Penggemar makanan Thai kini boleh menikmati hidangan dari negara Gajah Putih itu dengan keaslian rasa persis berada di Negara Thailand.
Sebanyak 26 restoran Thai di seluruh Malaysia telah dipilih oleh Thai Select iaitu pensijilan berprestij yang dianugerahkan oleh Kerajaan Diraja Thai kepada restoran Thai di seluruh dunia yang memenuhi kriteria ditetapkan.
Makanan Thai cukup sinonim dengan rasanya yang manis, pedas, masam dan sedap. Justeru pemilihan setiap restoran ini dapat memberikan pengalaman menikmati makanan Thai yang kaya dengan pelbagai rasa dan keunikkannya terus ke pintu rumah anda.
Pengalaman Rasa Asli Makanan Thai di 26 Restoran Terpilih
Dalam satu taklimat ringkas baru-baru ini, Worawan Wanwil, Pengarah DITP Malaysia menyatakan bahawa restoran yang mendapat pengiktirafan Thai Select ini mengalami peningkatan yang ketara dalam perniagaan mereka.
“Anugerah ini meningkatkan pengiktirafan jenama kerana orang ramai mempercayai rasa asli masakan Thai. Kami juga menggalakkan mana-mana restoran yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang faedah Thai Select, untuk menghubungi terus DITP Malaysia.
“Kami mengalu-alukan mana-mana pemilik restoran Thai di Malaysia tanpa mengira kewarganegaraan mereka untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Thai Select.”
Walaubagaimanapun, menurut beliau akan terdapat proses penilaian yang teliti bagi setiap pemilihan restoran yang dibuat. Antaranya adalah masakan dari chef asli daripada Thailand, penggunaan bahan-bahan yang terbaik dan paling segar untuk makanan asli Thai selain memastikan rasa yang cukup authentic sepanjang masa.
Encik Worawan Wanwil, Pengarah DITP Malaysia
Jika anda penggemar makanan Thai, 26 restoran yang menjadi pilihan Thai Select ini bakal menawarkan pengalaman menjamu selera yang tiada tandingannya. Nikmati rasa asli dari Thailand tanpa perlu keluar dari Malaysia!
Terdapat tiga kategori untuk restoran terpilih iaitu Signature, Classic dan juga Casual. Berikut adalah senarai restoran yang mendapat pengiktirafan daripada Thai Select dan lokasi:
Ads
Thai SELECT Signature Category:
Gai by Darren Chin, Kuala Lumpur
LA Moon, Kuala Lumpur
KomPassion
Thai SELECT Classic Category:
Jatujak Bangkok Street Food, Selangor
Mr. Tuk Tuk (IOI City Mall), Selangor
Ads
Tommy Thongchai, Selangor
Baan Thai 2 Seafood & Thai Cuisine, Kuala Lumpur
Isan Thai Restaurant, Kuala Lumpur
Kengsom Thai Restaurants, Kelantan
Chatri Signature Authentic Thai Cuisine, Johor Bahru
Sempena bulan Ramadan tahun ini, Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah RASA sekali lagi meneruskan tradisi memberi dengan menganjurkan program RASA Bubur Lambuk 2U.
Bertempat di Rumah Ketupat, Seksyen 13 Shah Alam, program ini adalah kesinambungan dari Projek RASA Bubur Lambuk Mega Warisan Selangor yang diadakan pada tahun lalu.
Berikutan situasi wabak Covid-19 yang sedang melanda, untuk tahun ini program Bubur Lambuk ditukar menjadi kempen CSR Majalah RASA supaya bersesuaian dengan situasi semasa.
Projek ini juga adalah sebagai tanda terima kasih serta menghargai jasa dan pengorbanan para petugas barisan hadapan dalam menangani pandemik Covid-19 tanpa mengenal penat lelah.
Patuh terhadap SOP serta peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, program Bubur Lambuk 2U ini berjalan dengan lancar dengan sokongan daripada rakan-rakan penaja iaitu Santan S&P dan AJI-SHIO®.
Sebanyak tiga periuk bubur lambuk telah dimasak menggunakan ramuan-ramuan terbaik oleh pihak keterer. Antara ramuan istimewa yang menyedapkan lagi rasa Bubur Lambuk tentunya dengan penggunaan bahan utama iaitu Santan S&P serta AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
600 pek Bubur Lambuk telah berjaya dihasilkan dan diagihkan kepada para petugas di Hospital Shah Alam dan juga Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam.
Penyampaian ringkas di Hospital Shah Alam telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Puan Ani Nadila Yusof kepada Timbalan Pengarah (Perubatan) 3, Dr Syrrunnaja Bin Adnan.
Manakala di Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam pula, penyerahan pek-pek bubur lambuk telah disampaikan oleh Pengurus Kanan Jualan, Encik Mohd Affandi Abdullah kepada Ketua Balai, Inspektor Ahmad Fazlin Bin Rasli.
Turut hadir Pengurus Pemasaran Digital, Liew Mei Ling, Pengurus Pemasaran, Kwan Su Khoon dan Eksekutif Pemasaran, Zuliana Zainal Abidin selaku wakil dari pihak Santan S&P serta Editor Pengurusan Majalah RASA, Ida Abd Aziz.
Mamee Monster, siapa je yang tak suka dengan snek makanan ringan dengan bungkusan ceria berwarna biru dan kuning ini. Rasanya yang rangup dan sedap dengan perencah tersendiri.
Di sebalik populariti jenama ini yang berjaya dipasarkan ke 100 negara sejak berpuluh-puluhan tahun, pengasasnya Datuk Pang Chin Hin dilaporkan meninggal dunia, Sabtu lalu.
Memetik laporan akhbar Sin Chew Daily, Chin Hin, 96, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.03 pagi. Mendiang meninggalkan tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan.
Menyingkap sejarah Mamee Monster, Chin Hin asalnya bermula sebagai pengedar kereta terpakai sehinggalah pada tahun 1971, beliau membuka kilang kecil di bawah nama Pacific Food Products di Melaka untuk mengeluarkan produk mi segera.
Meskipun begitu, kejayaan tidak bergolek. Produk pertama iaitu Lucky Instant Noodle yang dikeluarkan setahun selepas itu tidak mendapat sambutan dan gagal di pasaran.
Sehinggalah pada tahun 1974, anak lelaki Chin Hin, Tan Sri Pang Tee Chew mendapat ilham mi segera siap dengan perisa tambahan selepas melihat penoreh getah di Malaysia memakan mi segera yang belum dimasak terus dari bungkusan.
Snek makanan ringan itu kemudiannya diberi nama Mamee Monster, yang ternyata membawa tuah dan kejayaan besar buat syarikat Chin Hin.
Tahun demi tahun perubahan dilakukan dan syarikat kemudiannya diberi nama baru sebagai Mamee-Double Decker pada tahun 1992 dan menghasilkan lebih daripada 50 makanan ringan.
Antara produk keluaran syarikat ini ialah snek Double Decker, Mister Potato, Nutrigen dan mi segera Mamee Chef.
Status arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sama ada dilanjutkan atau ditamatkan bakal diketahui hari ini selepas ia dilaksanakan sejak 18 Mac lalu mengekang penularan pandemik Covid-19.
PKP sepatutnya berakhir pada 14 April ini dan kerajaan dijangka membuat pengumuman yang pastinya sangat dinantikan-nantikan oleh rakyat di seluruh pelusuk tanah air.
Setelah hampir sebulan PKP dilaksanakan,rakyat tentunya mengharapkan PKP tidak dilanjutkan terutamanya bagi yang menjana pendapatan harian dengan berniaga kecil-kecilan, namun kerajaan pastinya akan membuat keputusan tepat berdasarkan situasi semasa kes Covid-19 di negara ini.
Untuk rekod, Malaysia merekodkan 69 kes sporadik Covid-19 setakat ini, iaitu kes yang tidak diketahui asal usul dan punca jangkitannya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Justeru, Malaysia memerlukan kerjasama dan sokongan rakyat secara keseluruhannya dalam situasi PKP ini bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 daripada terus menular atau memberi kesan yang tidak sepatutnya. Harus diingat, semakin kita ingkar arahan PKP ni, tidak mustahil semakin lama kita semua perlu ambil untuk memutuskan rantaian wabak ini.
Tunaikanlah tanggungjawab sebagai rakyat dengan mematuhi peraturan, tidak menyebarkan berita palsu termasuk di media sosial dan hargailah peranan petugas barisan hadapan yang sedang berjuang demi keamanan dan keselamatan negara.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.