Lauk pauk tradisional memang memukau selera. Bila sebut Asam Pedas, pasti Melaka adalah tempat untuk mencari rasa asli hidangan ini. Begitu juga dengan sajian ikan patin yang menjadi identiti negeri Pahang. Anda suka yang mana? Nanti bolehlah cuba masak lauk-lauk ni untuk keluarga.

1. PARI KUAH ASAM PEDAS MELAKA

2 Resipi Masakan Asli Melayu Yang Tak Luput Dek Zaman. Terbaik!

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 700gm ikan pari
  • 5gm halba
  • 1 tangkai daun kari
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 50gm bawang merah
  • 50gm bawang putih
  • 30gm halia
  • 30gm kunyit hidup
  • 10gm belacan
  • 100gm cili kering

BAHAN B: (GORENG TANPA MINYAK DAN TUMBUK HALUS)

  • 5gm jintan kasar
  • 5gm jintan halus
  • 5gm lada hitam

BAHAN C:

  • 70gm terung bulat ] belah 4
  • 50gm tomato ] belah 4
  • 30gm serai ] ketuk
  • 30gm bunga kantan ] belah 2
  • 20gm daun kesum
  • 20gm pes asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Ikan pari dipotong, perap dengan jus limau nipis selama 15 minit. Kemudian cuci, toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga harum. Masak hingga naik minyak. Gunakan api yang kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan bahan B yang telah ditumbuk halus dan tambah pes asam jawa. Kacau rata. Tuang air secukupnya. Biar mendidih.
  4. Tambah ikan, daun kesum dan bunga kantan. Kemuadian masukkan terung. Masak hingga terung lembut.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali, masukkan tomato dan biar seketika.
  6. Angkat dan sedia dinikmati.

Info chef: Agak berbeza dengan asam pedas biasa kerana ada rasa rempah.  

 

Ads

2.  IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

2 Resipi Masakan Asli Melayu Yang Tak Luput Dek Zaman. Terbaik!

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 800gm ikan patin
  • 200gm tempoyak
  • 30gm bawang merah
  • 10 biji cili padi
  • 2cm halia
  • 2cm kunyit hidup
  • 2 batang serai ]titik
  • 1helai daun kunyit ] carikkan
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bawang merah, cili padi, halia dan kunyit hidup. Ketepikan.
  2. Masukkan air di dalam periuk, diikuti dengan bahan kisar, tempoyak, serai dan daun kunyit. Kacau sebati.
  3. Masukkan pula ikan patin yang telah dibersihkan. Kacau perlahan dan biar kuah mereneh.
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa. Masak sehingga semua bahan masak.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Gunakan tempoyak baru agar rasa manis tempoyak lebih terserlah.  

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI