Menu viral bertukar ganti dan menjadi ikutan ramai, namun menu kampung yang menjadi warisan tetap  menjadi pilihan ramai. Kadang-kadang bila teringin makan masakan kampung automatik teringatkan masakan mak kat kampung. Hari ni RASA kongsikan 10 menu kampung untuk mengembalikan ingatan korang pada ibu di kampung.  Keikhlasan dan kasih ibu menjadikan air tangannya sentiasa sedap pada selera anak-anak, walaupun hanya sambal ikan masin.  Betul tak?

10 Masakan Kampung Yang Boleh Masak Sendiri, Sedap & Jimat

KARI TULANG BERSAMA REBUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg tulang  | cuci bersih dan rebus hingga empuk
  • 150gm rebung jeruk | cuci bersih dan tos
  • 500ml air rebusan tulang
  • 250ml santan
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 4 sudu makan rempah kari daging
  • 2 sudu makan sebuk cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak masak

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 3cm kulit kayu manis
  • 2 tangkai bunga lawang
  • 6 ulas buah pelaga
  • 5 biji  bunga cengkeh

BAHAN KISAR:

  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulsa bawang putih
  • 4cm halia muda
  • 3 cm lengkuas

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.

  1. Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga timbul minyak.
  2. Kemudian masukkan campuran rempah kari dengan serbuk cili yang dibancuh dengan air.
  3. Terus kacau hingga wangi dan tumisan pecah minyak.
  4. Masukkan tulang yang telah direbus bersama rebung tadi.
  5. Kacau rata dan tambah dengan air rebusan tulang.
  6. Biarkan mereneh seketika, kemudian tambahkan air asam jawa dan santan.
  7. Setelah mereneh lebih kurang 3-4 minit, perasakan dengan garam dan gula.
  8. Kecilkan api dan biarkan kari mereneh dan timbul minyak.
  9. Setelah cukup rasa, tutup api dan kari sedia dihidangkan.

10 Masakan Kampung Yang Boleh Masak Sendiri, Sedap & Jimat

KKERABU PERUT BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm perut | rebus hingga empuk dan hiris nipis
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 cawan santan
  • 2 batang kacang panjang | hiris halus
  • 1 biji bawang besar | belah dua dan hiris nipis
  • 4 tangkai daun kesum | buang tangkai & mayang halus
  • 10  biji cili padi hijau | hiris halus
  • 2 biji cili merah hiris
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan hirisan perut yang telah direbus dalam mangkuk bersama hirisan bawang besar, cili padi, cili merah, daun kesum bunga kantan dan kacang panjang. Gaul rata.
  2. Bancuh kerisik dengan santan, tuangkan dalam mangkuk berisi campuran perut.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
  4. Gaul rata dan tambah santan jika perlu.
  5. Setelah cukup rasa, kerabu sedia dihidangkan.

10 Masakan Kampung Yang Boleh Masak Sendiri, Sedap & Jimat

KUPANG TUMIS TAUCHU CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm kupang frozen | bersihkan, celur dan tos
  • 15 biji cili padi | hriis
  • 15 biji cili  merah | hiris
  • 1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis

BAHAN KISAR HALUS:

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan tauchu

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawah besar hingga layu.
  2. Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan hirisan cili padi dan cili merah. Kacau lagi.
  4. Kemudian masukkan kupang yang telah dicelur tadi.
  5. Kacau rata dan tambah air jawa, sedikit garam dan gula secukup rasa.
  6. Kacau rata hingga air kupang kering.
  7. Setelah cukup rasa, tutup api dan sambal kupang sedia dihidangkan.

10 Masakan Kampung Yang Boleh Masak Sendiri, Sedap & Jimat

GULAI REMPAH TULANG IKAN MASIN & TERUNG BULAT

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2kg tulang ikan masih merah/kurau | rendam
  • 2 biji terung bulat | belah empat
  • 500ml santan kelapa
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 sudu makan rempah kari ikan
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 3cm kunyit hidup

BAHAN  TUMIS DARAT:

  • 4 biji bawang merah | hiris
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 1 sudu makan rempah campur
  • 1 tangkau daun kari | lurut dari tangkai

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar serta rempah kari, kacau rata.
  2. Masukkan bersamanya tulang ikan masin bersama terung dan asam gelugor.
  3. Renehkan atas api sederhana hingga mendidih dan terung empuk.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya (rasa dulu, jika perlu baru masukkan garam kerana ikan masin sudah masin).
  5. Setelah cukup rasa, ketepikan periuk gulai.
  6. Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng hirisan bawang merah, bawang putih.
  7. Bila wangi masukkan rempah campur dan daun kari.
  8. Setelah wangi, tutup api dan tuangkan dalam periuk gulai tadi.
  9. Kacau seketika, kemudian gulai sedia dihidangkan.

