Di laman-laman sosial, terlalu banayk resipi yang di kongsikan. Ada diantaranya yang mudah, ada resipi yang sukar namun dipermudahkan penyediaannyamalah ada juga resipi yang diolah menggunakan bahan-bahan yang lebih mudah. Maka terhasillah aneka resipi vira. Khas buat anda, RASA kongsikan resipi kek viral yang boleh anda cuba. Memang sedap dijamin menjadi!
1. KEK KAROT KUKUS
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A: (Dikisar hingga kembang)
2 bji telur
1/2 cawan gula
3/4 minyak jagung
Campur 1 sudu teh esen vanilla
BAHAN B: (diayak)
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
BAHAN LAIN:
1 cawan karot | diparut
CARA MEMASAK:
Campur bahan B campuran tepungke dalam bahan adunan A yang dikisar tadi dan gaul
Masukkan karot. Gaul rata.
Kukus dalam setengah jam ke 45 minit.
Panaskan kukus terlebih dahulu dan tutup permukaan loyang untuk elakkan air menitis atas kek.
Kredit resipi & foto: Zuraini Manap
Ads
2. KEK LAVA COKLAT
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 cawan koko
1 sudu teh esen vanilla
1 1/4 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
Setengah sudu teh baking soda
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan dalam 5 minit kecuali baking powder dan baking soda.
Setelah dikisar rata,masukkan tepung baking soda dan baking powder dan kisar semula hingga sebati.
Bahagi kek kepada 2 loyang saiz 6”atau 7”
Bakar kek 170c selama 30minit atau hingga masak
Kemudian sejukkan untuk letak topping
BAHAN-BAHAN: TOPPING CHEESE
250gm cream cheese.
1 cawan non dairy whipping cream.
1 cawan susu cair/susu full cream.
1 cawan susu pekat manis.
1 sudu kecil esen vanilla.
CARA MEMASAK:
Kisarsemua bahan hingga sebati.
Tuang atas kek dan ratakan.
Ayak koko atas kek.
Kemudian piping cheese di atas koko.Atau boleh buat deko mengikut kesukaan masing-masing.
Kredit resipi & foto: Shahila Hanim
3. KEK PANDAN CHEESE
BAHAN A:
5 biji telur gred A
1 camca besar ovellate
3/4 cawan gula kastor
1 camca besar pes pandan
1 camca kecil pewarna hijau ( kalau nak hijau yang cantik, beli jenis dark green)
semua bahan di atas putar dengan kelajuan tinggi selama 20 minit/warna jadi pudar)
BAHAN B:
1 3/4 cawan tepung gandum
1 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda bikarbonat
(semua bahan dia atas ayak)
1/2 camca kecil cream of tartar
1/4 cawan susu cair
1/4 cawan minyak
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan ayak sedikit sedikit ke dalam Bahan A
Putar lebih kurang 5 minit.
Masukkan minyak dan susu dan kaup balikkan (sebatikan)
Sapukan loyang dengan minyak dan letak kertas kek
Masukkan adunan – Kukus guna api sederhana selama 40 – 45 minit atau sehingga kek masak
BAHAN TOPPING KEK:
250 gram cheese
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan whipping cream
Putar hingga sebati (kalo ikut resepi asal simpan dalam peti sejuk 10 minit)
Curah atas kek
Tambah 1/4 susu cair – untuk lapisan cheese jika mahu cheese yang meleleh
Curah atas kek
Parut cheedar tabur atas curahan krim tadi sbg hiasan
Kredit resipi & foto: cikgu azlina ina
4. KEK RED VELVET GEBU
Ads
*Acuan 7 inci.
Untuk kek 9 atau 10 inci dan 3 lapis, gandakan menjadi 2 adunan
BAHAN A
170g mentega
150g gula castor – saya pakai 120g utk kurang manis
3 biji telur
BAHAN B (kering) – ayak sekali
250g tepung naik sendiri
½ sudu kecil baking soda
2 sudu besar serbuk koko
½ sudu kecil garam halus
BAHAN C – campur dan sebatikan
1 cawan buttermilk – kalau tak ada gantikan dengan ¾ cawan susu + ¼ cawan heavy cream + 1 sudu besar cuka. Kacau sebati dan biarkan selama 10 minit.
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil esen vanilla
CARA MEMASAK :
Pukul mentega sehingga sebati, masukkan gula dan pukul sehingga kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul
Masukkan bahan B (kering) diselang seli dengan Bahan C (cecair). Masukan sedikit demi sedikit dengan membahagi kepada 3 bahagian, mulanya bahan kering dan diakhiri dengan bahan kering
Panaskan oven pada suhu 160 C ( ikut kepananasan oven masing-masing
Masukkan aduna ke dalam acuan dan bakar selama 40-45 minit sehingga masak
FROSTING CREAM CHEESE
BAHAN-BAHAN:
350g cream cheese
70g mentega
200g gula aising
1 sk ekstrak vanilla
CARA MEMASAK:
1. Pukul cream cheese menggunakan speed sederhana bersama mentega hingga kembang dan sebati. Masukkan vanila.
2. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan sehingga sebati dan kembang tetapi jangan terlalu lama takut krim menjadi cair
Ads
Kredit resipi & foto: enyabdullah
5. KEK 2 BAHAN BISKUT MARIE
BAHAN-BAHAN:
Biskut marie (satu bungkus)
Susu cair (satu tin)
CARA MEMASAK:
Kisar kedua-dua bahan sehingga halus.
Kemudian terus tuang ke bekas acuan. Dan kukus sehingga masak.
Toping atas kek guna coklat nutella.
Kredit resipi & foto: raihana maturidi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sedapnya bila menikmati semangkuk Mee Suppanas-panas. Bila waktu begini, menu simple sahaja sudah cukup untuk mengenyangkan perut. Andai ibu-ibu baru pulang dari pejabat, lagilah kalua boleh nak elak masak menu yang susah. Sebab sudah penat seharian.
Menu Mee Sup begini digemari ramai tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Jika tak gemar mee, boleh digantikan dengan bihun, kuetiau, pasta malah kalau nak makan dengan nasi pun boleh.
Andai tak habis dan ada lebihan, boleh simpan dan panaskan kembali untuk sarapan. Jimat masa dan wang kan?
Jom cuba resipi perkongsian saudari Zur Ain Salim. Pasti anda sekeluarga juga sukakan rasanya.
Resipi ni sesuai untuk keluarga yang ramat ‘umatnya’. Bagi 3 kg kerang, wah banyak tu tapi bila dah mula makan tak perasan pun dah balun makan banyak mana.
Kerang masak rendang memang sedap weii.
Cili kering campur cili padi memang meleleh air liur. Jom cuba resipi rendang pedas ni.
RENDANG KERANG PEDAS
BAHAN-BAHAN :
3kg kerang | gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10minit, ambil isi
Bahan kisar :
5 biji bawang merah ros
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
2inci halia
1inci lengkuas
1inci kunyit hidup
5 batang serai | ambil bahagian dalam putih sahaja
10 biji cili api kampong
10tangkai cili kering – buang biji, rebus dan kisar halus
Santan – 1 biji kelapa
3sudu makan kerisik
2 keping asam
3 helai daun kunyit – hiris halus
½ cawan minyak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak
2. Masukan santan, biarkan merenih dengan api perlahan
3. Masukan kerisik dan asam keping – reneh sampai pekat
4. Masukan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan, perasakan garam dan gula.
5. Masukan daun kunyit yang dihiris halus dan rasakan dengan garam
#daporchefgarang
Kredit Resepi Dan Video : Aezach Ar
Kalau ada hajat nak buat sendiri biskut raya. Ini tiga resipi biskut raya yang sedap dan senang membuatnya. Gerenti jadi dan mesti ramai tetamu memuji keenakanya. Usah tunggu lagi, segeralah membaking kuih raya.
RED VELVET CRINCLE COOKIES
BAHAN-BAHAN:
115gm mentega
200gm muscovado sugar (gula perang)
2 biji telur
2 sudu teh pewarna merah
BAHAN AYAK:
280gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh soda bikarbonat
40gm serbuk koko
25g gula ising | untuk digolek dengan bebola doh
CARA MEMASAK:
Pukul telur dan muscovado sugar sehingga kembang.
Masukkan telur. Pukul lagi. Campur pewarna merah.
Masukkan bahan ayak. Campur semua sehingga menjadi doh.
Bulat-bulatkan doh dan golekkan dengan gula ising.
Susun di atas dulang pembakar. Tekan sedikit doh menjadi leper sedikit.
Bakar selama 12-15 minit pada suhu 165C.
Keluarkan dan sejukkan. Sedia dinikmati.
SAMPERIT
BAHAN-BAHAN:
250gm buttercup
50gm gula kastor
120gm susu pekat manis
370gm tepung jagung
30gm tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna kuning, ungu dan pic secukupnya
Manik hiasan secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan mentega dan gula ke dalam mangkuk mixer. Pukul sebati.
Masukkan susu dan esen vanila.
Ayak tepung jagung bersama tepung kastard dan masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul dengan tangan sehingga menjadi doh.
Bahagikan doh kepada tiga bahagian. Warnakan dengan satu warna bagi setiap adunan.
Masukkan ketiga-tiga doh berwarna ke dalam acuan semperit. Tekan membentuk bunga. Lakukan hingga selesai. Hias dengan manik hiasan di atasnya.
Bakar suhu 160°C selama 15 – 20 minit.
Keluarkan dan sedia dinikmati.
WHITE CHOCOLATE PEANUT BUTTER BARS
BAHAN-BAHAN:
226gm mentega | cairkan
1 cawan mentega kacang
1 cawan biskut cream crackers
450gm gula ising
340gm coklat putih
CARA MEMASAK:
Di dalam mesin pemproses makanan, kisar biskut cream crackers, gula dan mentega kacang.
Kemudian gaul bersama mentega yang dicairkan.
Masukkan ke dalam loyang 8 x 8 inci. Tekan-tekan sedikit.
Cairkan coklat putih dan tuang ke atas aduan tadi. Sejukkan sebelum potong.
Kalau nak ajar anak-anak makan sayur mungkin boleh mulakan dengan hidangan seperti ini. Goreng terung ala fries, rasanya yang rangup membuatkan anak tak perasan yang dimakan adalah sayur. Boleh dijadikan kudap-kudapan atau lauk pun boleh.