Teringin masak nanas untuk campuran dalam masakan, ini ada idea bagus, senang dan sedap. Tak payah dan kupas kulit, nak celur  dan silap-silap masam rasanya. Jagi guna je nanas dalam tin dan tentu sedap dan mudah disediakan. Anda boleh pilih nanas dalam tin bentik kiub atau bulat, kemudian campurkan saja dalam masakan.

Senang je kan ? Nak senang lagi ini RASA kongsikan resipinya:-

5 Menu Olahan Nanas Dalam Tin Yang Sedap & Mudah, Korang Boleh Cuba Ni.

AYAM NANAS MERAH MADU

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm isi dada ayam | hiris nipis
  • 1/2 cawan nanas dalam tin | dadu kecil
  • 3 sudu makana madu
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • Sedikit hirisan  cili benggala merah dan hijau
  • 1/2 biji bawang Holland  | potong dadu
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Goreng hirisan isi ayam yang telah digaul dengan sedikit garam halus. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
  5. Masukkan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air nanas dalam tin.
  6. Kemudian tambahkan sos tomato dan madu, kacau rata dan perasakan dengan garam.
  7. Setelah cukup rasa masukkan isi dada ayam goreng tadi.
  8. Seterusnya masukkan hirisan nanas dan cili banggala.
  9. Gaul rata seketika, kemudian tutup api.
  10. Ayam Nanas Merah Madu sedia dihidangkan.

5 Menu Olahan Nanas Dalam Tin Yang Sedap & Mudah, Korang Boleh Cuba Ni.

DAGING GORENG HALIA BERSAMA NANAS

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
  • 1/2 cawan hirisan kecil nanas dalam tin | hiris kecil
  • 5cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 1/2 bawnag Holland | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • Sedikit hirisan  daun bawang
  • 3-4 biji cili padi | hiris halus
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam dan sedikit gula
  • 4 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng hirisan daging yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah hingga bertukar warna.
  2. Tolak ke tepi kuali daging, tumis pula bawang Holland, bawang putih dan hirisan halia dan cili padi.
  3. Kemudian tolak semula daging ke tengah kuali, kacau rata dengan bahan tumisan.
  4. Masukkan hirisan nanas, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah cukup rasa, tutup api dan taburkan hirisan daun bawang dan gaul lagi.
  6. Daging Goreng Halia sedia dihidangkan.

5 Menu Olahan Nanas Dalam Tin Yang Sedap & Mudah, Korang Boleh Cuba Ni.

Ads

PAJERI TELUR PUYUH NANAS

BAHAN-BAHAN:

  • 15 biji telur puyuh| rebus dan buang kulit
  • 4 hirisan bulat nanas dalam tin | belah dua
  • 250ml santan kotak
  • 2 sudu makan  udang kering | cuci bersih dan kisar kasar
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan rempah kerutup
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk jitan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

REMPAH PENUMIS:

  • 3cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 1 batang serai

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah pemumis dengan bahan kisar.
  2. Setelah wangi campurkan pula campuran serbuk rempah ratus yang telah dibancuh dengan sedikit air serta udang kering yang telah dikisar tadi.
  3. Kacau hingga pecah minyak, baru masukkan santan.
  4. Setelah mereneh masukkan hirisan nanas dan telur puyuh yang telah direbus tadi.
  5. Gaul rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api, dan masukkan kerisik.
  7. Kacau rata, apabila timbul minyak, tutup api dan sedia dihidangkan.

5 Menu Olahan Nanas Dalam Tin Yang Sedap & Mudah, Korang Boleh Cuba Ni.

PINDANG KUNYIT IKAN BERSAMA NANAS

BAHAN-BAHAN

  • 2 keping ikan jenahak | cuci bersih dan tos
  • 3 keping nanas dalam tin bentuk bulat | potong kecil
  • 3 keping asam gelugor
  • 6 biji cili padi hijau | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2cm lengkuas | hiris
  • 2cm halia | hiris
  • Air secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 4 biji cili padi merah
  • 3cm kunyit hidup
  • 3 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air secukupnya dalam periuk bersama bahan kisar, kacau rata.
  2. Masak atas api sederhana, setelah mendidih masukkan ikan, hirisan lengkuas, halia dan asam keping. Biarkan mereneh.
  3. Apabila ikan masak, masukkan nanas dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Tutup api, pindang ikan sedia dihidangkan.

5 Menu Olahan Nanas Dalam Tin Yang Sedap & Mudah, Korang Boleh Cuba Ni.

UDANG KARI MERAH THAI BERSAMA NANAS

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm udang saiz XL
  • 4 keping nanas dalam tin | potong dua
  • 250ml santan kotak
  • 2 sudu makan pes kari merah Thai | boleh di pasaraya
  • 3 helai daun limau purut | carik-carik
  • 2 hirisan lengkuas | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 biji cili merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan pes kari merah Thai, kacau rata lebih kurang dua minit.
  3. Masukkan udang, hirisan lengkuas dan daun limau purut.
  4. Kacau rata, kemudian masukkan santan dan hirisan nanas.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Apabila udang sudah masak, tutup api.
  7. Udang Kari Merah Thai sedia dihidangkan.

 

 

 

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

Ads

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI