Bila tauke Pulut Kuning dan Rendang masuk dapur! Wow… Enak sungguh menu-menunya. Memang kena sangatlah masak untuk berbuka puasa.
Rugi kalau tak salin resipi yang Zarina Zainudin masak bersama Aril Pilus dalam Episod 11 Rasa Nostalgia Ramadan kali ini.
Bertempat di rumah istirehat Zarina di Johol, Negeri Sembilan, Zarina berkongsi 2 resipi kegemaran ayahnya, Zainuddin buat penonton iaitu Ikan Bakar Portugis dan Kuih Lopes.
Tapi tak sangka pula, dalam kalut-kalut Zarina menyediakan bahan untuk buat sambal ikan bakar, eh boleh pula Aril terlupa nak beli ikan! Nasib ada jual di gerai depan tau.
Rupanya nak buat Ikan Bakar Portugis ni senang je. Lagi menarik, Zarina lebih suka menggunakan daun pisang kerana boleh membangkitkan lagi bau dan rasa kesedapan ikan.
Dah ada menu utama, kenalah ada pencuci mulut pula kan. Kali ini, Zarina berkongsi cara macam mana nak buat Kuih Lopes.
Sangat senang rupanya. Yang penting kena rajin je nak buatnya kan. Harap-harap penonton jangan lupa cuba tau 2 resipi yang mudah ini.
IKAN BAKAR PORTUGIS
BAHAN-BAHAN:
1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa (bergantung kepada jumlah ikan)
1 sudu besar penuh gula
2-3 ekor ikan pelaling (atau apa-apa jenis ikan) | kelar
1 sudu besar SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan 26g (bergantung kepada jumlah ikan, 1 sudu besar untuk 3 ekor ikan sederhana saiz)
5 helai daun limau purut | hiris halus
Kertas aluminium foil/daun pisang secukupnya
BAHAN-BAHAN (A): DIKISAR
3 sudu besar cili kering kisar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
2 hiris lengkuas
1 sudu kecil garam
CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumis bahan-bahan (A) sehingga pecah minyak seperti memasak sambal.
2. Perasakan dengan AJI-SHIO Lada Hitam Berperisa dan gula secukup rasa. Ketepikan.
3. Lumurkan ikan dengan SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan 26g.
6. Bakar ikan di dalam kuali ajaib atau ketuhar selama 20-25 minit atau sehingga ikan masak.
KUIH LOPES
BAHAN-BAHAN:
2kg beras pulut
7 helai daun pandan
1 mangkuk kecil pewarna hijau
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh beras pulut dan toskan. Masukkan ke dalam periuk.
2. Sementara itu, tapiskan air daun pandan. Masukkan ke dalam periuk yang ada beras pulut tadi. Kacau-kacau bagi sebati. Kemudian, masak seperti biasa.
3. Selepas pulut dah masak, sejukkan dan ambil daun pisang, kepalkan gulung dan ikat dengan tali rapia.
4. Kemudian, kukus semula dan biar sejuk kemudian potong.
5. Letakkan garam di kelapa muda parut tu dahulu kemudian hidang bulat-bulat.
6. Untuk kuah air gula, sediakan gula merah, gula pasir, daun pandan dan air.
7. Didihkan semuanya dalam periuk sampai pekat. Siap!
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung.
Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Moga resipi-resipi ini boleh membantu memberi idea buat anda di sepanjang bulan Ramadan ini.