10 Masakan Kampung Yang Boleh Masak Sendiri, Sedap & Jimat

Ads

RENDANG  KERING PARU

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm paru | rebus hingga empuk & hiris nipis
  • 500ml santan
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 helai daun kunyit | carik-carik
  • 1/2 cawan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm lengkuas
  • 2cm halia
  • 3 batang serai
  • 3 biji buah keras

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
  3. Masukkan paru, kacau rata dan masukkan santan dan asam gelugor.
  4. Biarkan mereneh atas api sederhana, sekali sekala kacau.
  5. Apabila kuah mula pekat masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga rendang paru kering.
  7. Setelah kering tutup api, taburkan daun kunyit dan gaul rata.
  8. Rendang kering paru sedia dihidangkan.

10 Masakan Kampung Yang Boleh Masak Sendiri, Sedap & Jimat

RENDANG KERANG CILI PADI 

BAHAN-BAHAN:

  • 3 kg kerang | cuci bersih dan kopek isinya
  • 500ml santan
  • 3 sudu makan kerisik
  • 2 helai daun kunyit | mayang halus
  • 3 batang serai | titik
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 20 biji cili padi
  • 4 cm kunyit hidup
  • 6 ulas bawang merah
  • 2cm halia
  • 3cm lengkuas
  • 3 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, renehkan di atas api.
  2. Setelah mendidih masukkan serai titik dan asam jawa. Terus kacau hingga kuah pekat.
  3. Masukkan kerisik, kacau lagi, kemudian masukkan kerang yang telah dikopek tadi,
  4. Kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah cukup rasa, taburkan daun kunyit dalam rendang, gaul rata dan tutup api.
  6. Rendang sedia dihidangkan.

10 Masakan Kampung Yang Boleh Masak Sendiri, Sedap & Jimat

SAMBAL MERAH SOTONG SUMBAT

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg sotong saiz XL | buang kulit ari dan buang dakwah hitamnya.
  • 1/2 cawan santan
  • Garam & gula secukup rasa
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis

BAHAN SUMBAT SOTONG

  • 2 keping tauhu | hancurkan
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 4 biji cili merah
  • 2 sudu makan pes cili kering

CARA MEMASAK:

  1. Semua bahan sumbat, digaul rata, kemudian sumbatkan dalam badan sotong hingga 3/4 badan sotong.
  2. Masukkan semula kepala, kemudian kemaskan dengan lidi pencuck.
  3. Kemudian kukus lebih kurang lima minit.
  4. Seterusnya, sediakan bahan sambal. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan bahan kisar.
  5. Apabila tumisan pecah minyak masukkan santan, biarkan mereneh seketika.
  6. Masukkan sotong yang telah dikukus. Gaul rataa.
  7. Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
  8. Tutup api bila kuah pekat dan timbul minyak.
  9. Sambal sotong sedia dihidangkan.

 10 Masakan Kampung Yang Boleh Masak Sendiri, Sedap & Jimat

PUCUK PAKU TUMIS  CILI DENGAN DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • Secekak besar pucuk paku | ambil pucuk dan daun & pucuk muda sahaja
  • 100gm hirisan daging
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 2 biji cili merah
  • 4 biji cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  3. Masukkan hirisan daging dan kacau lagi.
  4. Seterusnya masukkan pucuk paku yang telah dicuci bersih.
  5. Kacau rata hingga pucuk paku layu.
  6. Kemudian perasakan dengan sos tiram, garam, gula dan air asam jawa.
  7. Setelah cukup rasa, tutup api dan pucuk paku sedia dihidangkan.

10 Masakan Kampung Yang Boleh Masak Sendiri, Sedap & Jimat

IKAN MASIN ANAK TAMBAN GORENG CILI BAWANG

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm ikan masin anak tamban | basuh dan tos
  • 2 biji cili merah | hiris
  • 2 biji cili hijau | hiris
  • 5 biji cili padi | hiris
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan masin hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  3. Tumis hirisan bawang besar dan bawang putih cincang.
  4. Setelah wangi masukkan semua hirisan cili.
  5. Kacau rata dan masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi.
  6. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Kacau rata.
  7. Tutup api, ikan masin sedia dihidangkan.

10 Masakan Kampung Yang Boleh Masak Sendiri, Sedap & Jimat

LOKAN MASAK LEMAK CILI PADI DAUN PEGAGA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg lokan | cuci bersih dan toskan
  • Secekak daun pegaga | ambil daun sahaja
  • 1 batang serai | titik
  • 500 ml santan
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 15 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 hirisan halia

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, asam gelugor dan serai titik.
  2. Renehkan di atas dapur menggunakan api sederhana.
  3. Setelah mendidih, masukkan lokan dan daun pegaga.
  4. Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah masak, tutup api dan hidangkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI