Nak kelainan dalam hidangan nasi ni dia 4 aneka nasi istimewa dan mi dari Azian Hasan, penulis buku masakan. Garapan resipinya memang ori dan gerenti jadi.
Katanya memasak makanan yang sedap pastinya memahat kenangan indah buat orang yang menjamu hidangan yang disediakan. Cubalah nanti ya…
1. NASI KARI DAGING
BAHAN-BAHAN :
1/2kg daging | dipotong besar dan direbus sehingga lembut, simpan airnya)
3 cawan beras biasa
4 cawan air rebusan daging
2 labu bawang merah besar | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
1.5 sm halia | dihiris halus
2 sm kulit kayu manis
1-2 kuntum bunga lawang
3 sudu makan mentega
3 sudu makan minyak masak
3 sudu besar rempah kari daging | campurkan sedikit air,jadikan pes
1 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan tomato puri
2 biji tomato | dipotong dadu
1 ikat daun ketumbar | secekak, dihiris halus
Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA : 1.Panaskan minyak dan mentega 2. Tumis, bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi 3.Masukkan rempah kari daging dan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air dan dijadikan pes. Masak sehingga rempah garing 4.Masukkan daging, air daging, tomato puri, garam dan masak sehingga mendidih 5.Masukkan beras, tomato dan daun ketumbar. 6. Apabila masak gaulkan sekata.
Cara memasak : Tumis dan didih Keistimewaan : Hidangan nasi berdaging dengan diperkayakan rempah ratus
INFO : Nasi kari daging ini adalah sajian fusion India dan Melayu . Diinspirasikan dari masakan India tapi menepati citarasa dan selera Melayu
Ads
2. NASI PULAO SAYUR-SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras basmathi | dibersihkan dan direndam selama sejam
1 ¾ cawan air
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
2 biji bawang merah | dimayang
2.5 sm halia | dihiris memanjang
2 biji tomato | dipotong dadu
1 batang lobak merah | dipotong dadu
2 biji ubi kentang | dipotong kecil
200gm kobis bunga | dipotong kecil
1 cawan kacang pis hijau
4 biji cili hijau | dipotong pendek
2 cekak daun ketumbar | dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA: 1. Panaskan minyak di dalam periuk dan kemudian masukkan minyak sapi. 2. Tumis bawang merah , halia, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, jintan manis, tomato dan cili hijau sehingga terbit bau wangi. 3. Masukkan beras, ubi kentang, lobak merah, kobis bunga , daun pandan dan air. 4. Tutup periuk dan masak sehingga nasi masak. 5. Akhir sekali masukkan kacang pis dan kacau nasi sehingga sebati. Taburkan dengan daun ketumbar.
Jenis masakan : Sajian Nasi Keistimewaan : Hidangan nasi sayur-sayuran tinggi serat
INFO CHEF : Selain Pakistan nasi pulao juga terkenal di India, Afghanistan., Bangladesh, Turki dan beberapa negara Timur Tengah dengan panggilan nama berbeza seperti ilaf, Palao, Pilau dan lain-lain.
3. BIHUN YING YONG
BIHUN YIN YONG.
BAHAN-BAHAN :
100gm bihun
100gm isi ayam | dipotong dadu
1 biji lobak merah | dipotong memanjang
3 ulas bawang putih | dicincang halus
2 sudu teh pati serbuk ayam
1 sudu teh minyak bijan
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan air
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan goreng mihun sehingga keperangan. Angkat dan toskan. 2. Tinggalkan dalam 2 sudu makan minyak. 3. Masukkan udang dan masak sehingga kemerahan. Angkat dan ketepikan. 4. Masukkan bawang putih . Masak sehingga wangi. 5. Masukkan isi ayam, stok ayam, serbuk lada sulah, garam dan sedikit air. Masak sehingga mendidih. 6. Campurkan tepung jagung bersama air dan tuangkan ke dalam kuah. 7. Letakkan bihun ke dalam pinggan dan tuangkan kuah ke atasnya.
Jenis masakan : Sajian mi, China Kantonis Keistimewaan : Hidangan bihun istimewa enak berperisa
INFO CHEF : Bihun yang digoreng memberikan rasa rangup. Anda boleh aje menggandingkannya atau menambah ramuan kuey teow.
1. Panaskan minyak masak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi. 2. Masukkan udang kering dan masak sehingga udang garing. 3. Masukkan labu dan kacau sebati. Biarkan labu hingga empuk. 4. Gunakan api besar kemudian masukkan nasi, kicap cair, dan sos tiram. 5. Masak sehingga nasi betul-betul garing dan akhir sekali pecahkan telur ke dalam nasi. 6. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah. 7. Kacau sebati kemudian masukkan cili merah. 8. Angkat dan hias dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
Jenis masakan : Sajian Nasi, China Fusion Keistimewaan : Hidangan nasi berperisa labu yang lazat
INFO CHEF : Labu kuning kaya dengan beta karotene dan bersifat anti oksidan, ia memberi manfaat kesihatan yang baik kepada tubuh seperti menajamkan penglihatan dan mencegah kanser.
5 .DAGING SELASIH
Ads
BAHAN-BAHAN :
250gm daging cincang
4 biji cili merah | dihiris halus
4 biji cili padi| ditumbuk
5 ulas bawang putih | ditumbuk
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos ikan
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan minyak masak
2 genggam daun selasih
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Tumbuk cili merah, cili padi dan bawang putih. 2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi. 3. Masak sehingga cili garing. 4. Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging empuk dan masak, 5. Masukkan sos ikan, kicap cair dan sos tiram. Kacau sebati. 6. Perasakan dengan garam. 7. Masukkan daun selasih dan gaul kan kesemuanya. 8. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Jenis masakan : Sajian Nasi, masakan pengaruh Thai Keistimewaan : Keunikan rasa yang sedap dibangkitkan oleh daun selasih
INFO CHEF : Daun selasih atau dikenali dengan daun kemangi , sering digunakan sebagai penyedap makanan dalam sajian atau lauk bagi membangkitkan aroma hidangan yang disediakan.
RESIPI : AZIAN HASAN, PENULIS BUKU MASAKAN
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Resipi mayones ni ada macam-macam. Ada yang hanya kisar sahaja, ada yang perlu dimasak. Bagi min, resipi mayones yang masak ni lebih sedap dan tak rasa hanyir. Jom cuba. Anak-anak mesti suka.
MAYONES HOMEMADE 5 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur 4 sudu makan gula 1 sudu teh garam 1/2 cawan cuka 1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dalam bekas pengisar. Kisar hingga lembut dan berkrim. 2. Kemudian masak bahan kisar tadi guna kuali non-stick menggunakan api kecil.
3. Setelah mayones kelihatan kental, padam api dan biarkan sejuk. 4. Masukkan sekali lagi ke dalam pengisar dan kisar seketika.
5. Tuang ke dalam balang dan sedia untuk digunakan.
Masih tercari-cari menu utama untuk hidangan di hari raya Aidiladha? Seksi 6 set resipi menu nasi dengan padanan pelbagai lauk pauk ini diharapkan boleh membantu anda merancang menu untuk tetamu istimewa di Hari Raya. Sangat mudah, enak dan menjadi pilihan ramai. Selamat mencuba!
1. SET NASI DAGING
1. NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi |rendam 30 minit dan tos
1 liter air rebusan daging
500gm hirisan daging rebus
1cawan susu cair
2 helai daun pandan simpul
1 sudu makan rempah sup
1sudu makan rempah kurma
1 sudu pes tomato
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
Rempah Penumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis daun pandan bahan rempah penumis.
Kemudian masukkan bahan kisar, serbuk kurma dan sup, tambah sedikit air dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan air rebusan daging dan susu cair bersama tomato puri dan kacau lagi.
Setelah air mendidih masukkan beras dan daging, perasakan dengan garam secukupnya.
Masak seperti nasi biasa lebih kurang 15-20 minit.
INFO CHEF:Selain beras basmathi, anda juga boleh menggunakan beras Siam.
2. DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang
1 sudu pes asam jawa
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm halia
3cm kunyit hidup
4 batang serai
CARA MEMASAK:
Potong daging kepada beberapa bahagian. Cuci bersih dan toskan.
Gaulkan bahan kisar bersama daging hingga sebati.
Perapkan sekurang-kurangnya satu jam.
Kemudian bakar (semasa membakar sentiasa balik-balikkannya).
Setelah masak, hiris nipis.
Sedia dihidangkan bersama Air Asam dan Nasi Daging.
3. AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
3cm belacan | bakar
1/2 cawan air asam jawa
1 biji limau nipis | jus sahaja
2 biji tomato | potong dadu
2-3 ulas bawang besar | hiris nipis
4-5 biji cili padi |hiris nipis
3 biji cili merah | hiris nipis
3-4 biji cili hijau | hiris nipis
Sedikit gula dan garam
CARA MEMASAK:
Bancuhkan belacan dengan jus limau nipis dan air asam jawa.
Masukkan kesemua bahan hirisan yang lain.
Tambahkan sedikit garam dan gula, gaul rata.
Air Asam sedia dihidangkan.
2. SET NASI TOMATO
1. NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi | rendam 30 minit, tos
1 liter air
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan
1 cawan puro tomato
3 sudu minyak sapi
2 sudu minyak masak
1 sudu makan serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa
BAHAN HIRIS:
3cm halia
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
BAHAN PENUMIS:
4 kuntum bunya cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam periuk, tumiskan bahan hirisan bersama rempah penumis hingga wangi.
Panaskan minyak, tumis bahan hirisan bersama bahan penumis hingga wangi.
Masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, kacau rata sehingga ayam layu.
Seterusnya masukkan santan, air asam, kentang, biarkan mereneh dan isi ayam empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali setelah cukup rasa, masukkan bawang besar dan hirisan cili.
Selepas dua minit, tutup api. Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:Selain santan anda boleh tukar dengan susu cair.
3. NANAS TUMIS
BAHAN-BAHAN:
1 biji nenas | potong kecil
5 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
3cm halia
1 sudu makan udang kering
1 sudu makan biji sawi
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis
REMPAH PENUMIS
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
CARA MEMSAK:
Panaskan minyak, tumis bahan penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Seterusnya masukkan udang kering dan potongan nanas. Kacau hingga rata baru masukkan sedikit air.
Taburkan serbuk kunyit dan biji sawi dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:Anda juga boleh gunakan nanas dalam tin jika suka.
3. SET NASI MINYAK
1. NASI MINYAK
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras basmathi | rendam 30 minit & toskan
6 cawan air
1 cawan susu cair
3 sudu mentega
1biji bawang besar | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
1 helai daun pandan
1 sudu makan serbuk perasa ayam
1/2cawan kismis | goreng
Garam secukup rasa
Rempah Penumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dalam periuk, tumiskan bahan penumis bersama daun pandan hingga wangi, kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga naik bau.
Masukkan beras yang telah direndam tadi, kacau rata. Masukkan air dan susu cair serta serbuk perasa ayam dan garam secukupnya.
Biarkan seketika tutup periuk dan biarkan masak lebih kurang 20 minit.
Sebelum angkat masukkan kismis yang telah digoreng menggunakan mentega.
Kacau rata, dan tutup semula. Biarkan dalam 5 minit lagi.
Nasi sedia dihidangkan bersama
2. KARI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | potong dadu
300ml santan pekat
200 ml air
3 sudu makan serbuk kari daging
3 sudu makan air asam
Garam, gula dan perasa secukupnya
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
2cm lengkuas
BAHAN PENUMIS:
Rempah penumis | kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
1 biji bawang besar | hiris halus
2 batang serai | hiris halus
2 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis rempah penumis, hirisan bawang besar, serai dan daun kari hingga wangi.
Masukkan bahan kisar,tumis hingga pecah minyak dan masukan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika lagi.
