Yee mee rasanya kenyal sedikit berbanding mi kuning. Sedap tau makan yeemee ni. Cita rasa tomyam pula membangkitkan selera. Haruman bau bunga kantan turut menjadikan rasanya lebih sedap. RASA berikan resipinya untuk anda.
YEE MEE TOMYAM
BAHAN TUMBUK
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
100 gram sotong
100 gram jejari udang
3 sudu besar pes tomyam
Tomato ceri secukupnya
1/2 batang lobak merah (potong kecil)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
100 gram yee mee
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan sotong, jejari ketam dan pes tomyam.
3. Masukkan sayur dan masak selama 2 minit.
4. Masukkan air dan garam. Kacau seketika.
5. Masukkan yee mee dan goreng sehingga yee mee lembut.
6. Sedia dihidang.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikut Resipi Arwah Mak, Ini Cara Buat Rojak Mee Terlajak Sedap
Makanan yang dimasak sendiri di rumah, memang sedap dan ada aura air tangan sendiri.
Resipi rojak mee yang dikongsi SuiSan Aliezsha ini, yang diajar arwah ibunya dahulu.
ROJAK MEE
BAHAN HIASAN:
Tauhu putih | digoreng & dipotong-potong
Kentang rebus | rebus, toskan & potong
Telur rebus
Tauge
Lada besar | dihiris – beli online di sini
Timun | dihiris
Mee kuning
TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live
TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
BAHAN KUAH:
1 paket biskut marie | patah-patahkan (saya guna cap ping pong) – beli online di sini
3 biji kentang rebus | dikisar
Cili kering – beli online di sini
Udang kering – beli online di sini
3 ulas bawang putih – beli online di sini
*cili kering, udang kering & bawang putih dikisar bersama
2 sudu besar tepung jagung – beli online di sini
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA-CARA:
1. Tumis sedikit minyak, masukkan bahan kisar. Masak sehingga naik minyak
2. Masukkan air, selepas mendidih masukkan kentang yang dikisar. Kacau-kacau.
3. Masukkan biskut marie, kacau sehingga biskut hancur. Masukkan tepung jagung. Pastikan gula, garam secukup rasa. Kacau rata.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
UNTUK KUIH ROJAK:
2 senduk tepung gandum – beli online di sini
2 sudu besar yis – beli online di sini
Daun kucai (tak ada pun tak apa)
CARA-CARA:
1. Satukan tepung, yis dan secubit garam. Jangan bancuh terlalu cair.
2. Masukkan kucai, perap dalam beberapa minit kemudian goreng. Saya goreng menggunakan hujung sudip untuk dapatkan kuih rojak yang panjang-panjang. Nak goreng cara apa pun tak kisah.
Kredit resipi: SuiSan Aliezsha
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Dijamin Menjilat Jari, Resipi Miang Pla Pao Versi Diet & Sos Hijau Thai
Cara Buat Pai Epal Simple & Mudah, Sesuai Untuk Bekal & Berkelah
Ini Caranya Nak Buat Baked Macaroni With Meatball Yang Mudah & Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Paprik Ayam Resipi Sedap Untuk Berbuka. Mudah DiMasak
Paprik ayam yang dikongsikan wirawati negara ini cukup istimewa sekali. Penggunaan tiga sos iaitu sos cili, sos tiram, sos tomato dan kicap memberikan rasa sedap yang padu.
Ada pulak ramuan sayur-sayuran lobak merah , jagung muda dan bunga kubis, memang cukup berkhasiatlah. Jom cuba cepat dimasak, sedap dimakan
RESEPI PAPRIK AYAM
BAHAN-BAHAN :
6 ketul Ayam | boleh guna bahagian kepak dipotong kecil
Bahan A (dikisar semua dengan sedikit air):
👉 1 biji bawang merah besar
👉 3 ulas Bawang putih
👉 6 tangkai cili kering (rendam dgn air pnas)
Bahan B :
👉 2 sudu mkn sos cili
👉 2 sudu mkn sos tiram
👉 1 sudu mkn sos tomato
👉 2 sudu mkn kicap manis utk pewarna
BAHAN C:
👉 1 batang lobak merah
👉 bunga kobis (ikut byk mna nk letak) sy xda bunga kubis jd sy pkai brokoli😂
👉 2 batang Baby corn (anak jagung muda)
👉 2 batang serai dititik
👉 4 helai daun limau purut (buang urat tgh)
👉 2 tangkai cili padi merah (diketuk atau belah tgh)
👉 2 tangkai cili padi hijau (diketuk atau belah tgh)
👉 1 biji bawang holland potong bulat @ potong ikut suka😂
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan A dgn sedikit minyak sehingga masak @ pecah minyak, masukkkan semua bahan B tambah sedikit air.
2. Kemudian masukkan ayam. Biarkan didih sekejap, kemudian tmbahkan perisa garam, gula n ajinomoto(optional) secukup rasa biarkn menggelegak dulu.
3. Agak ayam dh separuh masak, baru masukkn semua Bahan C sayur, serai dan daun limau purut yg dibuang urat tengah.
4. Biarkan menggelegak seketika, kemudian masukkan bawang holland dan cili padi. dah masuklan semua bahan, biarkan bersatu dlm kuali dan biarkn semua mengelegak dlm 3 ke 4 minit.
5. Jangan masak lama² nanti sayur terlampau layu jadi tak sedap.. dah boleh tutup api.. siap blh hidang..
Kredit: wirawati negara
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO MASAK INI :
DAN JUGA RESIPI INI:
Sajian Mudah Berasaskan Mi, Pilihan Tetamu Di Majlis Rumah Terbuka!
Menyediakan hidangan untuk sajian rumah terbuka berasaskan mi dan bihun semestinya menjadi hidangan paling popular untuk disediakan. Malah hidangan ini menjadi pilihan tetamu. Chef Obie berkongsi 4 resipi untuk kamu cuba jika membuat majlis rumah terbuka nanti. Hidangan ini juga sesuai dimasak untuk majlis ‘potluck raya’ di pejabat.
BEE HOON GORENG PERANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket Bee Hoon Perang | direndam dan toskan
- 7 ulas bawang putih | dicincang
- 5 biji shallot | dimayang
- 1 sudu makanserbuk lada sulah
- 1 sdt serbuk lada hitam
- 4 biji tomato | hiris atau dadu
- Daun ketumbar secukupnya
- Daun sup secukupnya
- Hirisan kobis sedikit
- 1 ssudu makan stok ayam
- 3/4 sudu makan garam bukit
- 3/4 sudu makan gula perang
- 3/4 cawan air
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak, tumis bawang putih dan shallot hingga wangi, masukkan air. Biar mendidih.
- Masukkan bee hoon perang, stok ayam, garam bukit, gula perang, lada sulah, lada hitam. Gaul mesra.
- Masukkan tomato, kobis, daun ketumbar dan sup. Kacau hingga bee hoon masak.
Siap utk dihidang.
MI HAILAM
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 paket mi kuning
- 8-10 ekor sotong/udang | potong nipis
- 1 keping fish cake
- 200 gm sawi hijau
- 100 gm kobis
- 3 sudu makan kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil kicap karamel
- 1 ketul kiub ayam
- 4 ulas bawang putih | ketuk
- 4 ulas bawang merah | hiris
- 3 sudu besar minyak
- 1 cawan air
- 1 sudu tepung jagung | bancuh dengan air
- Garam dan gula secukupnya
- 1 sudu kecil minyak bijan
CARA MEMASAK:
1. Celurkan Mee Kuning.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
3. Masukkan air, sotong dan fish cake. Biarkan sehingga lembut. Masukkan mi kuning.
4. Masukkan kicap cair dan karamel, sos tiram dan kiub ayam. Kacau rata. Masukkan pula sayur kubis dan sawi.
5. Perasakan dengan garam. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung dan angkat.
6. Akhir sekali letak satu sudu kecil minyak bijan atas permukaan mi hailam dan hidangkan.
MI REBUS JOHOR
BAHAN-BAHAN:
- 350gm Keledek oren | direbus dan kisar
- 5 sudu makan udang kering
- 3 sudu makan jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 180gm udang sederhana
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 2 biji bawang merah | dikisar
- 500gm tulang/ daging tetel lembu/daging lembu | direbus ambil air rebusan 2liter
- 2 sudu makan taucu
- 1 batang serai | diketuk
- 1 inci lengkuas | diketuk
- Gula dan garam sebagai perasa
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Tumiskan bawang merah, bawang putih, serai, udang kering sebentar, kemudian masukkan rempah kari kacau mesra dan masukkan air rebusan dan lengkuas.
- Apabila mendidih masukkan keledek,taucu, udang kacau hingga memekat, perasakan dengan gula dan garam.
- Siap untuk dihidang bersama bahan sampingan mi kuning, tauhu goreng, cili hijau, telur rebus, tepung goreng rangup.
MEE BANDUNG MUAR
BAHAN-BAHAN:
- 2 liter air rebusan daging | daging dihiris
- 200gm udang | size sederhana
- 4 sudu makan udang kering | dikisar
- ½ cawan cili | dikisar
- 1 inci halia tua | dikisar
- 3 biji bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- ½ cawan sos tomato
- 200gm keledek | direbus dan dikisar
- 100gm kacang tanah | digoreng dan dikisar kasar
- Sedikit sawi, lobak merah, buah tomato dan kobis
- Gula dan garam sebagai perasa
- Minyak secukupnya
- Telur
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak, masukkan air rebusan beserta hirisan daging dan udang biar mendidih, masukkan keledek, kacang tanah, sos tomato, kacau mesra, masukkan sayuran dan perasakan.
- Akhir sekali pecahkan telur dan matikan api. Siap untuk dihidang bersama mi kuning yang telah dicelur.
Kongsi resipi: INSTA FAMOUS: CHEF OBIE