Zul Yahya Buat ‘Drive-Thru’ Lauk Percuma Setiap Hari Untuk Orang Ramai Sepanjang PKP

Share

Tidak dinafikan ramai yang terkesan khasnya peniaga dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak C0vid-19 ketika ini, namun selagi kita berusaha kita akan beroleh rezeki.

Dalam kita mengharungi tempoh PKP ini rezeki yang kita ada lebih jangan dilupa pada mereka yang hidupnya daif lagi memerlukan. Bantulah mereka selagi terdaya. Tidak akan putus rezeki selagi kita suka bersedekah.

Buat pelakon Zul Yahya tidak ketinggalan merasakan tanggungjawab berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Dia menyediakan lauk percuma yang dimasak di restorannya bagi membantu meringankan sesiapa yang berkehendak.

Menerusi Instagram, Zul Yahya memaklumkan dia menyediakan lauk percuma setiap hari kepada orang ramai di hadapan restorannya itu.

Hanya lalu dan ambil sahaja!

 

Setiap hari ada satu lauk percuma untuk orang ramai

Selain memberi lauk percuma , Zul juga menghulurkan beberapa barang keperluan memasak harian untuk insan yang memerlukan.

Semoga usaha dan rasa tanggungjawab  Zul Yahya ini dapat membantu golongan yang memerlukan ini diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah. Aamin.

Sumber: zulyahya_steamboat_bbq & zulyahya70

https://www.rasa.my/roti-gandum-buatan-sendiri-di-musim-pkp/

 

Published by
Putri