Seterusnya masukkan daging, kacau hingga daging berubah warna. Tambahkan air, dan biarkan daging mereneh.
Apabila daging empuk masukkan santan, air asam, garam, gula dan perasa secukupnya.
Kacau dan biarkan kari mereneh lebih kurang lima minit atau hingga timbul minyak.
Tutup api dan hidangkan.
3. ACAR IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
200gm isi ikan masin kurau | potong dadu kecil
200gm buah-buahan jeruk | toskan air
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
20 biji cili padi kampung | buang tangkai
3 sudu makan cuka masak
1 sudu makan gula perang/Melaka
2 sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa
1/4cawan air
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
2 sudu makan cili kisar
1 biji bawang besar
3cm halia
2 inci kunyit hidup
BAHAN REMPAH:
1 sudu teh ketumbar biji
1sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
3/4 sudu teh halba
1 sudu teh biji sawi
CARA MEMASAK:
Isi ikan masin dicuci dan rendam sekurang-kurangnya satu jam (tukar air rendaman setiap 20 minit). Kemudian toskan.
Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat dan toskan minyak.
Panaskan kuali, goreng bahan rempah tanpa minyak dengan api kecil dan sentiasa kacau sehingga wangi.
Kemudian kisar (gunakan kisar kering) atau tumbuk hingga halus. Ketepikan.
Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali. ). Tumis bahan kisar dan masak hingga garing. Kemudian tambahan bahan rempah yang telah dikisar. Kacau rata dan masak sekejap.
Masukkan gula melaka, gula pasir dan cuka makan.
Kacau dan masukkan ikan masin yang telah digoreng, bawang merah, bawang putih dan cili padi.
Gaul rata. Tuang air, kacau dan kecilkan api. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit lagi garam, begitu juga dengan gula.
Matikan api, dan boleh hidangkan bersama nasi putih.
4. SET NASI BRIYANI
1. NASI BRIYANI
BAHAN-BAHAN:
1kg beras Basmathi | rendam 30 minit dan tos
2 sudu makan rempah beriani | bancuh dgn sedikit air
4 biji buah tomato | potong dadu
100 gm daun pudina
100 gm daun ketumbar
1 liter air
200ml susu cair
4 sudu makan minyak sapi
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang gajus | bakar
Pewarna kuning |bancuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
5 ulas bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih |hiris
2cm halia | hiris halus
2cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi dalam kuali, tumiskan bahan penumis hingga wangi.
Masukkan rempak briani yang telah dibancuh dengan sedikit air, tumis hingga pecah minyak.
Masukkan tomato yang telah dipotong dadu.
Seterusnya masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi yang berisi beras yang ditoskan tadi bersama daun ketumbar dan pudina.
Masak seperti nasi biasa. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
2. KAMBING BRIYANI
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing | potong ikut cita rasa
4 biji kentang | kupas dan belah empat
2 biji bawang besar | belah empat
2 biji cili merah | belah 2 tapi tak putus
2 biji cili hijau | belah 2 tapi tak putus
2 sudu makan bawang goreng
2 pokok daun ketumbar
1 cawan susu cair/segar
1 biji lemon
1 biji bawang besar, hiris
2 sudu makan rempah briani
2 sudu makan gula Melaka
2 sudu makan kerisik
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
1 biji tomato yang masak ranum
3 biji cili hijau
BAHAN TUMIS:
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga 5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, kemudian campurkan dengan minyak sapi, tumis hirisan bawang besar hingga layu. Kemudian masukkan bahan tumis dan masak hingga wangi.
Masukkan rempah briani yang telah disatukan dengan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan daging kambing, hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Biarkan mereneh hingga daging lembut.
Masukkan kentang, kerisik dan belahan bawang besar.
Perah lemon dalam susu cair, kacau sebati dan masukkan kambing briani.
Apabila kentang empuk. Perasakan dengan gula Melaka dan garam secukupnya.
Akhir sekali tambah cili merah dan cili hijau. Biarkan mereneh seketika sebelum dimatikan api.
