Zul Huzaimy Pandai Masak! Kongsi Resipi Daging Masak Hitam & Sirap Bandung Tembikai Sedap

Share

Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kali ini bersama dengan Izreen Azminda yang berjalan jauh nun ke Kuala Kangsar untuk bersama dengan tetamu istimewa iaitu pelakon berbakat besar, Zul Huzaimy dan juga isterinya untuk memasak resipi-resipi nostalgia istimewa sempena Ramadan.

Kalau melihat aksi beliau di kaca televisyen, watak-watak antagonis, bengis, nakal sememangnya sinonim dengan Zul Huzaimy . Namun di luar set pengambaran, rupanya karakter beliau sangat berbeza! Lucu, mudah tertawa dan mesra. Lihatlah aksi beliau mengusik Izreen sampai melatah. Siap bawa Izreen ‘merempit’ ke kedai untuk pandu lalu beli bahan masak. Macam-macam aksi. Memang tak kering gusi dibuatnya.

Malah ramai yang tidak tahu, Zul Huzaimy ni rupanya pandai memasak. Ia diakui sendiri oleh isteri beliau yang mana bakat memasak ini diwarisi oleh arwah ayahnya. Wow…Hebat juga kan. Menunya pun bukan calang-calang. Nampak sangat sedap.

Dua resipi istimewa yang dikongsi hari ini memang sangat sesuai dimasak di bulan puasa ini. Lebih-lebih lagi bagi yang sukakan sajian orang Utara. Jom cuba. Anda dan keluarga pasti sukakannya.

 

1.DAGING MASAK HITAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket SERI-AJI® Perencah Masak Lada Hitam
  • 50ml air
  • 600-800gm daging – dihiris
  • Secukupnya minyak masak
  • 3 kuntum munga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • ½ cawan air asam jawa

BAHAN-BAHAN (A): PERAPAN DAGING

  • 5 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis

BAHAN-BAHAN (B): DIGORENG TANPA MINYAK DAN DIKISAR

  • 10-12 tangkai cili kering (anggaran segenggam-ikut kepedasan masing-masing)
  • 12-15 biji bawang merah
  • 5-7 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

CARA MEMASAK:

  1. Larutkan SERI-AJI® Perencah Masak Lada Hitam bersama 50ml air. Ketepikan.
  2. Perap daging dengan bahan-bahan (A) selama 30 minit.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan bahan-bahan (B) yg telah dikisar dan larutan SERI-AJI® Perencah Masak Lada Hitam. Tumis sehingga pecah minyak dan masukkan daging yang telah diperap.
  5. Gaul rata dan masukkan air asam jawa dan sedikit air.
  6. Masak sehingga kuah agak pekat.
  7. Sedia untuk dihidang.

 

2. SIRAP BANDUNG TEMBIKAI

BAHAN-BAHAN:

  • 500 ml  sirap
  • 500 ml susu segar
  • Secukupnya potongan/bebola tembikai
  • Secukupnya ketulan ais

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Campurkan sirap dan susu.
  2. Masukkan tembikai dan ais.
  3. Sedia untuk dihidang.

 

TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.

Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.

Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.

Published by
Nur