Sajian Ala Thai cukup terkenal hampir di seluruh dunia. Bahkan masakan ini juga cukup dekat dengan masyarakat di Malaysia. Hidangan Thai yang kebiasaannya mengandungi rasa masam, masin dan pedas sentiasa menjadi pilihan ramai penduduk Malaysia. Kali ini RASA kongsikan 6 jenis masakan Thai berasaskan ayam yang boleh anda cuba.
AYAM SOS THAI
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
2 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
8 sudu makan sos Thai
2 batang serai | titik
2 biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
3cm halia | hiris halus
1/2 biji cili Benggala hijau | hiris
1/2 biji cili Benggala merah | hiris
1/2 batang lobak merah | hiris
3 biji cili padi hijau |hiris halus
1 tangkai cili merah | hiris halus
2 sudu teh sos ikan
60ml air
Minyak masak secukupnya
Daun ketumbar untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan ayam bersama tepung jagung, serbuk pati ayam, dan serbuk lada hitam. Gaul sebati. Ketepikan.
Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. Gorengkan ayam sehingga warna perang keemasan, angkat, tos dan ketepikan.
Salin minyak di dalam kuali dan tinggalkan sedikit sahaja untuk menumis. Setelah itu tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, dan serai sehingga wangi. Dikuti dengan lobak merah, cili padi dan cili merah.
Kemudian masukkan sos cili Thai, sos ikan dan air secukupnya. Kacau sebentar hingga kuah mereneh.
Setelah itu masukkan cili Benggala hijau dan merah. Apabila cili Benggala telah agak layu sedikit masukkan ayam tadi kacau dan tutupkan api. Siap untuk dihidangkan. Hiaslah dengan daun ketumbar yang dipotong agak kasarjika suka.
Info chef: Jumlah air bergantung sama ada anda ingin lebih berkuah atau agak kering.
GULAI AYAM SIAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
250ml santan pekat
250ml air
6 biji terung kampung | belah dua
1 biji bawang besar | kisar
4 biji bawang putih | kisar
3cm lengkuas | hiris dan kisar
3cm kunyit | hiris dan kisar
6 tangkai cili padi hijau | kisar
2 batang serai | hiris halus dan kisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 helai daun limau purut | carik
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili padi hijau, serai, daun limau purut, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam hingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya, kacau sebentar dan biarkan sehingga kuah mereneh dan ayam agak empuk dan masak.
Setelah ayam agak empuk,masukkan terung kampung dan akhir sekali santan pekat. Masaklah sehingga kuah agak memekat kemudian tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Info Chef : Terung kampung boleh digantikan dengan terung pipit.
Ads
SALAD AYAM THAI
BAHAN-BAHAN:
2 ketul isi dada ayam
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh sos Thai
300gm daun kubis | hiris halus
2 batang lobak merah | hiris halus
1 batang timun | hiris halus
3 batang daun bawang | potong 3cm panjang
250gm kacang tanah goreng
1 biji cili merah | potong halus
4 biji cili padi |potong halus
1 biji cili Benggala hijau |hiris memanjang
1 biji cili Benggala merah |hiris memanjang
2 tangkai daun pudina
2 pokok daun ketumbar |potong kasar
Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK SOS SALAD:
2 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan mentega kacang
3 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
1 biji limau nipis | ambil jusnya
3 sudu teh cuka
4 sudu teh gula pasir
4 biji bawang putih | cincang
2 sudu makan air masak
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan dada ayam bersama sos ikan, serbuk lada hitam dan sos Thai. Perap selama 30 minit. Setelah itu goreng dada ayam di dalam kuali angkat dan hiris agak nipis. Ketepikan.
Di dalam mangkuk salad ,satukan semua bahan yang telah dihiris dan dipotong halus tadi. Masukkan ayam dan gaul sebati.
Untuk membuatkan sosnya; masukkan kesemua bahan sos ke dalam bekas plastik kedap udara dan goncang sehingga kesemua bahan sebati. Apabila saat untuk menghidang, tuangkan sos ke dalam salad tadi dan gaul sebati. Siap untuk dihidangkan.
Info Chef: Sos salad jangan diletakkan terlalu awal agar dapat mengekalkan kerangupan sayuran salad tersebut.
Ads
AYAM HALIA
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6 – 8 ketul
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
5cm halia |hiris halus dan memanjang
1 biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
4 biji cili padi | hiris
1 tangkai cili merah | hiris
1/2 batang lobak merah | hiris halus dan memanjang
4 tangkai kacang panjang | potong 3cm panjang
2 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu teh cuka atau secukup rasa
60ml air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
Panaskan minyak lebih kurang enam sudu makan di dalam kuali dan goreng sebentar ayam selama lebih kurang 5 minit, angkat dan ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, tumiskan halia, hirisan bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah sehingga wangi. Kemudian masukkan lobak merah, kacang panjang, sos ikan, serbuk pati ayam, gula, cuka dan air. Masaklah sehingga kuah mendidih akhir sekali masukkan kembali ayam dan kacau sebentar. Tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah hirisan cili Benggala jika suka.
AYAM SICHUAN ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
3 ketul isi dada ayam dihiris
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan taucu
½ biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
1 sudu teh kicap pekat manis
2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu teh serbuk cili Thai
1/2 cawan kacang tanah goreng
8 tangkai cili kering
Sedikit daun bawang
Minyak untuk menumis dan menggoreng
Ads
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk gaul sekata isi ayam bersama tepung jagung dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
Panaskan minyak untuk menggoreng. Apabila panas, goreng ayam sehingga warna perang keemasan angkat, tos dan ketepikan.
Tuangkan sedikit minyak lebih kurang empat sudu makan, kemudian goreng cili kering hingga wangi dan garing, angkat dan ketepikan.
Setelah itu tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih, daun bawang hingga wangi. Masukkan taucu, kicap pekat manis, gula dan serbuk cili Thai, kacau sebentar.
Akhir sekali masukkan ayam, kacang tanah dan cili kering, gaul rata kemudian tutupkan api. Hidangkan segera semasa masih panas.
Info chef: Enak dinikmati bersama nasi putih.
COCONUT LIME CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam | potong kecil
125ml santan pekat
125ml air
4 tangkai kacang panjang | potong 3cm panjang
6 tangkai cili padi hijau | hiris
2 helai daun limau purut | hiris halus
1 biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
1 sudu makan sos ikan atau secukup rasa
1 biji jus limau nipis
1 sudu teh gula tau secukup rasa
1 sudu teh serbuk pati ayam
2 batang daun ketumbar | hiris kasar
Minyak masak secukupnya
1 tangkai cili merah | hiasan
1 batang daun bawang | hiasan
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan hirisan bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau wangi.
Kemudian masukkan isi ayam, daun limau purut, sos ikan,jus limau nipis, gula, serbuk pati ayam, santan pekat dan air, kacau sebentar. Masaklah sehingga kuah mereneh dan agak pekat.
Kemudian masukkan hirisan kacang panjang dan daun ketumbar. Masaklah selama lebih kurang 5 minit, kemudian tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Hiaslah dengan hirisan cili merah dan daun bawang.
KONGSI RESIPI: TERIMA KASIH NUR ADLINA BAHARUDIN, PUTRAJAYA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau sebut je “puding”, mesti dah rasa sejuk, lembut dan manis terbayang kat tekak kan? Lagi-lagi bila cuaca panas, memang syok kalau dapat suap puding sejuk yang creamy atau fruity. Nak rasa sedap? Tak payah tunggu jamuan atau beli mahal-mahal. Jom buat sendiri je kat rumah, confirm puas hati dan boleh repeat banyak kali! Sesuai untuk semua peringkat umur. Resipi pun senang gila, tak payah pening kepala.
1. Puding Aiskrim Oreo – Padu, Berlemak & Lembut!
Bahan-bahan:
8gm serbuk agar-agar
100gm gula
500gm air
250gm krim putar
200gm susu segar
4 sudu makan aiskrim vanila
200gm biskut Oreo (buang krim & hancurkan)
Cara Buat:
Masak serbuk agar-agar, gula dan air sampai agar-agar larut sepenuhnya.
Tutup api. Masukkan krim putar, susu, aiskrim dan Oreo hancur. Kacau rata.
Tuang ke dalam acuan pilihan. Sejukkan sampai keras.
Nak lebih wow, tabur lagi Oreo kat atas masa hidang.
💡 Pro tip: Nak ekstra sejuk, letak dalam freezer 10 minit sebelum hidang. Heaven!
2. Puding Teh Hijau – Untuk Peminat Matcha!
Bahan-bahan:
10gm serbuk gelatin
2 sudu makan air sejuk
300gm susu segar
50gm gula
1½ sudu makan serbuk teh hijau (matcha)
Cara Buat:
Campur gelatin dengan air sejuk & biar kembang 10 minit.
Cairkan gelatin dengan kaedah double boil.
Panaskan susu & gula. Masukkan serbuk teh hijau. Kacau rata & tapis.
Campur larutan gelatin tadi ke dalam susu teh hijau.
Tuang ke dalam bekas, simpan dalam peti sejuk.
Hidang sejuk – matcha lovers, ini memang wajib cuba!
🍃 Tips trendy: Nak cantik, tabur serbuk matcha sikit kat atas sebelum serve!
3. Puding Coklat Hershey’s – Untuk Kaki Coklat!
Bahan-bahan:
50gm gula
400ml susu penuh krim
30gm krim putar (dipukul)
1 sudu makan serbuk agar-agar
1 sudu makan serbuk koko (bancuh dgn air panas)
½ sudu makan coklat Hershey’s
Hiasan:
Krim putar
Kepingan coklat
Cara Buat:
Didihkan susu, gula dan agar-agar hingga larut.
Campur dengan koko bancuh & coklat Hershey’s.
Tapis dan masukkan krim putar. Kacau sebati.
Tuang ke dalam cawan kaca. Sejukkan.
Bila dah beku, paipkan krim putar & tuang coklat cair kat atas.
🍫 Extra idea: Tambah sedikit serbuk kopi untuk versi mocha.
4. Puding Chia Seed Buah Kundang & Oren – Sihat Tapi Sedap!
Bahan A (Puding):
1½ cawan susu segar
½ cawan air kelapa
5 sudu makan isi buah kundang
5 sudu makan isi buah oren
100gm chia seed
1 sudu makan madu
5 sudu makan gula
Bahan B (Topping):
50gm buah kundang & oren (potong kasar)
3 sudu makan gula
Cara Buat:
Kisar semua bahan A (kecuali chia seed) sampai halus.
Masukkan ke dalam mangkuk & campur chia seed. Kacau rata.
Tuang dalam bekas kecil dan sejukkan semalaman.
Untuk topping, campur semua bahan B & simpan dalam peti.
Masa nak makan, letak topping atas puding, boleh hiaskan dengan buah segar.
🥥 Variasi sihat: Guna susu badam atau oat untuk versi vegan.
Resipi-resipi ni bukan je sedap, tapi juga menarik untuk cuba! Tak kisah la untuk juadah rumah, jamuan mini, atau nak buat untuk content food review, puding-puding ni confirm mencuri perhatian.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di YouTube RASA:
Teringin masak nanas untuk campuran dalam masakan, ini ada idea bagus, senang dan sedap. Tak payah dan kupas kulit, nak celur dan silap-silap masam rasanya. Jagi guna je nanas dalam tin dan tentu sedap dan mudah disediakan. Anda boleh pilih nanas dalam tin bentik kiub atau bulat, kemudian campurkan saja dalam masakan.
Senang je kan ? Nak senang lagi ini RASA kongsikan resipinya:-
AYAM NANAS MERAH MADU
BAHAN-BAHAN:
300gm isi dada ayam | hiris nipis
1/2 cawan nanas dalam tin | dadu kecil
3 sudu makana madu
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan sos tomato
Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
1/2 biji bawang Holland | potong dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Goreng hirisan isi ayam yang telah digaul dengan sedikit garam halus. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air nanas dalam tin.
Kemudian tambahkan sos tomato dan madu, kacau rata dan perasakan dengan garam.
Setelah cukup rasa masukkan isi dada ayam goreng tadi.
Seterusnya masukkan hirisan nanas dan cili banggala.
Gaul rata seketika, kemudian tutup api.
Ayam Nanas Merah Madu sedia dihidangkan.
DAGING GORENG HALIA BERSAMA NANAS
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
1/2 cawan hirisan kecil nanas dalam tin | hiris kecil
5cm halia muda | hiris halus memanjang
1/2 bawnag Holland | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit hirisan daun bawang
3-4 biji cili padi | hiris halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan sedikit gula
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng hirisan daging yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah hingga bertukar warna.
Tolak ke tepi kuali daging, tumis pula bawang Holland, bawang putih dan hirisan halia dan cili padi.
Kemudian tolak semula daging ke tengah kuali, kacau rata dengan bahan tumisan.
Masukkan hirisan nanas, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan taburkan hirisan daun bawang dan gaul lagi.
Siapa yang tak suka sotong apalagi kalau buat goreng telur masin. Hidangan popular di restoran ini, kita boleh anda nikmati dirumah. Cuba resipi ini dan anda boleh masak mengikut citarasa sendiri. Paling penting ia lebih jimat terutama untuk mereka yang mempunyai keluarga besar.
SOTONG GORENG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung ubi
2 biji putih telur
500gm sotong ] dihiris
2 biji kuning telur masin
2 tangkai daun kari
7 biji cili padi ] dicincang
3 sudu makan mentega
Gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Salut sotong dengan putih telur dan tepung ubi.
Panaskan minyak dan goreng sotong hingga separuh masak.
Masukkan daun kari, cili padi dan gula secukup rasa.
Kemudian masukkan kuning telur masin yang telah dikukus dan dicincang. terlebih dahulu,
Masukkan marjerin dan gaul rata. Goreng sehingga sotong menjadi rangup.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!