Hias dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
INFO CHEF:Untuk menghilangkan bau daging kambing, gaulkan daging kambing dengan satu sudu makan tepung gandum dan perap 20 minit. Kemudian cuci bersih dan toskan.
3. ACAR TUMIS
BAHAN-BAHAN:
2 batang timun, | buang biji dan potong memanjang
1 batang lobak merah | hiris memanjang
2 biji cili merah | buang biji dan hiris memanjang
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk kari daging
2 cm halia hiris memanjang
2 sudu makan cuka
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh biji sawi
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN-BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan halia, kacau seketika.
Masukkan bahan kisar, rempah kari dan serbuk kunyit tumis hingga kekuningan.
Seterusnya masukkan bawang merah dan bawang putih (biarkan sebiji-sebiji), timun, lobak merah, cili merah, kacau rata.
Kemudian tambahkan cuka, garam, gula dan biji sawi secukupnya.
Jika perlu tambah air, tambahkan sedikit sahaja.
Gaul rata, angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk kekalkan keranggupan timun dan lobak merah rendamnya dengan air kapur. Kemudian cuci dan toskan sebelum ditumis.
5. SET NASI HUJAN PANAS
1. NASI HUJAN PANAS
BAHAN-BAHAN:
1kg beras bahmathi | rendam 30 minit dan toskan
1 liter air
200ml susu cair
Pewarna merah, kuning dan hijau
Daun pandan
Garam secukup rasa
3 sudu makan mentega
2 sudu makan minyak masak
BAHAN PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
BAHAN HIRISAN:
1 labu bawang besar
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan cairkan mentega dalam periuk.
Tumiskan bahan penumis dan hirisan hingga kekuningan dan wangi.
Masukkan beras, air, susu dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan dalam periuk elektrik dan masak seperti nasi biasa.
Bila air nasi sudah kering dan hampir masak. titiskan pewarna merah, hijau dan kuning. Biarkan seketika.
Apabila nasi sudah masak gemburkan nasi untuk memberikan nasi dengan warna warni.
2. AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana
1 biji bawang Holland | hiris bulat
2 pokok daun bawang | potong 3cm
1/2batang lobak merah | hiris memanjang
2 batang serai | hiris
6 biji tomato ceri
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu teh pes asam jawa
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam kemudian gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis (lebih kurang tiga sudu makan).
Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan masukkan pes cili hirisan bawang besar dan serai. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan pes asam jawa, sos tomato dan sos cili, kacau lagi.
Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
Sebelum angkat,masukkan tomato ceri, hirisan lobak merah dan daun bawang.
Tutup api, angkat dan hidangkan dengan nasi tomato.
3. PAJERI NANAS
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji nanas manis | potong separa bulat
2 sudu makan kerisik
4 sudu besar rempah daging
1 sudu makan udang kering |dikisar kasar
1 cawan pati santan – dicampur dengan 2 cawan air
2 sudu makan gula perang
2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
BAHAN HIRIS:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm halia
BAHAN REMPAH PENUMIS:
3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis dan bahan hirisan. Tumis hingga naik bau.
Seterusnya masukkan bahan kisar, udang kering dan pes kari yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau lagi hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan santan dan terus kacau.
Pdengan garam dan gula secukupnya, biarkan terus mereneh.
Setelah kuah pekat masukkan nanas dan kerisik.
Kacau dan biarkan mereneh atas api kecil.
Setelah kuah agak pekat dan timbul minyak, tutup api.
Pajeri sedia dihidangkan.
6. SET NASI ARAB AYAM KABSAH
1. NASI ARAB
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras basmathi | rendam 30 minit dan toskan
1 liter air
200ml yogurt
200gm daging | hiris nipis
2 sudu makan rempah Nasi Arab
1/2 cawan minyak zaitun
2 biji bawang besar | belah empat
2 biji tomato | belah empat
2 biji cili hijau | potong dua
2 helai daun bay
2 tangkai daun ketumbar
200gm daging | hiris nipis
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
BAHAN REMPAH PENUMIS:
2 keping kulit kayu manis,
2 kuntum bunga lawang,
6 biji buah pelaga
8 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar dan kacau lagi. Diikuti dengan rempah nasi arab yang dibancuh dengan sedikit air.
Tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan daging. Kacau lagi.
Seterusnya masukkan beras, air, yogurt, hirisan bawang, tomato, daun bay, daun ketumbar dan garam secukupnya.
Tutup periuk dan biarkan nasi masak seperti biasa lebih kurang 15-20 minit.
Nasi sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk rasa yang lebih sedap anda boleh asapkan nasi arab dengan cara bakar seketul arang hingga menjadi bara, letakkan di atas foil dan masukkan dalam periuk nasi, dan tuangkan sedikit minyak zaitun di atas. Biarkan asam terperangkap dalam periuk.
2. AYAM KABSAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz sederhana | potong lapan
3 biji bawang besar | potong dadu
3 biji tomato | potong dadu
1 sudu makan tomato puri
2 sudu makan rempah Kasbah
3 cm halia | kisar
6 kuntum bunga cengkih
4 keping kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 helai daun bay
1/2 sudu teh garam masala
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk.
Kemudian masukkan semua bahan di dalamnya.
Masak di atas api sederhana, biarkan hingga ayam masak.
Toskan ayam sebelum dihidangkan bersama nasi Arab.
JIka suka boleh juga panggang ayam ini sebelum dihidangkan jika ingin lebih garing.
INFO CHEF:Air rebusan ayam ini jangan dibuang simpan untuk dimasukkan dalam nasi arab .
3. SALAD SALATA
BAHAN-BAHAN:
1 batang timun | buang tengah ,potong dadu
Tomato | buang biji, potong dadu
1 batang lobak merah | potong dadu
2 biji cili merah | cincang
1 pokok daun ketumbar | hiris
Garam, gula dan cuka secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan hirisan dalam mangkuk.
Kemudian campurkkan gula garam dan cuka dalam mangkuk lain.
Kacau rata dan secukup rasa.
Tuangkan dalam bahan hirisan dan gaul rata.
Sedia dihidangkan
INFO CHEF: Jika tidak mahu cuka boleh gunakan yogurt kosong untuk salad ini.
4. SOS NASI ARAB
BAHAN-BAHAN:
3 biji cili hijau
10 biji cili hijau
2 biji tomato
1 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun pudina
1 biji lemon | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan dalam mesin pengisar, kisar hingga hancur.
Rasakan garam dan gulanya., jika ada kurang tambah.
Sos sedia dihidangkan dengan Ayam Kabsah dan Nasi Arab.
INFO CHEF:Jika anda tambah yogurt atau mayones dalam sos ini.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Fikir untuk menu tengah hari ni. Nak rasa puas makan cubalah buat resipi Sambal Ayam Pedas. Gerenti bertambah nasi nanti. Boleh guna daging untuk resipi ini.
SAMBAL AYAM
Bahan-Bahan: Ayam Cili kering (direbus) Bawang besar 4 sekawan Bawang putih Serai Asam keping 1 senduk kecil sos cili Gula dan garam secukupnya Sedikit kicap Daun kari
Cara membuat:
1.Ayam digoreng separuh masak.Cabai kering direbus. Lepas tu toskan. 2.Kisar bersama sebiji bawang besar. Minyak gorengan tadi boleh digunakan untuk tumis 4 sekawan(kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang)halia dan bawang putih yang diketuk dan serai. 3.Kemudian masukkan cabai yang dikisar tadi.Tambah sikit air. 4.Masuk sekeping asam keping. 5.Masukan 1 senduk kecil sos cili.Tunggu mendidih baru masuk ayam.Masuk gula dan garam.aji sikit jika suka.Tambah lagi air dalam setengah cawan. Biar mendidih. 6.Agak-agak dah hampir kering, letak kicap sikit untuk dapat warna yang cantik. 7.Masuk bawang besar yang dihiris bulat. 8.Gaul kesemuanya. 9.Lepas tu baru letak daun kari.Gaul lagi.Dah naik bau daun kari, tutup api.