Sambal Sotong yang mudah, sedap dan ringkas cara memasaknya tentunya sangat digemari ramai. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa mengikut selera. Terdapat pelbagai resipi Sambal Sotong yang boleh dicuba dimana penggunaan bahan-bahannya juga terdapat kelainan. Bagi anda yang suka resipi sambal sotong yang ‘basic’, resipi dari saudari Haziraida Md Isa atau lebih mesra dengan panggilan Zie ini antara yang boleh dicuba. Sedap! Jom lihat cara-cara penyediaannya.
RESIPI SAMBAL SOTONG CARA ZIE
BAHAN-BAHAN:
INFO: Zie guna cili kering Kelantan yang saiz besar kerana cili kering jensi tersebut tidak pedas. Jika suka pedas, boleh guna cili kering yang halus kerinting. Pastikan jumlah cili digandakan kerana saiznya lebih kecil.
CARA MEMASAK:
1.Siang sotong, bersihkan dan toskan airnya. Sotong jangan potong terlalu kecil nanti bila masuk dalam sambal, sotong akan cepat kecut, lebih berair menjadikan sambal lebih berkuah seterusnya menyebabkan sotong jadi keras.
2.Rebus cili kering dan kisar hingga betul-betul lumat.
3.Kemudian masukkan bawang besar dengan bawang putih. Kisar sekejap sahaja sebab tak nak terlalu lumat.
4.Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi. Masukkan air asam jawa sekali. Tumis kena sampai sambal betul-betul masak dan pecah minyak.
INFO: Kalau nak sambal sedap, wajib tumis bagi lama.
5.Masukkan sotong, garam dan gula. Bila sudah masukkan sotong, masak sekejap sehingga sotong masak sahaja. Jangan terlalu lama nanti sotong akan jadi keras.
6.Sambal Sotong ringkas sudah siap dimasak dan sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Haziraida Md Isa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official