Nasi Goreng Planta memang antara menu yang cukup popular di zaman kita masih kanak-kanak lagi bukan. Sampai ke hari ini, Nasi Goreng Planta masih menjadi kegemaran ramai. Dan ada mak-mak yang ‘menurunkan’ petua Nasi Goreng Planta kepada anak-anak mereka untuk ‘diwarasi.’
Setiap kali masak, memang habis licin. Boleh dikatakan kegemaran seisi rumah. Nasi Goreng Planta ada banyak versi. Jom kita cuba resipi Nasi Goreng Planta yang dikongsikan oleh Zana Mokhtar ini.
RESIPI NASI GORENG UDANG PLANTA
BAHAN-BAHAN:
Nasi
Udang
Bawang merah di tumbuk kasar –BELI SINI
Bawang putih di tumbuk kasar – BELI SINI
Cili merah di tumbuk kasar –BELI SINI
Sedikit cili api di tumbuk kasar – BELI SINI
Sos tiram –BELI SINI
Planta
Telur
CARA MEMBUAT:
1. Gunakan minyak sedikit bersama dengan planta. Masukkan bahan-bahan yang dikisar untuk menumis.
2. Selepas sudah naik bau, masukkan udang yang sudah dibuang kulitnya. Tumiskan dahulu.
3. Selepas itu letakkan sos tiram dan sedikit garam.
4. Biarkan seketika. Selepas itu masukkan telur.
5. Masukkan nasi dan gaulkan sekata. Biarkan seketika.
6. Angkat dan hidangkan.
Sumber kredit: Zana Mokhtar via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Goreng Guna Api Sederhana. Ini Rahsia Buat Karipap Kentang Sedap & Rangup
Masak Bubur Jagung Paling Ringkas Tapi Sedap, Guna Jagung Tongkol Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI