Zukini Sayur Yang Bagus Untuk Kawal Kolesterol, Rendah Kalori & Bantu Cegah Penyakit.

Share

Zucchini atau zukini adalah sejenis labu kecil yang dimanfaatkan sebagai sayur-sayuran. Kebanyakan bentuknya menyerupai mentimun namun ia hanya dapat dimakan setelah diolah dan tidak dapat dimakan mentah tanpa dimasak.

foto: www.gardeningknowhow.com

Diketahui zukini mengandung vitamin B kompleks dan serat yang sangat berguna untuk kesihatan. Berbagai kajian dan percubaan telah dilakukan, dan berikut adalah manfaat zukini bagi kesihatan.

KHASIAT ZUKINI

foto: www.thespruce.com
  1. Menurunkan kolesterolSerat bersama asid yang dikeluarkan oleh hati membantu mencerna lemak di dalam tubuh. Kolesterol lebih banyak digunakan untuk
    mengeluarkan asid sehingga jumlahnya di dalam tubuh berkurangan.
  2. Mencegah kanserKandungan serat yang tinggi di dalamnya dikatakan dapat membantu mencegah karsinogen turun ke usus besar, dan membantu menjadikan  usus  sihat. Selain itu, Vitamin A, C dan asid folik, yang merupakan anti oksidan yang terdapat di dalam zukini juga dikatakan dapat  menghancurkan karsinogen yang boleh menyebabkan berbagai jenis kanser berbahaya.
  3. Membantu untuk menghindari serangan jantung dan strokSatu cawan zukini mengandungi sekitar 10% daripada keperluan harian magnesium yang disarankan, dikatakan dapat membantu mengurangi kemungkinan serangan jantung dan strok.
  4. Menurunkan tekanan darahIa juga dikatakan bermanfaat untuk membantu menurunkan tekanan darah kerana mengandungi kalium yang hadir bersama magnesium. Oleh kerana itu, pengambilannya secara teratur sangat bagus untuk mereka yang mengalami hipertensi, atau tekanan darah tinggi. Hal ini juga dapat membantu mencegah arteriosklerosis, suatu keadaan di mana pembuluh darah mengalami pengerasan kerana tekanan darah yang terlalu tinggi.
  5. Rendah kaloriZukini yang rendah kalori sangat berguna bagi sesiapa yang sedang menjalankan program diet.
foto: eatyourwaytowellness.com
foto: www.thespruce.com

Di Malaysia, zukini yang dijual biasanya yang berwarna hijau serta kuning dan boleh diperolehi di pasaraya. Jika google resipi, memang sangat banyak hidangan yang boleh anda sajikan. Salah satunya ialah sup. Selain itu ia boleh juga panggang, digoreng dan dimasak tumis. Terpulang pada citarasa masing-masing.

 

ZUKINI KEJU WASABI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 batang zukini hijau | disagat riben
  • 1 batang zukini kuning | disagat riben
  • 10 biji ceri tomato
  • 1 cawan krim masakan
  • 1/2 sudu teh pes wasabi
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 cawan keju cheddar
  • Garam dan lada secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Gulung kepingan zukini hijau dan kuning dan susun dengan kemas dia dalam bekas untuk membakar.
  2. Selitkan tomato ceri di antara gulungan zukini. Taburkan dengan sedikit garam dan lada sulah.
  3. Panaskan krim, wasabi dan kiub ayam sehingga sedikit mendidih dan curahkan di dalam bekas berisi zukini tadi.
  4. Taburkan keju dan bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.

Info chef:  Guna pengupas atau ‘peeler’ untuk mendapatkan hirisan kepingan zukini yang sama tebal dan cantik.

 

Published by
Nur