Ads
Home Makan Resipi Mi Kari Chinese Style Yang Sedap. Berbaloi Cuba.

Resipi Mi Kari Chinese Style Yang Sedap. Berbaloi Cuba.

Ads

Tak ada idea nak masak apa untuk suami dan anak-anak hari ni? Menu Mi Kari Chinese Style perkongsian saudara Ahmad Shukri Shukor ini antara hidangan mudah dan sedap yang boleh disediakan. Rasa kuah Mi Kari Chinese Style ini agak mild, kurang pekat dan tidak terlalu berlemak. Memang sedap. Jom cuba.

 

CARA MASAK MI KARI CHINESE STYLE

Resipi Mi Kari Chinese Style Yang Sedap. Berbaloi Cuba.

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • Mi kuning- dicelur

BAHAN KUAH:

  • 100gm cili kering – rebus dan kisar
  • 3 biji bawang besar – kisar
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • 2 batang serai – diketuk
  • 3 sudu besar serbuk kari ayam/daging
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil)
  • 1 kotak kecil santan
  • Tauhu apung
  • Fish cake

CARA MEMASAK:

  1. Panaskn minyak dan goreng serai sekejap.
  2. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak hingga terbit minyak.
  3. Masukkan serbuk kari dan masak sebentar. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak.
  4. Masukkan santan sekotak kecik dan air (sukatan air agak-agak sahaja mengikut selera mahu kuah pekat atau cair)
  5. Biar kuah mendidih dan perisakn dengan garam dan serbuk perasa. Tambahkan tauhu apong dan fishcake. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu apung.

Resipi Mi Kari Chinese Style Yang Sedap. Berbaloi Cuba.

BAHAN SAMBAL:

Ads
  • 300gm cili kering – rebus
  • 4 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Rebus cili kering. Bila sudah masak, kisar bersama bawang besar dan bawang putih
  2. Tumis hingga wangi. Perisakn dengan garam dan gula.

BAHAN HIASAN:

Ads
  • Telur rebus
  • Taugeh – celur
  • Sawi – celur
  • Sambal
  • Limau Nipis (potong separuh)

INFO: Mi kari sedap di makan dengan wantan goreng.

Resipi Mi Kari Chinese Style Yang Sedap. Berbaloi Cuba.

Kredit resipi & foto: Ahmad Shukri Shukor

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI