Ikan siakap atau dikenali juga dengan nama ikan kakap memang lazat dimasak apa sahaja. Bisanya dikukus, goreng, panggang isinya yang manis dan lembut memang menjadi kesukaan siapa sahaja.
Kali ni min kongsi empat resipi istimewa yang boleh dicuba untuk masak siakap. Masak seekor atau keluar isi ikan jadi ‘fillet’ pun tersangatlah enaknya. Jom cuba, jom tukar lauk, hidang ikan pulak lebih berkhasiat kan…
1. JADE PESTO STEAMED SEA BASS WITH FILIPINO SIZZLING SOY VINAIGRETTE
BAHAN-BAHAN :
- 190 gm fillet /isi ikan siakap
Bahan jade pesto :
- 1 sudu makan minyak kacang
- 11/2 sudu makan sos tiram
- 11/2 sudu teh air
- 1/4 cawan daun bawang | dicincang kasar
- 1/4 cawan daun ketumbar | dicincang
- 3/4 sudu teh halia | ditumbuk
- 3/4 sudu teh bawang putih | ditumbuk
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada hitam secukupnya
Bahan soy vinaigrette :
- 3 sudu makan lada benggala merah | dicincang halus
- 2 sudu makan lada benggala kuning | dicincang halus
- 2 sudu makan lada benggala hijau | dicincang halus
- 2 sudu makan daun bawang (bahagian hijau sahaja) | dicincang halus
- 2 sudu makan daun ketumbar | dicincang halus
- 2 sudu makan lobak putih (daikon)
- 2 sudu makan bawang besar warna putih (sweet onion) | dicincang
- 1/2 sudu makan halia | yang diparut/cincang
- 1/4 cawan minyak kacang
- 2 1/2 sudu makan jus limau nipis
- 7 sudu makan kicap soya
- 1 sudu makan jus lemon
- 1/4 cawan air
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
*Nasi kukus sebagai hidangan bersama sajian ikan
CARA MEMASAK :
Cara menyediakan pesto :
1. Satukan minyak kacang, sos tiram dan air dalam mesin pengisar. Masukkan pula daun bawang, daun ketumbar, halia serta bawang putih , kisar hingga halus menjadi puri.
Cara menyediakan vinaigrette :
2. Satukan lada benggala, daun bawang, daun ketumbar, lobak putih, bawang dan halia di dalam mangkuk atau periuk. Panaskan minyak kacang di dalam kuali hingga berasap.
3. Tuangkan minyak panas ke atas sayur-sayuran tadi sehingga berdesir.
4. Gaulkan rata, dan tambahkan halia, kicap soya, jus lemon dan 1/4 cawan air , jus limau.
5. Perasakan dengan garam dan lada hitam , dan ketepikan.
Cara penyediaan masakan :
6. Sapu rata setiap belah kepingan siakap dengan pesto dan letakkan dalam bekas yang muat dalam pengukus.
7. Biarkan air mendidih dalam pengukus , kemudian masukkan bekas berisi ikan tadi.
8. Kukus 4 hingga 5 minit hingga masak, alihkan ke dalam pinggan.
9. Letakkan nasi kukus di atas atau di bawahnya
10. Siramkan dengan vinaigrette sajian itu.
Saiz hidangan : 1orang
Masa penyediaan : 5 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Sajian Filipina
Keistimewaan : Sos vinaigrette yang masam dan pesto berperisa, gabungan rasa melazatkan sajian
Info Chef : Bahan asas vinaigrette adalah minyak yang dicampur dengan jus lemon dan limau/cuka. Resipi aslinya adalah wain beras, tetapi boleh diganti dengan jus limau untuk rasa masam dan berperisa lazat.
2. SIAKAP KUKUS DENGAN TOFU JEPUN
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor @ 450gm siakap | dibersihkan dan lapkan kering
- Garam secukup rasa
- 50gm halia | dihiris halus
- Daun bawang secukupnya | dihiris halus
- 140gm tofu Jepun (sebungkus) | dihiris bulat
- 200gm pistachio panggang | buangkan selaput dan kulit
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK :
1. Perasakan ikan siakap dengan garam.
2. Letakkan halia, daun bawang dan tofu di atas pinggan, letakkan ikan siakap di atasnya.
3. Baki halia dan daun bawang ditaburkan lagi atas ikan.
4. Panaskan air di dalam kuali hingga mendidih.
5. Letakkan redai di atas air mendidih, tutupkan dan stimkan selama 8-10 minit. Padamkan api
6. Buangkan lebihan air yang jatuh di atas ikan
7. Campurkan dengan kicap soya, gula dan sedikit minyak dan tuangkan atas ikan.
8. Taburkan dengan kacang pistachio panggang.
Saiz hidangan : 4- 5 orang
Waktu memasak :20 minit
Cara memasak : Stim
Jenis masakan : Ikan kukus
Keistimewaan : Sajian mudah dibuat dan enak
Info sihat : Pilih ikan yang berdaging pejal untuk sajian yang enak. Khasiat ikan dan pistachio menjadikan ia sajian yang dipercayai dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
3. FILLET SIAKAP MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap (ambil isi /fillet sahaja) | dilumur garam, kunyit dan tepung jagung
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 4 ulas bawang putih | diketuk
- 3sm halia | dihiris halus panjang
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 biji bawang besar | belah empat atau potong membulat
- 1/2 biji cili benggala hijau | dipotong kasar
- 1/2 biji cili benggala merah |dipotong kasar
- Sepotong nenas | dipotong kiub
- 1/2 cawan sos tomato
- 1 sudu teh sos ikan
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan air tepung jagung
BAHAN HIASAN :
- 8 biji cili padi merah dan hijau
- Sedikit daun bawang | dihiris halus
- Sedikit daun sadri | dihiris halus
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan isi ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian lumurkan dengan tepung jagung.
2. Panaskan minyak dan dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga kekuningan, Masukkan pes cili kering dan tumis hingga cili masak
4. Masukkan pula sos tomato, sos ikan, garam, gula dan sedikit air. Masukkan air tepung jagung. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
5. Akhir sekali masukkan bawang yang dibelah empat , cili benggala merah dan hijau, cili padi dan nenas.
6. Tutup api dan tuang sos masam manis ke atas ikan. Tabur daun bawang dan daun sadri. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 4- 5 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan : Rasa masam manis yang seimbang adalah penentu kelazatan sajian
INFO CHEF : Selain siakap anda boleh juga menggunakan ikan kerapu, bawal dan juga jenis ikan lain yang bersesuaian.
4. SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
Bahan sambal ikan bakar :
- 220 gm biji cili merah /buang biji dan potong kecil
- 2 sm belacan bakar
- 150 gm bawang kecil
- Garam secukupnya
- 2 sudu teh sos ikan
- 2 1/2 sudu teh gula /atau secukupnya
- 3 biji limau kasturi/ perah jusnya
- 2 batang serai /dihiris halus
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 4 sudu makan minyak masak
Pencicah sambal belacan dan bawang :
- 5 biji cili merah
- 2 biji cili padi
- 1.5 sm belacan
- 2 biji bawang kecil/dihiris nipis
- Gula secukupnya
- Garam secukupnya
- 1/2 cawan air asam jawa
CARA MEMASAK :
1. Sambal ikan bakar : Sediakan sambal dengan mengisar cili, bawang, belacan dan serai dalam pemproses makanan.
2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes sambal tadi hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Pastikan cili benar benar masak dan garing.
5. Perisakan dengan garam, gula dan sos ikan. Ketepikan.
7. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dalam air untuk 15 minit dan ambil jusnya.
8. Di dalam pemproses makanan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar.
9. Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan.
10. Memanggang ikan :Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dengan minyak masak.
11. Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu makan sambal adi atasnya.
12. Letakkan ikan di atas gril (rak atas dengan kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu makan sambal di belah ini.
13. Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dengan kepanasan langsung ‘direct heat’ untuk 2 minit.
14. Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.
Saiz hidangan : 7-8 orang
Masa memasak : 25 minit
Cara memasak : Tumis dan gril/panggang
Jenis masakan : Sambal, hidangan sampingan
Keistimewaan : Ikan bakar sambal yang pedas makin sedap dimakan bersama pencicahnya
INFO CHEF : Sambal ikan bakar ini boleh sahaja dibuat lebih sebagai stok untuk disimpan dalam peti sejuk. Apabila teringin nak makan ikan atau makanan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI