
BERITA BAIK UNTUK ABANG-ABANG RIDERS!

RASA berbesar hati untuk memberikan 250 set Nasi Kandar secara PERCUMA istimewa untuk abang-abang riders di luar sana. FoodPanda, Grab, Lalamove, ShopeeFood, Bekal dan apa sahaja jenama syarikat anda, anda dijemput untuk mengambil Nasi Kandar secara percuma.
Pemberian Nasi Kandar secara percuma ini merupakan salah satu pengiktirafan kepada abang-abang riders di atas sumbangan mereka di dalam industri makanan negara. Penat lelah mereka kami hargai dengan memberikan 250 Nasi Kandar secara PERCUMA kepada mereka.

Terima kasih kami ucapkan kepada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) di atas tajaan Nasi Kandar ini.

Kepada abang-abang riders yang berkelapangan, jom dapatkan Nasi Kandar di Rasa Layan Curry Fiesta di Parking B, Setia City Convention Centre pada 7 September 2024 jam 4.00 petang. Jumpa anda di sana!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Patutlah Viral Creamy Crab Croquette Ni, Ramuannya Memang Sedap

Menu minum petang apa yang sedap ye, boleh cuba buat resipi Creamy Crab Croquette yang viral ni. Cara membuatnya sangatlah mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Hasilnya pun sangat menyelerakan. Sesuai sangat dijadikan kudapan untuk anak-anak. Jom cuba. Macam best je.
RESIPI MUDAH CREAMY CRAB CROQUETTE

BAHAN-BAHAN:
- Filamen ketam secukupnya
- Sedikit bawang merah – dadu
- Sedikit hirisan daun bawang
- MAGGI®️ CukupRasa secukupnya
- 1/2 buku mentega asli @ buttercup
- 3-4 sudu makan tepung gandum
- Sedikit susu penuh krim
- Telur
- Serbuk roti secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rebus filamen ketam seketika. Kemudian hiris halus dan masukkan bawang merah yang telah didadu dan juga hirisan daun bawang ke dalam mangkuk.
- Gaul semua bahan hingga rata dan masukkan MAGGI®️ CukupRasa. Gaul lagi hingga sebati. Ketepikan.
- Cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan tepung gandum. Kacau hingga pekat.
- Kemudian masukkan sedikit susu penuh krim. Kacau lagi hingga sebati dan pekat.
- Tambahkan bahan campuran filamen ketam tadi. Gaul hingga sebati dan rata. Angkat dan ketepikan.
- Cubit adunan dan bulatkan. Kemudian celup ke dalam bancuhan telur diikuti dengan serbuk roti. Ulang proses ini dua kali supaya bebola jadi lebih padat dan tidak pecah.
- Sejukkan Croquette di dalam peti sejuk selama 1-2 jam. Ia bertujuan supaya ia senang digoreng dan tidak lembik.
- Untuk memasak, panaskan minyak hingga betul-betul panas dan goreng hingga kuning keemasan.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
PETUA: Croquette perlu disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk supaya bila digoreng ia tidak lembik dan hancur.
Kredit foto: Shutterstock
Pertandingan Akhir Memasak #kisahkariku Berakhir Meriah, Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

Siapa sangka, perkongsian resipi oleh kawan baik sendiri membawa tuah buat Rozelinda Mustapa yang bergelar juara bagi Pertandingan Akhir Memasak #kisahkariku sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000.
Kempen #kisahkariku, anjuran bersama Majalah RASA dan jenama rempah premium BABA’S melabuhkan tirai dengan berlangsungnya Pertandingan Akhir Memasak #kisahkariku pada Sabtu, 23 November baru-baru ini di Sunway Putra Mall bersama enam orang finalis bertuah. Memang cukup meriah!



Kempen yang berlangsung dari 26 Ogos hingga 31 Oktober 2024 ini telah mengetengahkan bakat memasak, di mana komuniti mencipta resipi kari kreatif menggunakan produk BABA’S sambil berkongsi kisah penuh inspirasi di sebalik masakan mereka.
Sebanyak lebih 230 penyertaan telah diterima dan selepas melalui proses saringan, enam finalis telah dipilih bertanding di pusingan akhir cabaran masakan secara langsung. Acara kemuncak ini menjadi satu pengalaman unik yang menyerlahkan keindahan masakan Malaysia sambil meraikan cerita yang menghubungkan rakyat kepada warisan budaya mereka.



Hadiah Lumayan
Lima finalis lain yang terpilih adalah Mohd Hilmi Bin Mohamad Alias Ahmad dengan masakanya, Gulai Pisang Ikan Bilis berjaya meraih tempat kedua dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000. Tempat ketiga pula menjadi milik Siti Mahirah binti Awang dengan masakan Kari Ikan Kerapu dan membawa pulang RM1,500.



Manakala tiga finalis lain, Norhaslina binti Dzulkifli dengan resipi Kari Ikan Merah, Aziatul Fasihah binti Mohd Roslan dengan resipi Kari Kiwi dan Nurul Husna binti Zainal Abidin dengan masakan Kari Ayam masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500 atas kejayaan mereka mara ke peringkat akhir Pertandingan Memasak #kisahkariku.






Turut memenangi hadiah saguhati bagi kempen #kisahkariku adalah 20 peserta yang terpilih daripada kesemua penyertaan yang diterima, dimana setiap seorang daripada mereka menerima wang tunai RM200.


Tiga Cabaran Akhir
Bukan sekadar memasak, para finalis turut diberikan tiga cabaran lain ketika berlangsungnya pertandingan akhir tersebut. Cabaran pertama memerlukan para finalis meneka lima nama rempah BABA’S manakala cabaran kedua pula memerlukan mereka meneka ramuan yang terdapat di dalam Serbuk Kari Daging BABA’S.




Paling mengujakan pastinya cabaran ketiga iaitu Cabaran Kotak Misteri di mana para finalis perlu memasukkan tiga bahan tambahan yang diberikan ke dalam masakan masing-masing. Tiga bahan tersebut adalah Rempah Garam Masala BABA’S, buah Amla dan Moringa.


Tenang dan cukup bersahaja, para finalis berjaya melalui ketiga-tiga cabaran dengan jayanya serta memasak dan menghias cantik masakan mereka dalam masa yang ditetapkan selama 45 minit.



Tidak berakhir dengan aktiviti memasak, bersempena dengan Kempen #kisahkariku, peserta juga perlu menceritakan kisah kari mereka di atas pentas bagi tujuan penjurian. Masing-masing tidak kalah dengan cerita kari yang cukup unik dan tersendiri. Malah ada yang sampai menitiskan air mata!




Barisan Juri
Bagi memastikan keseluruhan pertandingan lancar, pastinya ada juri yang bertanggungjawab untuk menilai para finalis yang bertanding. Chef Adu Amran, Chef selebriti terkenal yang pernah menjadi juri Master Chef Malaysia bertindak sebagai Ketua Juri bersama dengan Tuan Haji Azrain Mohamad yang merupakan Ketua Pemasaran BABA’S dan juga Puan Emma Masri, Editor Pengurusan Food & Decor, Nu Ideaktiv Sdn Bhd.






Acara pada hari tersebut cukup meriah dengan kehadiran tetamu-tetamu VIP dari BABA’S iaitu En. K. Siva Subramaniam, Ketua Pengurus Operasi BABA’S, En. Encik Regu Pagalavan – Pengurus Pembangunan Perniagaan BABA’S, En. Hem Prakash G.Basu – Ketua Jualan dan Pemasaran Perdagangan BABA’S. Juga tidak ketinggalan Puan Ani Nadila Yusof, Pengurus Besar NU Ideaktiv Sdn Bhd, ahli keluarga serta kenalan para finalis yang datang dan pengunjung yang turut memberikan sokongan.



Acara yang dihoskan oleh Abu Mamu dan Mamu Tabu itu turut disajikan dengan persembahan hiburan, peluang menang barangan eksklusif RASA, sesi bergambar and OOTD dan teristimewa, peluang untuk mengenali lebih dekat produk-produk BABA’s sepanjang acara yang dianggap menjadi satu platform untuk meraikan keunikan masakan Malaysia.



Acara berakhir dengan sesi penyampaian hadiah dan juga sesi bergambar bersama para pemenang dan tetamu jemputan. Memang cukup meriah dan meninggalkan memori kepada setiap peserta dan penonton yang hadir.
Kek Lemon Butter Cheese Oren, Gabungan Rasa Yang Cukup Sempurna

Rasanya ramai dah tak sabar nak balik ke kampung kan apabila Perdana Menteri mengumumkan yang kita sudah boleh merentas negeri bermula hari ini. Tapi, balik kampung tu ada bawa buah tangan tak? Jika anda tak tahu nak bawa buah tangan apa, kami cadangkan anda cuba buat kek lemon butter cheese oren ini. Pastinya gabungan rasa di dalam kek ini tersangatlah sedap tatkala dinikmati bersama yang tersayang. Resipi ini dikongsi oleh Zee Basir. Selamat mencuba!
KEK LEMON BUTTER CHEESE OREN EMULCO

BAHAN-BAHAN:
- 1 buku/ketul buttercup *
- 5 biji telur gred b
- 1 cawan gula kastor + setengah cwn klau nak manis lagi *
- 1/2 cawan susu segar (7 sudu besar)
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 150 gram cheese tatura atau 100 gm pun boleh *
- 1 sudu teh esen vanila *
- 2 sudu besar pati oren emulco
- 1 sudu besar pati oren sunquick – beli online disini
- 1 sudu besar parutan kulit luar lemon
- 1 cawan setengah tepung kek self rising diayak bersama 1 cawan tepung gandum (2 x diayak ya)

CARA PENYEDIAAN:
1. Campurkan bahan-bahan yang bertanda * sehingga kembang dan gebu. Mula mix secara perlahan seterusnya laju sehingga gebu.
2. Kemudian, masukkan dua jenis susu tadi. Sebatikan dan mix perlahan-lahan.
3. Masukkan telur satu demi satu selang 3 hingga 4 saat.
4. Masukkan separuh tepun gandum berselang seli dengan parutan kulit lemon dengan pukulan perlahan sahaja.
5. Matikan mix dan tambah tepung yang selebihnya tadi, kaup balik dengan spatula/senduk sahaja.
6. Sapu butter pada acuan loyang dan lapik dengan baking paper.
7. Tuang adunan ke dalam acuan tadi.

8. Panaskan oven 5 minit dahulu dengan suhu 180c.

9. Kemudian, turunkan suhu pada 170c dan bakar kek selama 45 minit api atas bawah.

10. Sementara nak tunggu oven panas, bolehlah dekor atas kek dengan hirisan buah jika suka.


Kredit Resipi & Foto: Zee Basir
Anda Juga Boleh Cuba Resipi Ini:

