Boleh dikatakan ramai orang terutama kanak-kanak memang suka ayam panggang, terutamanya bahagiaan dada kerana ia senang disediakan, tad ada tulang dan cepat masak. Cuma ramai emak-emak bila sebut ayam panggang macam rasa susah nak buat kat rumah, sebab sebut je panggang ingat masakan barat yang tak biasa masak. Sebenarnya tak susah pun, ia semudah goreng ayam cuma bahan berbeza dan perlu dibakar je.
Jom kita buat sendiri di rumah dengan cara paling mudah, hanya 20 minit dada ayam panggang masak dan sedia dihidang bersama nasi ataupun dengan mashed potato, coslow mahupun salad.
Ads
Bahan perapan terpulang pada citarasa anda dan keluarga. Jika tidak mahu pening fikir soal resipinya, ini bahan perapan paling mudah boleh korang cuba.
Ads
Ini dia bahan-bahan yang diperlukan untuk perapan:
Ads
2 keping dada ayam tanpa tulang
1 1/2 sudu makan mentega
1 biji lemon | parut kulitnya
1/2 sudu teh cajun
Garam secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Gaulkan bahan perapan ini dengan isi dada ayam perap seketika kemudian bakar.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Selepas membuat transformasi di ruang dapur, anda masih merasakan ada yang kurang di situ. Puas memikirkan bagaimana ingin menaikkan seri dapur anda dan menghidupkan suasana dapur. Mungkin kali ini anda boleh cuba meletakkan tumbuhan herba di ruang dapur anda. Contohnya Basil, kucai, parsli dan pudina merupakan contoh tumbuhan herba yang boleh diletakkan di ruang dapur. Ruang yang diperlukan tidak terlalu luas kerana ia hanya memerlukan bekas yang kecil. Tambahan tumbesarannya yang sederhana kecil menjadikan ia begitu sesuai ditempatkan di dapur.
Bagi yang meminati unsur hijau, menanam tumbuhan herba di dapur sangat baik dari segi memberi nafas baru kepada wajah dapur. Bagi anda yang gemar memasak, inilah masanya untuk mula berjinak-jinak dengan menanam tumbuhan herba sebelum mula terlibat dengan menanam sayur-sayuran pula. Mudah dipetik dan terus dijadikan bahan masakan. Sudah tentu banyak kelebihan yang dapat dimiliki apabila anda mula ‘berkebun’ di dalam dapur.
Lokasi selamat
Anda hanya perlu meletakkan tumbuhan herba berdekatan dengan tingkap. Ini bagi memudahkan tumbuhan menerima cahaya yang mencukupi. Anda tidak perlu risau mengenai hujan mahupun keadaan cuaca yang tidak menentu dan boleh menyebabkan tumbuhan mati. Ini kerana lokasinya di dalam rumah dapat mengelakkan tumbuhan diancam dengan situasi tersebut. Sangat mudah dan praktikal bukan?
Lebih segar
Kesegaran pada tumbuhan herba yang anda tanam sendiri pastinya membantu menjadikan masakan anda lebih sedap. Petik dan masukkan ke dalam masakan dengan begitu mudah. Daun pudina misalnya, boleh menjadikan teh anda lebih beraroma dan sihat! Tambahan pula, jika hendak dibandingkan dengan tumbuhan herba yang berada di pasar mahupun pasar raya, anda pasti berpuas hati dengan hasil tanaman anda sendiri.
Menghijaukan dapur
Tumbuhan herba yang terletak di dapur ini secara tidak langsung menjadikan ruang dapur lebih menarik dan menawan. Warna hijau yang dipamerkan memberikan kesegaran sepanjang masa!
Tip menanam tumbuhan herba
Bagi anda yang ingin mencuba menanam tumbuhan herba di dapur, boleh mengikuti beberapa idea ini;
Pasu
Bagi menyerlahkan lagi tumbuhan herba di dapur, anda boleh menggunakan beberapa jenis pasu. Ini termasuklah menggunakan barang terbuang seperti tin, penapis dan sebagainya.
Gantung
Tumbuhan herba nampak cantik jika digantung di dalam bakul. Anda boleh meletakkan pasu di dalam bakul tersebut atau menggunakan bakul tersebut sebagai bekas tanaman.
Pencahayaan
Jika bahagian dapur kurang mendapat pancaran cahaya matahari, tumbuhan herba akan mudah layu dan mengganggu tumbesarannya. Oleh itu, untuk meningkatkan kesan pencahayaan, anda boleh memasang lampu kalimantang atau track lighting yang fokus ke arah tumbuhan berkenaan.
Baja
Tumbuhan herba juga memerlukan sedikit baja. Ia membekalkan nutrien dan menyuburkan lagi tumbuhan herba anda.
Petik selalu
Petiklah tumbuhan herba anda selalu. Ini membantu dan menggalak tumbuhan tersebut untuk bercambah. Herba ‘tahunan’ seperti basil misalnya boleh dipetik apabila mencapai ketinggian tiga hingga empat inci.
Sumber gambar: 123 royalty free
INGIN MENCARI PRESSURE COOKER DENGAN PELBAGAI PILIHAN MENARIK. JOM LAYARI DI SINI.
Sink dapur tersumbat? Aduhh… Hilang mood. Sink di dapur memang sangat penting dan perlu dijaga dengan baik. Ini kerana jika air mula bertakung, pastinya bakal mengganggu kerja-kerja memasak anda di dapur. Rimas dan boleh menimbulkan marah. Ada yang mengatasi masalah ini dengan cara menggunakan asid. Hmm…memang berkesan tapi agak berbahaya dan boleh menghakis. Malah, baunya juga kurang menyenangkan.
Ada petua lebih selamat yang boleh anda cuba bagi mengatasi masalah ini dari berlarutan. Nak cuba? Ikut langkah-langkah ini.
CARA ATASI MASALAH SINKI DAPUR TERSUMBAT
BAHAN-BAHAN:
1 genggam garam kasar
1 jug air panas
CARA-CARA:
Campurkan segenggam garam kasar bersama air panas dan kemudian siram ke dalam sinki yang tersumbat. Pastikan tiada air dalam sink atau tidak terlalu banyak.
Jika sumbatan tidak teruk, air akan cepat turun. Jika masih bertakung, ulang 2 kali dan biarkan semalaman. Perlahan-lahan sinki anda akan kembali pulih dan tidak tersumbat lagi.
Mahu elak masalah sama dari kembali terjadi, lakukan aktiviti ini setiap dua minggu. Hasilnya sinki anda pasti tidak mengalami masalah lagi.
Ada cara mudah rupanya untuk kopek atau kupas isi kerang, tak perlu rebus dulu pun macam yang biasa kita lakukan sebelum masak sambal atau rendang.
Menurut Roserosnah Rose yang berkongsi petuanya, cara ini memang lebih senang malah isi kerang lebih sedap dan manis. Macam mana caranya tu?
Cara kopek kerang tanpa perlu rebus
Hari ini nak kongsi petua macam mana nak kopek kerang tanpa rebus. Biasa nak kopek kerang kena rebus baru boleh keluarkan isi sebab kerang dah masak. Tapi cara ini lain sikit.
Masukkan kerang yang telah siap dicuci ke dalam peti ais sejuk beku, biarkan semalaman. Esoknya keluarkan kerang, rendam sekejap dan cuci, cuba buka kerang tu mudah sangat.
Info ekstra!
Tujuan letak kerang dalam freezer adalah untuk matikannya supaya senang nak kopek atau kupas. Isinya memang elok. Selepas kupas, terus basuh, cara ini kerang lagi segar dan lebih manis.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!