Bila masuk musim durian, masing-masing sibuk mencari dan membeli durian. Ada yang sanggup balik ke kampung untuk mendapatkan durian dan ada yang beli terus di tepi jalan, dan pastinya kita membawa durian masuk ke dalam kereta untuk dibawa pulang. Raja segala buah ini memang sedap tetapi bau yang ditinggalkan boleh memeningkan kepala. Cuba bayangkan kalau kita simpan durian di dalam bonet kereta, mungkin berhari-hari baunya nak hilang. Jom kita lihat petua bagaimana nak hilangkan bau durian yang ‘menusuk’ dalam kereta.
1. MENGGUNAKAN TANGKAI DURIAN
Petua ni merupakan perkongsian oleh Puan Ikha Febrian di laman Facebook yang diperolehi daripada penjual durian sendiri dimana ia juga telah mendapat perhatian orang ramai atau viral sejak kebelakangan ini. Caranya, patahkan tangkai durian, kemudian belah hujungnya,dan letakkan pada jejaring aircond seperti dalam gambar.
2. KOPI
Aroma kopi juga mampu menyerap serta menyingkirkan bau durian dari kereta anda. Caranya ialah dengan mengambil sedikit serbuk kopi dan balutkan dalam sapu tangan atau kain kasa. Kemudian tinggalkan semalaman dalam kereta. Malah, serbuk kopi di dalam uncang juga boleh digunakan untuk lebih mudah.
3.CUKA
Ads
Letakkan semangkuk cuka (sebarang jenama) di dalam bonet kereta dan tutup untuk beberapa jam. Sifat asid yang ada pada cuka boleh menghilangkan bau durian yang kuat di dalam kereta anda.
4.ROTI
Petua yang seterusnya ialah dengan menggunakan roti. Caranya dengan meletakkan beberapa keping roti di dalam kereta dan biarkan semalaman sehingga ia mengeras. In Sha Allah, bau durian yang kuat di dalam kereta anda akan hilang.
5. ARANG
Ads
Selain itu, bau durian serta bau kepam kereta juga boleh diserap oleh arang. Caranya dengan meletakkan beberapa ketul arang di dalam kereta dan membiarkannya selama mungkin beberapa hari. Pasti bau-bau yang tidak menyenangkan di dalam kereta hilang. Cubalah!
6. DAUN PANDAN
Aroma daun pandan mampu menghilangkan bau durian di dalam kereta. Anda cuma perlu meletakkan beberapa helai daun pandan di dalam bonet kereta dan pasti bau itu akan hilang sedikit demi sedikit. Mudah kan?
7. SERBUK PENAIK/BAKING SODA
Ads
Akhir sekali, anda boleh menggunakan serbuk penaik (baking soda) untuk menghilangkan bau durian yang kuat di dalam kereta dengan hanya meletakkan semangkuk serbuk penaik (baking soda) dan bau tersebut akan hilang.
Semuanya mudah kan? Lepas ini tak perlu lah risau bau durian dalam kereta. Sebenarnya petua-petua ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan di rumah dan di mana-mana sahaja. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sagu memang sedap dijadikan sajian pencuci mulut, manisan atau dicampur dalam kuih muih. Jika sagu biji kecil, agak mudah untuk dimasak namun sagu kasar ni, lain sikit perangai dia. Menerusi perkongsian Opah Mas Cotek, sagu kasar terlalu banyak kanjinya. Jadi kena pandai masak barulah ia jadi betul-betul jernih dan tidak mata ikan. Nak tahu caranya? Jom baca seterusnya.
TIP REBUS SAGU KASAR SUPAYA JERNIH, BULAT & TAK HANCUR
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk sagu kasar
6 mangkuk air
CARA MEMASAK
(BAHAGIAN 1):
1. Didihkan air dan masukkan sagu. Masak guna api perlahan.
2. Biarkan selama 25- 30 minit. Kacau sekali sekala.
3. Tutup api dan tutup periuk. Biarkan sagu di dalam periuk menjadi suam.
4. Kemudian basuh sagu tadi dan toskan.
(BAHAGIAN 2):
1. Masak lagi air dalam periuk hingga mendidih.
2. Masukkan sagu yang ditoskan tadi. Biarkan selama 15 minit.
3. Tutup api dan tutup periuk. Biarkan sehingga sagu sejuk atau hingga biji sagu menjadi jernih dan tiada mata ikan.
4. Basuh, toskan dan siap untuk dinikmati dengan cara pilihan anda.
TIP UNTUK DAPATKAN BIJI SAGU YANG SEMPURNA
Jangan basuh biji sagu kering.
Jangan rendam biji sagu sebelum dimasak.
Untuk memasaknya, terus masukkan biji sag uke dalam air mendidih.
Elakkan terlalu kerap mengacau sagu di dalam periuk.
Nak tahu cara simpan serai, halia, lengkuas dan kunyit yang terbaik agar tahan lama? Ini caranya. Maklumlah bahan-bahan ini sememangnya digunakan setiap hari dalam masakan namun bukanlah dalam kuantiti yang terlalu banyak. Jika disimpan lama, ia akan menjadi kecut dan kurang enak untuk dimasukkan ke dalam masakan. Dah membazir kan? Jom cuba petua bagi mengekalkan kesegaran serai, halia, lengkuas dan kunyit perkongsian dari saudari Myna AR ini. Semoga bermanfaat!
PETUA SIMPAN KUNYIT, HALIA, LENGKUAS & SERAI AGAR TAHAN LAMA.
BAHAN-BAHAN:
Serai
Lengkuas
Kunyit
Halia
Bekas berpenutup
Air bersih
CARA-CARA: 1. Bersihkan bahan-bahan masakan diatas. Kemudian masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan air bersih dengan secukupnya. Tutup bekas.
3. Simpan di dalam peti ais. Tukar air dua minggu sekali. Hasilnya, bahan masakan anda akan kekal segar dalam tempoh masa yang lama.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!