih sedap.
CARA CELUR BIHUN SUP:
- Rendam bihun di dalam air yang di campur dengan satu sudu serbuk kunyit selama satu jam
- Apabila bihun sudah lembut tapis dan celurkan di dalam air yang panas mendidih selama beberapa minit, jangan terlalu lama kerana bihun akan menjadi lembik.
- Kemudian bilas dengan air bersih.
- Hidangkan bihun bersama bahan hiasan dan sup.

