Sepanjang tempoh PKP ini masing-masing tentunya menyediakan menu homemade buat keluarga. Dalam tempoh ini juga mengajar anda untuk berjimat dan menghargai setiap rezeki yang dikurniakan Allah. Jika sebelum ini banyak berbeli dan berbuang , mungkin dari boleh menjadi kreatif untuk menghasilkan menu buat keluarga.

Menjengah ke facebook Yna Sarina anda mungkin boleh mendapatkan idea untuk memasak pada setiap hari. Dia berkongsi resipi-resipi sepanjang PKP ini . Lebih 50 menu masakan bermula dari menu sarapan, tenghah hari dan minum petang dikongsinya.

Baginya sememangnya  masa PKP ni, kami luang  banyak masa bersama keluarga. Bercerita tentang macam -macam hal. “kami pun balik ke Kedah jarang-jarang, jadi menggunakan masa yang ada untuk keluarga dengan memasak makan buat mereka. Ia satu terapi buat saya memasak untuk suami dan mentua,” jelasnya.

Rutin harian sepanjang PKP

Di rumah mentua  ada tiga keluarga dalam rumah iaitu enam dewasa  dan lima kanak-kanak. Pastinya memasak dengan kuantiti yang banyak untuk kami makan bersama. Selesai solat subuh tugasan memasak sudah dimulakan.

Dalam jam 7 hingga 7.30 pagi  sarapan sudah tersedia. Dalam waktu begini, kadangkala anak-anak belum bangun lagi. Habis sarapan dalam jam 8.30 , selepas kemas-kemas rumah terus prepare untuk makan tengah hari.

 

“So bila prepare lunch, saya akan masak berdua dengan biras atau saya masak sorang. Dia akan jaga anak. Saya atau kami  berdua duduk dapur, anak-anak buat online homework. Jadi memang tidak mengganggu masa masak kami.

Memang sengaja masak pagi-pagi untuk lunch supaya tengah hari tidak kelam kabut. Jadi akan prepare 3-4 jenis lauk sekali untuk makan malam. Biasanya ambil masa untuk masak sekejap saja sebab saya memang tukang masak sebelum ni, jadi masak untuk 3-4 jenis lauk dalam masa satu jam sudah selesai,”kongsinya.

 

IKLAN

 

 

Selepas solat zohor kami makan bersama . Selepas itu berfikir pula menu untuk hi tea. “Biasanya saya akan Google resipi mudah atau ahli keluarga yang lain akan bagi idea nak masak apa. Minum petang di rumah ini adalah wajib. Sebenarnya saya bukan jenis orang yang suka buat kuih. Tapi time PKP ni, saya ambil peluang untuk belajar sesuatu yang baru. Bila kita buat dan menjadi, seronok itu datang sendiri. Bila seronok, kita jadi excited nak try buat yang lain pulak.

 

 

Biasanya kuih yang saya cuba buat hanya menggunakan barang yang ada di rumah. Bahan wajib ialah tepung gandum,” terangnya

Bila tengah hari sudah memasak banyak, jadi akan panaskan lauk siang. Andai kata lauk habis, akan masak benda yang simple contohnya  sambal sardin dan telur dadar atau buat nasi goreng. Lagipun makan malam tak cerewet sangat. Memadai makan apa yang ada sahaja.

 

Tip memasak dengan cepat:
1. Perasingkan bahan mentah
Biasanya kalau ketua keluarga keluar beli barang, saya akan cuci semua bahan mentah siap-siap. Senang Nanti nak ambil kalau nak guna.

2. Kisar cili kering
Kisar siap-siap. Nak Guna just ambil sahaja. Jangan la time  nak masak, time itu juga  nak rendam lada kering, nak kupas bawang. Bukan buat keje pejabat kena work smart. Buat keje dapur pun Sama.🤣🤭

Saya mmg Akan menggunakan masa seminima mungkin ketika berada di dapur kerana mempunyai anak yang masih kecil (1y5m & 3y3m)

3.Masak ikut turutan
Untuk jimatkan penggunakaan kuali/periuk, saya akan masak mengikut turutan. Satu kuali boleh masak tiga jenis masakan tanpa perlu membasuh.
CTH: masak sayur terlebih dahulu, kemudian ayam masak  merah dan akhir sekali kari daging. Jimat masa!

4. Rancang menu
Rancang menu sebelum masuk ke dapur. Jangan melanguk 15 minit baru nak fikir nak masak apa, dah bazir masa. So make sure, Kita tahu menu apa yang kita nak masak untuk hari ini

So siap cepat, sinki pun kemas! Selamat memasak .

 

Sambal Nasi Ayam Penyet. Sambal Ekspres, Jimat Kos.